Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

5 Pelakon Arwah, Saiful Harap ‘Shhh… Dia Datang’ Ditayang

5 Pelakon Arwah, Saiful Harap 'Shhh... Dia Datang' Ditayang

PUTRAJAYA – Pelakon dan pelawak Saiful Apek meluahkan harapan untuk melihat filem pertama arahannya Shhh… Dia Datang dapat ditayangkan setelah lapan tahun tertangguh.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamed Yusoff, 47, berkata, biarpun pelbagai masalah dalaman timbul selama proses menyiapkan filem tersebut, dia tetap berharap agar segalanya menemui jalan penyelesaian.
“Filem ini memulakan penggambaran sejak tahun 2008 dan sehingga kini saya masih berharap agar karya arahan sulung saya itu akan ditayangkan di pawagam.
“Lebih mendukacitakan, filem yang sepatutnya menjadi sebuah karya yang melengkapkan profil seni saya ini sudah bertukar menjadi sebuah filem tribute kerana lima daripada pelakonnya sudah meninggal dunia.
“Mereka ialah allahyarham Ahmad Busu, Zami Ismail, Din Beramboi, Bob Kuman dan Syukri Hashim,” katanya kepada mStar Online. Turut berlakon dalam filem itu ialah aktor Singapura, Aaron Aziz.

Salah satu contoh poster yang dihasilkan untuk mempromosikan Shhh... Dia Datang.
SALAH SATU CONTOH POSTER YANG DIHASILKAN UNTUK MEMPROMOSIKAN SHHH… DIA DATANG.

Dalam filem itu, Saiful turut mengetengahkan latar set sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk satu babak sebagai mengiktiraf rancangan tersebut yang pernah melekat di hati penonton suatu ketika dahulu.
Sementara itu, Saiful yang kini menjadi juri tetap untuk program komedi Lawak Solo (Astro) mengakui sudah tiba waktunya dia berkongsi ilmu dan pengetahuannya untuk generasi pelawak yang kian bercambah.
“Ada yang andaikan saya seorang yang demand dan jual mahal kerana tidak menyertai mana-mana pertandingan lawak sebelum ini, namun saya punyai alasan sendiri.
“Dah 22 tahun saya berada dalam industri seni, saya rasa ini adalah waktu untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman, bukannya untuk mencari populariti, merebut ganjaran hadiah atau membuktikan saya masih hebat di pentas komedi,” katanya.
Pun begitu, kata Saiful dia begitu kagum dengan potensi para peserta program Lawak Solo yang diketengahkan oleh pihak Astro kerana mereka dilihat cukup struggle di pentas persembahan biarpun secara individu.
“Tidak mudah sebenarnya untuk jadi seorang stand up comedian dan apa yang saya lihat menerusi program Lawak Solo, mereka agak bijak dan cemerlang garap lawak dengan cetusan idea spontan dan itu yang kita nak,” katanya.
Bagaimanapun kata Saiful, dia mengharapkan agar artis-artis komedi hari ini akan terus memberi satu bahan lawak yang bukan sekadar menghiburkan tetapi sentiasa sarat dengan mesej positif untuk masyarakat. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PANGGUNG WAYANG KHAS UNTUK TAYANGAN FILEM DEWASA DI PAKISTAN

Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan.

Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka.

Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas.

Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.

Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar.

Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam. 

Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu.




-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story