Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Keletah Si Cilik Beri Ceramah Curi Perhatian Netizen




SELALUNYA kita dengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustazah serta alim ulama. Bagaimana pula kalau si cilik yang memberi tazkirah?

Baru-baru ini tular satu video seorang kanak-kanak perempuan yang memberi nasihat tentang solat lima waktu. Lancar betul celotehnya ya walaupun dalam Bahasa Inggeris.
Keletahnya yang comel itu berjaya mencuri perhatian netizen. Ramai juga yang repost dan berkongsi video ini di laman sosial.

Pesan si cilik yang bernama Alayna ini, umat Islam perlu solat lima waktu sehari. Jika tidak, Allah tidak akan membuka hati kita dan kita akan bersedih.
“Awak mesti ambil wudhu dan solat lima waktu sehari. Jika tidak, awak akan rasa sedih dan Allah tidak membuka pintu hati awak.
“Allah tidak akan meletakkan perkara yang baik dalam hati awak tapi Allah akan letak perkara kurang baik dalam hati awak sebab syaitan akan mengganggu awak jika tidak solat.
“Sebab itu awak mesti solat dan ambil wudhu bila awak nak solat,” katanya.
Disebabkan video pendek itu tular di laman sosial, ibu kepada si cilik yang berasal dari Singapura ini juga ada memuat naik satu video ke laman Facebooknya.
Video berkenaan menunjukkan Alayna berterima kasih kepada sesiapa yang mendengar peringatannya itu. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ini juga ada membacakan Surah Al-Fatihah di akhir video tersebut.
Menurut ibunya, dia tidak menyangka video yang dimuat naik itu akan tular di media sosial kerana video tersebut merupakan pesanan yang diberikan kepadanya.
Menurut ibunya lagi menerusi interviewbersama Radio Sinar dalam segmen Sepahtu Sinar, Alayna meminati buku hadis yang dibacakan oleh ibunya.
Bukan ke bagus kalau dari awal lagi anak-anak sekecil ini diberikan pededahan awal tentang agama. Harap-harapnya jadi amalan sampai bila-bila. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Video Lawak: Gigih Menari Rave Sebelum Dirotan Emak

Video Lawak: Gigih Menari Rave Sebelum Dirotan Emak

RAKAMAN seorang remaja lelaki yang gigih menari rave sebelum dipukul ibunya pada akhir video menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini.

Remaja yang dikenali sebagai Izzat dirotan selepas tidak mengendahkan panggilan ibunya sebelum itu.
Video ini menjadi bahan tawa netizen apabila mendengar reaksi ibu Izzat, “Raver tengkorak raver. Orang panggil tak jawab.”
Si adik yang merakam tarian si abang pun tak terlepas daripada kena hukum oleh si ibu.
Lain kali nak rave ke apa, pastikan line clear dulu ya adik! Haha.. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story