Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Video: Erra Enggan Sebut Nama Ustaz Azhar Idrus?

Video: Erra Enggan Sebut Nama Ustaz Azhar Idrus?
Sekarang tengah heboh orang bercerita mengenai pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah.
Mungkin Erra terlupa untuk menyebut nama Ustaz Azhar, yelah kata pun rancangan bual bicara Primadona disiarkan secara langsung.
Semasa rancangan ‘live’ apa pun boleh jadi, biar berapa banyak kali hafal skrip pun, kita mesti tak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Janganlah cepat menghukum Erra dengan mengatakan dirinya tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar kerana ustaz tersebut merupakan pro kepada parti Pas.
Harap-harapnya minda orang kita ni lebih terbuka dan tidak sewenang-wenangnya menghukum orang lain tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kisah Ustaz Azhar Idrus Yang Anda Tidak Tahu!


Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..
Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga
Latarbelakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus:
Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!



ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-1
Ustaz Azhar Idrus amatlah tersohor dan dikenali di negara ini kerana cara penyampaian dakwahnya yang tersendiri dan bersahaja di mana dapat menarik minat ramai anak muda hari ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Islam. Ustaz Azhar Idrus dilihat sebagai seorang yang sangat tinggi ilmu agamanya memandangkan di dalam setiap kali ceramah, sentiasa sahaja beliau membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan dan secara spontan, Ustaz Azhar Idrus mampu memberikan penjelasan yang tepat dan lebih menarik secara berseloroh dan bersahaja.
Hari ini (26 May 2013), dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya. Lihat dari mata pun boleh buat ramai lelaki jatuh cinta tapi jangan buat pasal nanti kena karate dengan Ustaz Azhar. Hahaha!
ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-2
Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak. Hak perkahwinan ini juga boleh dikatakan telah pasti kerana telah dikongsikan sendiri oleh saudara Hafiz Hamidun yang kami ‘screenshot’ dari akaun Instagram’nya.
425208_10152014248009572_158053662_n(1)
Apa yang dapat OhArtis katakan, kami juga turut menumpang rasa bahagia dan gembira apabila melihat insan lain terutamanya insan seperti UAI bahagia. Kalau dah mampu zahir batin serta mendapat kerelaan para isteri kerana Allah, kenapa tidak bukan? Tahniah boh!
Kami ada berkongsi perkara ini di Facebook Oh! Media sebelum ini dan terdapat banyak ucapan tahniah dan tidak kurang juga yang sibuk mempertikaikan soal jodoh dan perkahwinan orang lain. Haizz!
Screen Shot 2013-05-26 at 3.56.06 PM
Rasulullah dulu hadapi hidup dengan penuh kesabaran. Baginda difitnah, dibaling tahi dan sebagainya. Rasulullah sangat sabar dan masih boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Jangankan nak balas balik, terdetik rasa marah pun tidak. Rilek aje. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Kepada UAI, apa sangatlah mulut-mulut busuk orang di laman sosial ni. Orang yang tinggi ilmu agamanya pasti tak akan terusik dengan ejekan si jahil. Siapa pun anda di mata mereka, paling tidak jelas sumbangan anda jauh lebih besar dari mereka dalam membawa anak-anak muda hari ini bersama-sama untuk lebih mendekati agama. Dan mereka pula, masih di situ mencari salah perkara yang baik. – Oh! Media
UPDATE: VIDEO PENUH PERNIKAHAN USTAZ AZHAR IDRUS DAN IZYAN
OHARTIS


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Video Akad Nikah Perkahwinan Ketiga UAI

UAI

Penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah selamat mendirikan rumah tangga dengan isterinya ketiganya yang dikenali sebagai Izyan di Keramat, semalam.
Majlis yang berlangsung sederhana dan meriah itu turut dihadiri oleh isteri pertama UAI, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, yang merupakan isteri kedua ustaz yang berasal dari Terengganu itu.
Malah semasa sesi makan beradab, kedua-dua mempelai telah diapit oleh kedua-dua madu Izyan untuk menikmati hidangan bersama-sama.
Nama UAI menjadi fenomena apabila beliau berjaya menarik minat generasi muda mendengar ceramah beliau yang berdakwah secara santai malah dirinya digelar sebagai ‘Ustaz Youtube’ berikutan banyak program ceramah dan soal jawab beliau dimuat naik ke laman tersebut.
Tahniah diucapkan buat UAI dan semoga ketiga-tiga isterinya mendapat layanan yang sama adil dan hidup harmoni bahagia sehingga ke akhir hayat.
Di bawah ini merupakan video akad nikah UAI bersama isteri ketiganya itu.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

[Gambar] Ustaz Azhar Idrus Masa Muda Yang Sangat Cool

Acu teka yang mana satu Ust Azhar kite masa mude..


 Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh. 

Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!

Gambar Ustaz Azhar Idrus sekarang. Yang sebelah kanan gambar atas tadi adalah UAI!
sumber

KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS BERKENAAN LAWAK ROSYAM NOOR KETIKA DI ANUGERAH SKRIN 2012

KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS BERKENAAN LAWAK ROSYAM NOR KETIKA DI ANUGERAH SKRIN 2012 - Ustaz Azhar idrus telah memberi maklum balas segera berkenaan lawak bodoh Rosyam Noor ketika di Anugerah Skrin sebentar tadi.

Pencerahan tentang tarian Gangnam Style oleh Ustaz Azhar Idrus




Akhirnya, ada juga hamba Allah yang bertanyakan soalan pasal isu tiru gaya tarian Gangnam Style dekat ulama'/ilmuan tersohor di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus. Beliau menjawab...


sumber

VIDEO: Bila Azhar Idrus Naik Ferrari…


VIDEO: Bila Azhar Idrus Naik Ferrari...
Penceramah Ustaz Azhar Idrus ini memang terkenal dan sering dijadikan idola oleh anak-anak muda .
Gaya penyampaian yang lucu dan bersahaja, diselitkan dengan beberapa contoh yang sinonim berlaku dalam masyarakat membuatkan anak jati Terengganu ini tak menang tangan memenuhi undangan berceramah di sana sini.
‘Kesudian’ beliau untuk bercampur dengan anak-anak muda telah membuatkan populariti Azhar meningkat dengan mendadak apatah lagi bila klip pengajian agama yang dikendalikannya sering dimuatnaik ke dalam laman Youtube.
Terbaru beliau berkerjasama dengan sekumpulan anak muda hingga terhasilnya video pendek bertajuk ‘Scooter Vs Ferrari’.
Dalam video pendek itu Azhar yang memandu Ferrari Scuderia F1 460 (berharga lebih RM2 juta) dilihat keluar dari keretanya untuk membantu seorang pemuda yang skuternya rosak di tepi jalan.
Cuma yang hangat diperdebatkan di internet bukan mesej yang cuba disampaikan oleh Azhar dan pihak produksi, tetapi persoalan siapakah pemilik kereta mewah tersebut.
Ada yang kata ia memang milik Azhar dan ada yang kata ia hanya dipinjamkan ‘seseorang’ untuk tujuan penggambaran video berkenaan.
Wallahualam, jom kita layan video klip tersebut di bawah.


Hukum Makan Masakan Pondan



Apakah hukum jika makan masakan pondan. Adakah ia haram atau tidak. Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan yang ditimbulkan itu.
Sila tonton klip di bawah.

Terpukau .Sesuatu yang Tak Pernah Berlaku Di Padang Kota Selama 50 tahun....Allah Hu akhbar..


 Ustaz Azhar Dengan Bob Loqman Sedang Beceramah




Puluhan Ribu yang Hadir di Kuliah Tersebut



Allah Hu Akhbar..seingat saya dan bapa saya semenjak 50 Tahun merdeka ini lah kali pertama bersolat di Padang Kota dan ceramah yang datang dengan puluhan ribu..kredit kepada Blogger  Anak Sungai Deraka yang amik gambar .. Dulu zaman BN tak ada macam ni..sekarang baru ada ,  rakyat dahagakan ceramah Agama..Takbirr.....Allah Hu Akhbar..sumber

Gambar Ustaz Azhar Idrus Mengucup Tok Guru Nik Aziz!



Biasanya kita selalu mencium ataupun mengucup tangan kedua ibu bapa kita..tetapi terdapat segelintir manusia yang malu untuk melakukan hal yang sedemikian lupa..padahal ibu bapa sendiri..nak malu apa cium tangan..kan???


