Showing posts with label fam. Show all posts
Showing posts with label fam. Show all posts

Terbaik! Harimau Malaysia Dapat Jersi Baharu… Mengancam Beb!

1

SKUAD kebangsaan, Harimau Malaysia menerusi jenama Nike, hari ini telah memperkenalkan dua jersi baharu untuk pasukan bola sepak itu bagi sesi tahun 2016 hingga 2018.

Rekaan kali ini, nampak lebih mengancam dengan menampil dua warna utama pada dua jersi berbeza iaitu hitam untuk jersi ‘home’, manakala, warna putih untuk jersi ‘away‘.
1-32
Berbeza dengan rekaan jersi lama, jersi baharu ini menampilkan logo rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bahagian dada menggantikan bendera Malaysia.
Menurut satu kenyataan FAM, jersi baharu itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia, Ahad ini dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar.
Majlis pelancaran jersi baharu ini berlangsung pagi tadi, di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Antara yang hadir pada majlis ini ialah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee serta empat pemain Harimau Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Nazirul Naim Che Hashim dan Matthew Davies.
Turut hadir, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo.
Jersi baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual pada Rabu ini di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TMJ Tak Minat Terajui FAM Kerana Mentaliti Penyokong

Lelaki Keluarkan Kenyataan Jelik Terhadap TMJ Ditahan

KUALA LUMPUR – “Saya tidak berminat untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata Tunku Ismail, baginda juga tidak berminat untuk menjadi penaung FAM selepas melihat mentaliti pendokong dan penyokong sukan bola sepak di negara ini.
“Mentaliti orang-orang bola sepak dan penyokong di Malaysia serta pilihan mereka untuk kekal menafikan kenyataan adalah sebab kenapa saya tidak mahu berada dalam bulatan kegagalan ini,” kata baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Tunku Ismail dalam pada itu berkata, masalah dalam sukan bola sepak Malaysia kerana orang ramai suka mendengar dan membaca perkara yang ditulis di sebuah laman bola sepak tempatan.
Kata baginda, orang ramai membaca laman bola sepak tersebut tetapi tidak menyedari bahawa laman tersebut dikendalikan oleh individu yang tiada kena mengena dan tidak berkelayakan dalam sukan bola sepak.
Baginda yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, masyarakat lebih suka membaca laman tersebut daripada membaca dan belajar daripada individu atau organisasi bola sepak yang telah berjaya.
“Malangnya di Malaysia, orang ramai masih meminta dan membaca kenyataan daripada ‘yang pernah melaluinya’. Tidak hairanlah tidak ada kemajuan dalam bola sepak kita.
“Ini kerana orang lebih berminat untuk melayan tong yang kosong. Kejahilan adalah kunci kepada kegagalan. Dan itulah apa yang benar-benar berlaku,” kata baginda. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story