Artis Berlumba Mengumpul Pengikut Twitter



NEW YORK – Selain mencari populariti di dunia nyata, ternyata para selebiriti juga berlumba-lumba ‘mengumpul pengikut’ di dunia maya.
Setelah Lady Gaga dan Justin Bieber, sekarang tiba pula giliran si ‘Princess Of Pop’, Britney Spears.
Penyanyi cantik ini kini telah menjadi ahli ‘Kelab 10 juta’ setelah mendapat 10 juta pengikut di dalam laman web sosial Twitter.com, sebelum ini Lady Gaga, Justin Bieber, Kim Kardashian, Katy Perry dan Presiden Barack Obama juga telah lama berjaya mengumpul 10 juta pengikut di laman web tersebut.
Namun dalam hal ini, Lady Gaga telah menjadi juara kerana memiliki lebih 14,4 juta pengikut dalam akaun Twitternya sedangkan, Justin Bieber berada di tangga kedua, dengan jumlah kurang 1 juta pengikut.
Tidak lama lagi ‘Kelab 10 juta’ ini akan menambah ahlinya, kerana Shakira, Taylor Swift dan Rihanna diperkatkan akan mencapai angka 10 juta follower pada akhir 2012 nanti.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story