Showing posts with label lisa surihani. Show all posts
Showing posts with label lisa surihani. Show all posts

Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti, Yusry KRU dan Lisa Surihani yang disahkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
Berita gembira itu dikongsi oleh Yusry menerusi laman Instagramnya.
Menerusi status perkongsian itu, Yusry yang juga merupakan pengarah terkenal memaklumkan tahun depan Yahaira bakal mendapat adik.
“Insya’Allah, tahun depan keluarga kita akan menjadi empat. Mummy Sayang @Lisasurihani saya pasti awak juga teruja seperti saya.
“Yahaira sayang, semoga kamu dapat menjadi kakak yang baik kepada adikmu,” tulisnya.
Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
Menurut Yusry, kandungan Lisa sudah pun memasuki trimester kedua.
Pasangan ini sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Yahaira Leanne yang sudah berusia setahun. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani (gambar)




DIAM tak diam, dah makin hampir due date pelakon Lisa Surihani untuk melahirkan cahaya mata sulungnya yang dijangka pada bulan September ini.
Bersama-sama berkongsi kegembiraan bakal ibu ini, rakan-rakan baik aktres jelita itu mengadakan satu majlis baby shower yang menjadi kejutan buat Lisa dan suami kesayangannya, Yusry Abdul Halim.
Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri ramai rakan artis yang rapat dengan Lisa antaranya Liyana Jasmay, Intan Ladyana, Izara Aishah, Diana Danielle, Farid Kamil, Deborah Henry dan Farish Aziz.
Lisa sebelum ini turut mengadakan kenduri doa selamat menyambut kelahiran pada 15 Ogos lalu yang dihadiri ahli keluarga dan sanak-saudara pasangan popular itu. – MYNEWSHUB.CC
lisa1
lisa2
lisa3
lisa4
lisa5
lisa6
Yusry KRU, Lisa Surihani masih merahsiakan jantina bayi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story