[Video] Persoalan Hilang Dara Oleh Ustaz Azhar Idrus


[Video] Persoalan Hilang Dara Oleh Ustaz Azhar Idrus
Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ada ditanya mengenai ‘hilang dara’ oleh salah seorang daripada mereka yang menyertai ceramahnya.
Jawapan Azhar mudah (seperti yang boleh dilihat dalam klip di bawah) iaitu dengan bertaubat.
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17-18)
Taubat adalah tuntutan agama dan ulama mengatakan, bertaubat wajib bagi setiap orang Islam. Banyak ayat mengenai taubat dalam al-Quran sama ada diturunkan di Makkah atau Madinah
Surah al-Nisa’ ini adalah seruan kepada taubat. Ayat pertama menyebutkan orang yang melakukan dosa lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampunkannya. Allah juga menyeru segera melakukan taubat dan jangan hampir saat kematian baru hendak bertaubat.
Ketika itu, permohonan taubatnya tidak lagi diterima. Mufasirin berbeza pandangan dalam penerimaan taubat seorang hamba. Sebahagian mengatakan wajib bagi Allah menerima taubat seorang hamba.
Pandangan ahli sunnah mengatakan, apabila seseorang hamba itu bertaubat maka Allah berhak untuk menerima atau menolaknya dan tidak wajib bagi Allah menerima taubat seseorang. Namun, Allah berjanji akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan mereka lakukan; dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” (Surah al-syura, ayat 25)
Taubat sebenarnya
Mufasirin menyebutkan Allah berjanji akan mengampunkan orang yang bertaubat dengan syarat ia mencukupi empat perkara, iaitu insaf dengan hati, meninggalkan perbuatan maksiat, berazam tidak mengulang perbuatan itu dan dilakukan dengan penuh keredaan kepada Allah.
Pentafsir juga berbeza pandangan dalam menafsirkan ‘melakukan kejahatan dengan kejahilan.’ Pendapat pertama mengatakan setiap maksiat itu adalah kejahilan meliputi segala bentuk kekufuran dan maksiat.
Mengikut Qatadah, setiap perbuatan maksiat adalah kejahilan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina. Mereka berkata: Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? Nabi Musa menjawab: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil iaitu yang melakukan sesuatu yang tidak patut dan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 67)
Pendapat kedua, seseorang melakukan maksiat dan mengetahui perkara itu adalah maksiat tetapi ia tidak mengetahui kadar hukuman maksiat berkenaan. Pendapat ketiga, seseorang yang melakukan maksiat dengan ia tidak mengetahui perkara itu adalah maksiat.
Taubat Ketika Hampir Mati
Ayat ini juga mengatakan bertaubat ketika hampir mati, tiada faedah dan sudah terlambat. Allah tidak menerima taubat sedemikian seperti Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa ingin bertaubat pada saat kematiannya.
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah akan menerima taubat seseorang hambanya selagi nyawanya tidak di halkum.” (Hadis riwayat al-Turmizi, hadis Hasan Gharib).
Menurut al-Syarawi, Allah akan menerima taubat seseorang selagi nyawanya tidak di halkum dan menjadi kewajipan seorang Muslim supaya segera bertaubat.
Allah juga menyebutkan orang Islam yang tidak sempat bertaubat akan menerima azab pedih berbeza dengan kematian bagi orang kafir yang akan menerima seksaan buat selama-lamanya. Orang Islam melakukan maksiat tanpa bertaubat akan menerima azab setimpal perbuatannya.
Menurut Sayyid Qutb, taubat selayaknya bagi Allah menerimanya adalah taubat yang lahir dari hati penuh keinsafan seolah-olah ia baru lahir semula dan menjadi insan yang lain.
Allah menyeru setiap Muslim segera bertaubat dengan firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang beriman bersama-sama dengannya.” (Surah al-Tahrim, ayat [Video] Persoalan Hilang Dara Oleh Ustaz Azhar Idrus
Ayat ini menjelaskan Allah sentiasa menyeru orang mukmin bertaubat dan perintah Allah dalam al-Quran menunjukkan wajib. Matlamat taubat adalah supaya diampunkan segala dosa terdahulu dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.
Taubat Nasuha
Ibn Kathir menyebutkan taubat nasuha sebagai taubat yang benar ikhlas dan kebanyakan ulama menyebut sebagai taubat daripada dosa dan tidak lagi mengulangi perbuatan itu. Al-Kalabi menyebutkan taubat nasuha beristighfar dengan lidah, insaf dengan hati dan mencegah dengan anggota badan.
Ulama mengatakan bertaubat adalah wajib sehinggakan anbia seperti Nabi Adam memohon keampunan daripada Allah. Oleh itu, kembali kepada Allah dengan bertaubat adalah satu tuntutan bagi setiap orang Islam sama ada kaya, miskin, raja atau rakyat.
Taubat bukan sekadar perkataan kerana taubat tidak disertai keinsafan di hati bukan taubat yang sebenar. Antara adab memohon keampunan Allah mestilah ikhlas, dalam keadaan bersih, mempunyai perasaan antara takut dan pengharapan, memilih waktu mustajab seperti pada waktu sahur.
Perkara ini disebut Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan orang yang beristighfar dan memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali-Imran, ayat 17)
Antara adab memohon ampun ialah berdoa untuk mukmin yang lain. Ia tidak memohon ampun untuk dirinya saja tetapi untuk mukmin keseluruhannya. Di samping itu menggunakan lafaz yang mathur dari al-Quran dan al-Sunnah.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24)
Pengajaran ayat :
*Wajib kepada orang Islam memohon ampun kepada Allah setiap hari dan bersegera bertaubat kepada Allah.
* Allah tidak menerima taubat bagi orang yang sudah tiba saat kematiannya.
*Pintu taubat sentiasa terbuka luas dan hendaklah dilakukan dengan penuh beradab. – MyNewsHub

