Showing posts with label penyanyi. Show all posts
Showing posts with label penyanyi. Show all posts

Misha Omar Hadapi Dilema Antara Kerjaya Dan Ibu

Misha Omar Hadapi Dilema Antara Kerjaya Dan Ibu

SHAH ALAM – Penyanyi Misha Omar mengakui berada dalam dilema terhadap tanggungjawabnya sebagai selebriti yang memerlukan dia menjaga penampilan agar kelihatan kurus dan menarik.

Misha berkata, dalam pada masa yang sama dia tidak boleh terlalu mengawal pemakanan berikutan bayi sulungnya yang kini baharu sahaja mencecah dua bulan.
“Itulah, saya dalam dilema dari segi penampilan kerana kerjaya saya menuntut untuk sentiasa kelihatan menarik. Manakala sebagai ibu pula saya perlu jaga pemakanan yang berkhasiat untuk anak saya yang masih menyusu.
“Jadi, saya mungkin tidak terlalu berdiet demi menjaga kesihatan anak saya yang memang kini menyusu badan sepenuhnya,” ujarnya.
Misha ditemui selepas Semi Final Muzik-Muzik 31, yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, dekat sini, Jumaat.
Misha melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa pada 24 Ogos lalu di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM).
Sementara itu, Misha berkata, dia kini memberi perhatian sepenuhnya kepada perkembangan bayi berkenaan berikutan dilahirkan secara pra matang iaitu tiga minggu lebih awal daripada yang sepatutnya.
“Ketika dia lahir saya rasa sedih kerana terlalu kecil dan ditempatkan di unit rawatan rapi, perasaan sukar untuk digambarkan apabila melihat dia dalam keadaan yang banyak wayar di badannya.
“Dia dilahirkan pra matang, jadi saya perlu beri perhatian kepadanya. Alhamdulillah beratnya kini sudah mencecah 4 kilogram berkat susu ibu,”ujarnya.
Sementara itu, lagu nyanyiannya bersama Hafiz Suip berjudul Terimaku Seadanya layak ke Anugerah Juara Lagu 31 bakal berlangsung 22 Januari depan.
Misha bersyukur dapat membawakan lagu tersebut dengan baik walaupun kini masih lagi dalam pantang 100 hari.
“Pada asalnya saya minta mereka cari beberapa nama untuk menggantikan saya tapi selepas itu rasa tidak sedap pula melihat orang lain yang menyanyikannya.
“Saya gementar dan takut tidak dapat buat yang terbaik kerana masih lagi berpantang. Saya masih belum habis 100 hari masa berpantang,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang pentas Anugerah Juara Lagu, Misha berkata, ia merupakan pentas yang membuatkan semua artis berasa gemuruh.
Katanya, biarpun mempunyai pengalaman berada di pentas berprestij itu, dia tetap berasa gerun setiap kali beraksi pada malam AJL. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Soo Wincci Bercita-Cita Mahu Menang Anugerah Juara Lagu

Soo Wincci Bercita-Cita Mahu Menang Anugerah Juara Lagu

PETALING JAYA – Selepas berjaya bergelar doktor falsafah (PhD), penyanyi dan pelakon Soo Wincci menyimpan impian baharu iaitu berhasrat memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa hadapan.

Soo Wincci, 31, berkata dia tidak bimbang terpaksa menanti dalam tempoh yang lama asalkan hajatnya itu terlaksana.
“Saya akan terus berusaha dan cuba sedaya upaya untuk memenangi AJL pada masa depan. Saya tidak kisah jika perlu tunggu lima atau sehingga sepuluh tahun sekali pun.
“Setakat ini tiada lagi seorang penyanyi berbangsa Cina yang berjaya memenangi anugerah berprestij itu. Saya akan terus berusaha, tetapi jika tidak dapat juga tidak mengapa,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Japan Travel Fair 2016, di sini, Rabu lalu.
Soo Wincci AA
Soo Wincci turut melancarkan muzik video single terbarunya iaitu Merai Perpisahan yang diterbitkan dalam dua versi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina.
Lagu versi bahasa Melayu ditulis oleh Ad Samad selain dia juga mempelawa Daniel Lee (pemenang Malaysian Idol musim kedua) untuk membantu dalam mencari nada nyanyian dalam bahasa itu, jelasnya.
Dalam pada itu sempena pelancaran Japan Travel Fair 2016, Soo Wincci turut berkongsi pengalaman penggambaraan selama tiga hari di negara itu.
“Pengalaman yang tidak boleh dilupakannya ialah semasa hari ketiga yang juga hari terakhir penggambaran kami di Jepun. Dengan keadaan hujan dan angin yang sangat kuat, ia agak sukar untuk melaksanakan penggambaran tersebut.
“Tetapi tidak mengapa, kami lalui semua cabaran itu untuk menghasilkan sebuah kerja seni,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Soo Wincci baharu mendapat tawaran persembahan di China dan akan mula aktif di negara itu mulai Jun tahun hadapan.
Dia juga akan mengeluarkan buku pada bulan Januari 2017 serta melakukan jelajah motivasi sekurang-kurangnya di 100 buah universiti tempatan serta beberapa buah universiti di luar negara. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story