Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Terima kasih abang bomba


Kuching: Seekor kucing yang sudah dua hari terperangkap atas pokok kelapa di Kampung Tabuan Dayak, di sini, berjaya diselamatkan pasukan bomba, hari ini.
Difahamkan, seorang penduduk menyedari kewujudan kucing itu apabila terdengar bunyi kucing dan apabila memeriksa mendapati ia berada di celah pelepah pokok kelapa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad berkata, lelaki itu kemudian menghantar emel melalui laman sesawang Bomba Sarawak memaklumkan mengenai kejadian itu.
Nor Hisham yang membaca emel itu kemudian memaklumkan kepada Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sarawak untuk tindakan lanjut.
"Sepasukan enam anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya pergi ke lokasi kejadian pada jam 10.05 pagi.
"Sebaik tiba mendapati ada seekor kucing berada atas pelepah pokok kelapa. Bomba menggunakan tangga dan berjaya menyelamatkan kucing itu pada jam 10.50 pagi," katanya.
Katanya, kucing itu kemudian diserahkan kepada penduduk kampung untuk diberi makan. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Doktor Berjaya Selamatkan Nyawa Kucing Guna CPR

Doktor Berjaya Selamatkan Nyawa Kucing Guna CPR

KITA selalu dengan tentang perumpamaan bahawa kucing mempunyai sembilan nyawa. Namun sama ada ianya fakta atau mitos masih lagi tiada kajian tepat mengenainya.

Pun begitu, seekor kucing di Turki membuktikan dia mempunyai lebih daripada satu nyawa apabila kembali bernafas setelah diberi rawatan CPR. Kedengaran aneh, bukan?
Menurut laman Daily Mail, kucing berkenaan mulanya terkena serangan jantung menyebabkan dia tidak sedarkan diri selepas terperangkap di pintu automatik di sebuah hospital tempatan.
Bagaimanapun, atas kepantasan para doktor hospital berkenaan yang bergegas di tempat kejadian itu, nyawa kucing tersebut berjaya diselamatkan.
Rakaman video berdurasi 54 saat itu sekali gus tersebar menjadi viral.

Menerusi rakaman itu, kucing berwarna putih berkenaan dilihat terlantar tidak sedarkan diri sementara para doktor memicit-micit dada.
Ajaibnya, 30 saat kemudian, kucing berkenaan dilihat kembali bernafas dan para doktor segera memeriksa denyutan nadinya.
Setelah mendapati denyutan nadi kucing berkenaan masih lemah, doktor terus menerus melakukan CPR pada si comel itu sehingga keadaan menjadi normal.
Difahamkan, kucing berkenaan yang dipercayai kucing jalanan telah pulih seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story