Ternyata, isteri kepada pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani bergitu teruja dan gembira meyaksikan persembahan suaminya yang juga kumpulan trio KRU.
Lisa yang sememangnya peminat setia kumpulan KRU gembira dengan kejayaan kumpulan tersebut untuk menempa nama dalam industri seni suara tanah air.
“Lisa memang peminat KRU dari dulu lagi. Bila dapat melihat persembahan mereka, Lisa rasa amat gembira sekali. Lisa bangga dengan kejayaan tiga beradik ini dan Lisa sangat gembira dengan pencapaian yang ditempa mereka semua,” kata Lisa seperti dalam laman gosip Gua.com.my.
Semalam, KRU telah mengadakan persembahan atau showcase sempena ulangtahun ke-20 KRU yang berlangsung di Neverland@Orange.
Sambutan yang diterima untuk ulangtahun itu ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat-peminat setia KRU.
Turut hadir ke showcase itu juga adalah kaum keluarga dari kumpulan KRU sendiri.
0 comments:
Post a Comment