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz




Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

SUMBER

Remaja Perempuan Mengutuk Ustaz Azhar Idrus di Facebook



bila tak de pendidikan agama yang cukup macam tu lah..keras kepala..hati pun keras nak terima agama..apa jua yang ulama katakan disangkal..tak mustahil apa yang agama suruh pun dia tak buat..yang haram dia halalkan..Nauzubillah..


Ustaz Azhar Idrus Nyanyi Lagu XPDC,BN Gila



Ramai yang kurang senang apabila Ustaz Azhar Idrus menyanyikan lagu XPDC dengan mengubah lirik 'C.I.N.T.A G.I.L.A,BN Gila' Ali XPDC disebelahnya hanya gelak dan mengatakan tidak campur.Apapun setiap kali dia mengadakan ceramah,beribu-ribu orang hadir untuk mendengar ceramah dari Ustaz yang No1 Di Malaysia ini.Lihat video dibawah

  
sumber

16 CIRI SUAMI BAIK MENGIKUT PANDANGAN USTAZ AZHAR IDRUS


Kepada wanita yang belum bersuami, ikutilah pandangan Ustaz Azhar Idrus dalam memilih bakal suami anda. InsyaAllah dapat syurga dunia dan syurga akhirat.
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns.
sumber

Gambar terbaru keluarga Ustaz Azhar Idrus ditepi pantai



Ustaz Azhar Idrus yang menerima Platinum hasil jualan bukunya yang mencecah 100,000 lebih.



Tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus ( Original ) yang menerima Platinum hasil jualan bukunya yang mencecah 100,000 lebih. 

Kredit : Prof.Abdullah Hassan

Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus – Hukum Sambut Hari Valentine



Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus – Hukum Sambut Hari Valentine | Pada masa kini, masyarakat terutamanya dari golongan remaja gemar meraikan hari valentine bersama kekasih yang sememangnya tidak halal. Hari kekasih atau valentine’s day ini merupakan hari yang mana ia langsung bercanggah dengan ajaran Islam. ‘Berkasih sayang’lah  pada yang halal sahaja. Pihak JAKIM sendiri udah mengeluarkan fatwa bahawa meraikan hari valentine adalah haram. Jom ikuti video dan ulasan mengenai hari valentine oleh Ustaz Azhar Idrus.



Soalan daripada hadirin :

Ustaz, terangkan mengapa berlakunya valentine? Ramai orang Islam menyambutnya sedangkan tarikh itu ialah  paderi kristian.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus :

Valentine ini ialah hari upacara keagamaan krisitian. Hukumnya haram orang Islam menyambutnya, dan sambut sambil memuliakan hari valentine boleh menjadi kafir iaitu keluar daripada Islam. Hari ini ramai yang sibuk mengingati tarikh-tarikh seperti valentine ini daripada mengetahui tarikh-tarikh kuliah agama, tarikh ulama nak datang beri kuliah dan sebagainya.

Habis budak-budak IPT, budak-budak muda yang lalai meraikan hari valentine. Hukumnya haram. Nauzubillah.

Valentine ini, merupakan nama bagi iaitu Pedro St. Valentino. Beliau merupakan paderi yang haram bernikah di dalam agama kristian, tetapi dia bercinta dengan seorang kekasih yang bernama Isabella. Maka gereja-gereja seperti Eropah, Perancis, Sepanyol, United Kingdom, England membenarkan paderi tersebut berkahwin kerana beliau mempunyai jasa yang banyak iaitu berjaya memurtadkan satu juta orang Islam di Sepanyol untuk masuk ke dalam agama kristian.

