Showing posts with label puchong. Show all posts
Showing posts with label puchong. Show all posts

Kedai Emas Rugi Lebih RM100K Dirompak 6 Bersenjata

rompak-kedai-emas

PUCHONG – Sebuah kedai emas di pasar raya Tesco di Jalan Bandar Puchong di sini, kerugian lebih RM100,000 selepas dirompak enam lelaki bersenjatakan pistol kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, empat daripada enam suspek yang memakai topi keledar masuk ke dalam premis itu dan memecahkan cermin pameran barang kemas.
“Mereka memecahkan cermin menggunakan tukul besi manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar pasar raya, dan berjaya melarikan lapan dulang emas.
“Semasa kejadian tiada pelanggan berada di premis tersebut dan hanya terdapat beberapa pekerja sahaja di situ.
“Perompak juga tidak melepaskan sebarang tembakan dan pekerja yang berada dalam premis itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata polis masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Video: Puchong Sekali Lagi Bah Kilat Dinaiki Air

b4

PUCHONG – Hujan lebat sejak jam 4 petang Selasa menyebabkan banjir kilat melanda di Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP),  di sini, berhadapan pusat beli-belah IOI Mall, Bandar Puchong Jaya.

Kejadian menyebabkan kedua-dua laluan di lebuh raya tersebut terjejas teruk hampir tiga kilometer dari arah Bandar Sunway ke Pusat Bandar Puchong.
Beberapa keping gambar yang merakamkan keadaan itu disiarkan oleh netizen menerusi laman Facebook dan perkongsian grup WhatsApp.
Difahamkan, kenderaan yang cuba melalui lebuhraya berkenaan pula terpaksa menggunakan lorong kanan ekoran laluan kiri dan di tengah ditenggelami air.

b3
b5
b6
b7
Pusat membeli belah IOI Mall turut tidak terkecuali dengan tempat letak kereta bawah tanah ditenggelami air manakala beberapa kedai di luar turut terjejas.
Membuatkan ratusan kenderaan yang berada di tempat parkir pusat beli belah berkenaan turut ditenggelami air.
Difahamkan, hujan dengan kuantiti luar biasa menjadi punca paras air Sungai Klang meningkat mendadak.
Ia mengakibatkan sistem saliran air dari kawasan berdekatan stesen LRT tidak dapat mengalir sempurna.
Sehingga berita ini disiarkan, tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan. -MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story