Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!



ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-1
Ustaz Azhar Idrus amatlah tersohor dan dikenali di negara ini kerana cara penyampaian dakwahnya yang tersendiri dan bersahaja di mana dapat menarik minat ramai anak muda hari ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Islam. Ustaz Azhar Idrus dilihat sebagai seorang yang sangat tinggi ilmu agamanya memandangkan di dalam setiap kali ceramah, sentiasa sahaja beliau membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan dan secara spontan, Ustaz Azhar Idrus mampu memberikan penjelasan yang tepat dan lebih menarik secara berseloroh dan bersahaja.
Hari ini (26 May 2013), dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya. Lihat dari mata pun boleh buat ramai lelaki jatuh cinta tapi jangan buat pasal nanti kena karate dengan Ustaz Azhar. Hahaha!
ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-2
Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak. Hak perkahwinan ini juga boleh dikatakan telah pasti kerana telah dikongsikan sendiri oleh saudara Hafiz Hamidun yang kami ‘screenshot’ dari akaun Instagram’nya.
425208_10152014248009572_158053662_n(1)
Apa yang dapat OhArtis katakan, kami juga turut menumpang rasa bahagia dan gembira apabila melihat insan lain terutamanya insan seperti UAI bahagia. Kalau dah mampu zahir batin serta mendapat kerelaan para isteri kerana Allah, kenapa tidak bukan? Tahniah boh!
Kami ada berkongsi perkara ini di Facebook Oh! Media sebelum ini dan terdapat banyak ucapan tahniah dan tidak kurang juga yang sibuk mempertikaikan soal jodoh dan perkahwinan orang lain. Haizz!
Screen Shot 2013-05-26 at 3.56.06 PM
Rasulullah dulu hadapi hidup dengan penuh kesabaran. Baginda difitnah, dibaling tahi dan sebagainya. Rasulullah sangat sabar dan masih boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Jangankan nak balas balik, terdetik rasa marah pun tidak. Rilek aje. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Kepada UAI, apa sangatlah mulut-mulut busuk orang di laman sosial ni. Orang yang tinggi ilmu agamanya pasti tak akan terusik dengan ejekan si jahil. Siapa pun anda di mata mereka, paling tidak jelas sumbangan anda jauh lebih besar dari mereka dalam membawa anak-anak muda hari ini bersama-sama untuk lebih mendekati agama. Dan mereka pula, masih di situ mencari salah perkara yang baik. – Oh! Media
UPDATE: VIDEO PENUH PERNIKAHAN USTAZ AZHAR IDRUS DAN IZYAN
OHARTIS


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story