Aiyoo… Mcm dh besar je kes si Lofa ni. Makin byk lak citer pasal isu ni kuar, makin panas, makin sensasi… sebelum admin ada post pasal Kali ni pasal si Lofa ni nak heret Anzalna ikut cara yg betul, mksudnye guna undang2 la ni. Dan satu lagi, dikatakan Hans Isaac membela Lofa dgn mencabar wartawan Berita Harian, Zubir. Nak tau lagi, jom layan…
Semalam, Mynewshub.my mendedahkan yang pelakon wanita dan juga model, Anzalna membuka cerita tentang keburukan diri seorang lagi pelakon wanita yang kian meningkat naik namanya iaitu Neelofa. Anzalna mendakwa, Neelofa sebenarnya mempunyai perasaan ‘busuk hati’ dan suka mencari gaduh dengan orang lain.
Semuanya timbul semasa mereka sama-sama menyertai sebuah pertandingan suatu ketika dahulu. Kata Anzalna lagi, Neelofa terlalu berdendam kepada dirinya sampaikan sanggup memburuk-burukkan perihal diri Anzalna kepada orang lain. Sampaikan sanggup juga menubuhkan sebuah ‘Official Page Kami Benci Anzalna’ di laman sosial Facebook. Kurang dari 24 jam, Neelofa masih tidak membuka mulut untuk menjawab pertuduhan yang diberikan kepada dirinya.
Menerusi blog gosip hiburan Beautifulnara.com, Neelofa hanya mengeluarkan kenyataan supaya Anzalna tidak terus menyebarkan fitnah tentang dirinya di dada-dada akhbar. Cuma, tidaklah pula Neelofa menyatakan nama individu berkenaan dalam kenyataan twitternya. Kalau dibaca, sudah jelas kenyataan itu diberikan kepada Anzalna.
Ni kisah cabaran perdebatan dalam bidang hiburan pula. Mana tidaknya, tiba-tiba Hans Issac ‘mengamuk’ menerusi laman sosial twitternya. Nampaknya, Hans cuba untuk membela Neelofa dalam isu yang ditulis oleh wartawan hiburan Berita Harian, Zubir dengan mencadangkan supaya Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan berkenaan.
Pada masa yang sama, Hans dengan berani mencabar Zubir untuk berdebat dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Mungkin tindakan Hans itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab Hans sebagai penerbit filem ‘Lemak Kampung Santan’ yang dilakonkan oleh Neelofa.
Hans juga meluahkan rasa kesal terhadap wartawan yang lama dikenalinya dan menyatakan yang Zubir bukanlah wartawan yang baik. Selain itu, Hans menunjukkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar Berita Harian terbitan hujung minggu lalu.
0 comments:
Post a Comment