Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Gambar Kereta Terjun Gaung Bila Pasangan Kekasih Tengah Seronok Buat Projek


Terletak di sebuah kampung di rantau Donetsk, pantai Laut Azov, sebuah kemalangan ngeri melibatkan pasangan kekasih.

Sebuah kereta kereta di laporkan jatuh dari tebing, melibatkan dua pasangan kekasih, Sergey berusia 19 tahun dari Novoazovsk dan pasangan kekasihnya berusia 20 tahun dari Margarita Gorlovka.

Kemalangan itu mungkin berlaku pada waktu malam, tetapi kereta itu hanya ditemui pada waktu pagi  sekitar 7:30. Pemuda itu di laporkan parah, manakala pasangannya mati di tempat kejadian.

Menurut siasatan polis tempatan kereta ini sebenarnya dalam keadaan terparkir, tapi entah bagaimana kereta ini boleh terjun ke sebuah jurang. Kemungkinannya adalah rem tangan brek tidak berfungsi.

Menurut warga tempatan, kemungkinan sepasang lelaki dan perempuan ini sedang menikmati seks liar di dalam kereta hingga menyebabkan terganggunya brek tangan dan menyebabkan kereta tersebut meluncur ke jurang. Dugaan tersebut dikuatkan dengan keadaan mangsa perempuan ditemui dalam keadaan hampir bogel.






Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

PANTANG maut sebelum ajal. Itu antara detik-detik cemas dialami seorang pemandu tuk tuk wanita China apabila dia hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Pemandu tuk tuk yang dikenali sebagai Wang itu bertindak pantas dengan melompat keluar dari kenderaannya dalam kejadian yang berlaku di Wenzhou, wilayah Zhejiang minggu lalu.
Menerusi video yang dikongsi oleh stesen CCTV News, Wang yang memandu tuk tuk berwarna biru dilihat keluar dari susur kanan persimpangan jalan dan mahu membelok ke arah kiri.
Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori
Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori
Namun dia berhenti di tengah-tengah persimpangan yang sibuk itu sebelum dilanggar oleh sebuah lori berwarna putih dari arah bertentangan dan kemudian melanggar sebuah kereta berwarna hitam.
Tindakan pantas Wang melompat keluar telah menyelamatkan nyawanya dari menjadi mangsa nahas perlanggaran itu.
Pun begitu, menurut laman Mail Online, Wang turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan kerana tangan kanannya tidak sempat keluar dari tuk tuknya menyebabkannya jatuh ke tanah.
Akibatnya dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan belakangnya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bekas pemain bola sepak Terengganu maut





Grik: Bekas pemain bola sepak Terengganu, Alfian Aziz, 36, maut manakala isteri dan dua anaknya berusia setahun dan tiga tahun, cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Titiwangsa di sini, semalam.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, mangsa bersama keluarganya menaiki Perodua Alza, dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah, menuju Terengganu melalui laluan berkenaan sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.
Jurucakap Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berkata, siasatan awal mendapati kenderaan datang dari arah Gerik menuju Jeli, Kelantan, apabila dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.
“Besi penghadang jalan menembusi cermin hadapan kenderaan.
"Akibat kemalangan ini, pemandu dikenal pasti sebagai Alfian Aziz yang bekerja sebagai pembantu am Universiti Malaysia Terengganu, maut," katanya.
Menurutnya, penumpang depan, Zanariah Ramli @ Danial Malan, 27, suri rumah cedera di muka, manakala dua anak mereka Arysha Zahra, 3, cedera paha kiri, patah tulang pinggul serta disyaki berlaku pendarahan dalam kepala manakala Aqeef Zafran, setahun, hanya calar di dahi
"Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Grik dan ahli keluarganya yang cedera menerima rawatan di hospital sama.
"Bedah siasat dijalankan jam 7 malam tadi dan punca kematian ialah kecederaan parah di kepala," katanya. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Video: Myvi Gila Cilok Punca Nahas Berderet LDP

Video: Myvi Gila Cilok Punca Kemalangan Berderet LDP

AKSI pemanduan ‘gila’ seorang pemandu Myvi gemar memintas kenderaan lain telah menyebabkan beberapa buah kereta terlibat dalam kemalangan berderet di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Isnin lalu.

Pengguna Facebook, Soleh Abd. Wahab yang memuat naik rakaman kejadian berkata, sikap pemandu berkenaan yang juga dilihat kelam kabut memecut menyebabkan tiga buah kenderaan lain termasuk keretanya berlanggar.
“Kereta Myvi putih ini lah punca kemalangan berderet yang melibatkan kereta aku tadi, kau nak race pergi Sepang la.
“Tak pasal-pasal orang lain yang accident kerana perangai macam syaitan duk race cilok-cilok di jalan raya,” katanya dalam kejadian pukul 4.15 petang itu.

Menerusi rakaman, pemandu Myvi itu kelihatan seakan-akan begitu sakan ‘cilok’ beberapa buah kenderaan di bahagian kiri lebuh raya sehinggalah dia dilihat melakukan brek mengejut di lorong kanan.
Ini membuatkan beberapa buah kenderaan di belakangnya berlanggar.
Soleh menambah, video yang dimuat naiknya itu diperoleh dari salah seorang mangsa yang memandu di belakangnya pada ketika kejadian itu berlaku.
“Video ini diberi oleh Encik Leon yang terlanggar kereta saya sebab pemandu (wanita) di belakang keretanya tidak sempat menekan brek lalu menghentam keretanya sebelum tersorong dan melanggar kereta saya. Nasib baik saya tak langgar kereta di depan. Syukur.
“Kalau korang jumpa Myvi putih ni, kasi tarbiah dia ramai-ramai, dalam video boleh nampak dia duk kejar swift biru tu, lepas tu main cilok-cilok macam LDP tu tok nenek mereka punya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ferrari ‘Berkecai’ Langgar Tiang Lampu, Pemandu Selamat



KUCHING – Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya melanggar tiang lampu jalan di Jalan Tabuan Court di sini hari ini.
Bagaimanapun jurucakap bomba dan penyelamat berkata keretanya rosak teruk.
Beliau berkata kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai keluar untuk melihat kemalangan tersebut.
Gambar kemalangan turut menjadi viral di laman sosial. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story