Polis Rampas Pistol, 10 Peluru Di Cheras

Polis Rampas Pistol, 10 Peluru Di Cheras

KUALA LUMPUR – Polis merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditahan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan di Taman Midah, Cheras di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata lelaki itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol Baretta 9mm bersama 10 butir peluru hidup.
Siasatan awal juga mendapati kereta Mercedez Benz yang dipandu lelaki itu dipercayai dicuri, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methtetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menambah suspek tidak mempunyai permit untuk menyimpan senjata api.
Beliau berkata suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story