Warga Emas Dirempuh Dan Digilis Ketika Di Stesen Minyak



SEORANG warga emas nyaris maut apabila dia dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika mengisi minyak dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Rambutan, Kluang Utama, Isnin.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Haji Nasir, 70, patah tulang pinggul.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak terbabit, kelihatan dua wanita sedang mengisi minyak di kereta Perodua Kancil mereka.
Selesai sahaja mengisi minyak, dua wanita itu masuk ke dalam kereta berkenaan dan beredar dari stesen minyak terbabit.

Namun, kereta itu secara tiba-tiba memecut dan melanggar lelaki yang sedang mengisi minyak di pam hadapan.
Dikatakan selipar suspek tersangkut pada pedal minyak yang seterus menyebabkan keretanya hilang kawalan seketika.
Mangsa diheret sejauh lebih semeter, sebelum digilis kereta Kancil itu yang terus memecut melepasi bebendul dan masuk ke kawasan berumput.
Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak di pam sebelah, segera memberi bantuan kepada mangsa yang terlentang di perkarangan stesen minyak berkenaan.
Tangan serta kaki mangsa patah dan beliau telah dikejarkan ke Hospital Kluang untuk menerima rawatan.
pakcik
Haji Nasir mengalami kecederaan parah, tetapi kini dalam keadaan stabil.
Difahamkan, pemandu wanita itu telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, disebabkan kecuaian.-Mynewshub.cc
Oleh: hzq

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story