Erra Fazira: Jangan Anggap Saya Kuat Kerana Tidak Menangis…

Emran Sebak, Erra Tenang Dan Tidak Tuntut Sebarang Nafkah

Walaupun dikatakan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, namun jauh di sudut hati, tiada siapa tahu apa yang dirasai oleh ibu kepada Engku Aleesya ini.
“Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya,” tutur Erra ketika ditemui usai rakaman ‘Primadona’, pada Selasa.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan proses perceraian pada sebelah tengah hari, namun pelakon ‘Sembilu’ ini tetap gigih ke set rakaman program ‘Primadona’ pada sebelah petangnya. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ini juga kelihatan tabah, tidak seperti segelintir wanita lain yang sedih apabila terpaksa berhadapan dengan perceraian.
“Orang nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga,” kata Erra lagi.
DALAM pada itu, berita penceraiannya mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak terutama peminatnya tetapi bagi Erra dan keluarga terdekatnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sudah mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.
“Mungkin ini satu kejutan buat orang ramai tapi bukan satu kejutan buat saya dan suami. Keluarga terdekat juga tidak terkejut kerana mereka tahu apa yang berlaku. Saya tahu dari dulu lagi orang dahagakan jawapan tapi saya minta maaf kerana tak dapat nak beritahu. Apa yang pasti, sekarang ini semuanya sudah terlerai dan segala jawapan sudah pun terjawab,” katanya memetik portal Gua.
“Saya ada sebab kenapa pendamkan perkara ini. Bukan kerana saya mementingkan diri namun saya ada alasan yang tersendiri. Perkara ini melibatkan hal rumah dan masalah dalaman keluarga. Itu adalah hal peribadi dan saya tak boleh kongsi kepada semua mengenai perkara ini. Saya harap semua orang menghormati dengan keputusan saya ini,” ujarnya lagi.
SEGERA: Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu
ERRA2
Oleh: AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story