Walaubagaimanapun, gereja di Rome, tidak bersetuju. Tetapi akhirnya Pedro St. Valentino bernikah Isabella walaupun dianggap berdosa tetapi kerana jasanya memurtadkan satu juta orang Islam, maka beliau dibenarkan bebruat demikian.

Beliau dinikahkan pada 14 Februari. Maka, kita diharamkan untuk merayakan hari tersebut.

Pengajaran – Sebagai orang Islam, kita sama sekali dilarang untuk merayakan atau menyambut hari valentine ini kerana kita sendiri sudah mengetahui sejarahnya secara ringkas. Semoga video ini dapat membantu kita untuk memahami serba sedikit mengenai hari yang menjadi ikutan remaja pada masa kini. Maka katakan tidak pada Valentine! Sumber: melayukini.net 

Ceramah Ustaz Azhar Yang Penuh Keberkatan.


Subhanaallah kuliah Ustaz Azhar Idrus(Original) benarlah kata kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!

Alhamdulillah semoga Agama islam terus bersinar dan kembali menjadi Agama untuk manusia berubah dan kembali ke arah kedamaian dan kemakmuran, Semoga kembalilah kita kepada islam agar kita tidak menjadi manusia yang tidak mementingkan diri, Manusia yang tidak merosakankan sesamat umat yang sering kali memfitnah para-para sahabat yang ingin berbuat kebaikkan walaupun para sahabat kita tidak bersetuju dengan tindakan kita. Kususnya memfitnah seseorang itu melakukan moral seks tanpa bukti yang jelas. 

Daripada kita menonton AJL yang penuh melalai tu lebih baik kita menonton ceramah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini. Alangkah lebih baiknya kita menjadi manusia yang sering berhadapan dengan Allah s.w.t dan mencari ilmunya untuk menjadi manusia yang jujur, amanah dan manusia yang ada sifat nilai-nilai murni antara sesama manusia agar kita terus manjadi orang-orang yang diberkati oleh Allah s.w.. 

Ambillah kebangkitan Islam di mesir, Ambillah iktibar kebangkitan Islam di dunia-dunia arab dan seterusnya ke syria, Dimana kita lihat rakyat-rakyat syria sudah mula bangkit dari tidur menjadi umat yang berani menentang kerajaan zalim pimpinan bashar yang lebih mengutaman Syiah dan memberi muka kepada yahudi israel, Syiah adalah banyak membawa kesesatan dan adalah antara agama islam syiah yang menentang ajaran nabi muhammad dan tidak bersutuju suruhan nabi muhammad.

 Sebab itulah kita harus belajar untuk mengelak mempercayai sandiwara yang di mainkan oleh puak-puak syiah ini, Contohnya negara iran yang dipimpin berlandaskan syiah islam yang banyak bersandiwara kononya nak berperang dengan israel dan amerika. tetapi hakikatnya mereka di belakang kita adalah sahabat amerika dan israel dan iran juga pernah bersekongkol amerika untuk menakluk iraq pada mac 2003.

Sebab itulah kita harus mencari Islam yang benar-benar mengutamnkan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t supaya islam tidak lagi di permainkan oleh kaum-kaum yang sering membawa binasa kepada kita semua.

Kembali kepada pasal sikap Ustaz Azhar Idrus ni, Yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…malah pasal rock pun dia juga tahu. 


Berikut dikongsikan gambar-gambar sekitar ceramah@kuliah Ustaz Azhar Idrusyang diadakan di masjid negeri shah alam@sultan Salahuddin Abdul Aziz shah pada 29 januari 2012 dengan di hadiri puluhan ribu orang ramai.

Anggaran ada yang cakap lebih 30 ribu ada juga yang cakap lebih 50 ribu orang yang menghadiri ke ceramah tersebut, azrinren tidak berani menyatakan kerana azrinren tidak berada di tempat ceramah tersebut cuma sahabat azrinren yang berada di sana yang memberi maklumat, Azrinren cumalah menonton secara live streaming kuliah ustaz azhar idrus ni dari rumah sahaja.

Untuk lebih gambar, layari terus ke laman rasmi Ustaz Azgar Idrus di http//www.ustazazhar.net dan juga gambar suasana selepas kuliah Ustaz Azhar Idrusi di Facebook Ustaz Azhar Idrus(Original)


psst....Tak habis-habis dengan hiburan...sebab tu mudah sangat kena kencing oleh penzalim...sudah-sudahlah..kembalilah ke pangkal islam, jangan dok bantu syaitan untuk menjahanam umat Allah s.w.t yer..jangan dok utamakan sistem freemason.

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story