MARIA OZAWA PERNAH DATANG MALAYSIA,INI BUKTINYA



Sebut je nama ni, dari Dang Wangi sampai ke Jinjang akan kenal. Lagi-lagi kepada lelaki-lelakiyang berhidung belang termasuklah aku punya jiran. Tapi tau tak korang yang beliau ini pernah datang ke Kuala Lumpur? Aku yakin pasti ramai yang tak tau kisah ini. Kisah terjadi sekitar tahun 2012. Itulah kelebihan aku sebagai seorang mat despatch tersohor di muka bumi ini. Aku sentiasa akan melihat dunia luar dan terserempak dengan perkara-perkara yang hebat-hebat belaka. Kisah bermula di Bangunan Mara semasa aku dalam tugasan untuk menghantar sepucuk surat.

Setelah menjeling-jeling tiada kelibat DBKL, aku dengan bongkaknya park motor kat kaki lima tepi jalan. Almaklumlah, nak parking kat tempat berbayar, poket tengah kering. Bayangkan sekali parking RM2. Kalau sehari aku ada 10 kali tugasan menghantar dokumen-dokumen? Tak ke jadi RM50. Pergh! Lebih dari gaji aku sehari!!



Lepas je aku kunci motor, aku terperasan ada sorang awek melambai dan melemparkan senyuman manis. Perghh! Pagi-pagi dah ada awek mengorat aku. Cun pulak tu. Baru aku sedari sesuatu yang selama ini tidak pernah disedari. Rupa-rupanya dengan wajah yang terlalu kacak sebegini, ramai gadis-gadis korporat akan terpikat dan menggilai aku. Aku mula berdiri tegak dengan penuh keyakinan. Aku dongakkan wajah aku 90darjah ke atas sambil menjeling-jeling awek tersebut. Bahagian dada pula aku tegapkan. Biar awek tu falling in love lebih dengan aku. Tangan kanan dan kiri aku silangkan di dada sambil mengepit surat dicelah-celah ketiak. Kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa yang mengibar-ngibar rambut membantu menambah lagi UMMPPHH kekacakan aku. 



Dan kemudian, aku melihat beliau melangkah menuju ke arah aku. Bila awek tu semakin dekat, aku perasan beliau menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku apa lagi. Dengan riak wajah yang teruja,bangga dan sedikit takbur, aku menghulurkan tangan juga. Sedikit terlompat aku kerana begitu gembira. Dan bila tangan kami berdua semakin dekat, secara tiba-tiba aku terlihat ada satu lagi tangan yang terlebih di sebelah kiri. Bila aku toleh je ke kiri, kelihatan kelibat seorang lelaki yang smart berkot.


Dan sejurus selepas itu , mereka berdua bersalaman. Aku yang ketika itu berada di tengah-tengah pertemuan mereka berdua mula terasa amat sentap. Apa lagi bila mereka berdua jeling-jeling sambil tersenyum-senyum sinis. Blushing-blushing kat pipi bukan warna merah lagi, tapi dah jadi warna kebiruan lebam. Pipi aku rasa macam kena lempang-lempang dengan tayar motor je. Namun, demi semangat seorang pejuang yang memperjuangkan imej kacak di mata gadis-gadis, aku serta merta buat-buat sedang bersenam ala Tai Chi.


Lima minit selepas mereka berdua meninggalkan black area tersebut, aku segera memberhentikan aktiviti tak bermoral itu. Dengan kedua-dua tangan terkulai ke bawah, aku menunduk 180 darjah ke bawah sambil melangkah perlahan menuju ke pintu masuk bangunan Mara.

Selang beberapa langkahan, aku terlihat sepasang kaki yang sangat mengiurkan. Sedikit demi sedikit wajah aku panjatkan semula ke atas. Kelihatan seorang awek yang terlalu seksi berdiri membelakangkan aku. Alangkah terperanjatnya aku apabila terpandang sisi tubuhnya. Maria Ozawa!! Aku seakan-akan tak percaya Maria Ozawa berada depan mata aku.



Namun, aku segera beristighfar. Kenapa perlu menyanjungi pelakon video tak senonoh ini? What da fahrin ahman!! Serta merta kemarahan aku semakin memuncak. Aku bertekad untuk sekolahkan beliau walaupun english speaking aku kategori memualkan.

" Maria!!",teriak aku tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu lalang di situ.

Kelibat Maria Ozawa yang berada di hadapan aku segera menoleh memandang aku.




" How do you know my name sir?"

Secara tiba-tiba badan aku menggigil-gigil. Darah tersembur keluar dari hidung. Jerawat-jerawat aku juga meletup sendiri dengan menggilanya. Dalam nafas yang tersekat-sekat aku mula menyusun kata.

" You name Maria?"

" Yes. My name is Maria Ozawi. Why do you call me sir? There's anything that I can help?"

" Owh, you just forgetkan. I wrong call person. I am sorry so so."

Dengan mulut yang sedikit berbuih-buih, aku segera meninggalkan Maria Ozawi tersebut yang kelihatan menjeling-jeling manja ke arahku sambil menggigit-gigit jari manisnya. Owh!! Sangat mengerikan!!

Sumber

9 comments:

donacopoker said...

mau dapetin bonus kemerdekaan indonesia yang ke 73 dan asian game nanti,
tunggu apalagi gabung sekarang juga di donacopoker.net agen judi kartu online terpercaya
agar kalian tidak ketinggalan bonus menariknya
untuk info selanjutnya bisa langsung hubungi kontak kami di bawah ini
BBM : DC31E2B0
LINE : Donaco.poker
WHATSAPP : +85515875229

Güldeste said...

van
elazığ
bayburt
bilecik
bingöl
2ER

80703LaylahCF4AA said...

29A2F
Urfa Şehir İçi Nakliyat
Adıyaman Şehirler Arası Nakliyat
Keçiören Boya Ustası
Uşak Parça Eşya Taşıma
Ünye Kurtarıcı
Ankara Asansör Tamiri
Bolu Şehirler Arası Nakliyat
Etimesgut Boya Ustası
Malatya Evden Eve Nakliyat

760B4Jeramiah28874 said...

65F62
urfa kızlarla rastgele sohbet
bursa telefonda kızlarla sohbet
rize sesli sohbet sitesi
bolu sesli sohbet
Denizli En İyi Rastgele Görüntülü Sohbet
bursa ücretsiz görüntülü sohbet
kayseri sesli sohbet
ığdır rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
Karabük Görüntülü Sohbet

39989Travis9ED00 said...

03526
Bone Coin Hangi Borsada
Aptos Coin Hangi Borsada
Periscope Takipçi Satın Al
Parasız Görüntülü Sohbet
Okex Borsası Güvenilir mi
Youtube Abone Hilesi
Binance Hangi Ülkenin
Ön Satış Coin Nasıl Alınır
Sohbet

AA262RidgeADBBC said...

DE237
Görüntülü Sohbet Parasız
Tiktok İzlenme Satın Al
Binance Referans Kodu
Sohbet
Facebook Beğeni Satın Al
Instagram Takipçi Hilesi
Onlyfans Takipçi Satın Al
Tumblr Takipçi Hilesi
Clysterum Coin Hangi Borsada

8F750Gordon5DF67 said...

901AC
trezor suite
yearn
roninchain
uniswap
arbitrum
arculus
looksrare
quickswap
raydium

Anonymous said...

dffdvgfdghujfjdhjhj
شركة تسليك مجاري بالقطيف

Anonymous said...

THTJYJYKJMY
شركة تسليك مجاري بالجبيل

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story