Semalam, Mynewshub.my mendedahkan yang pelakon wanita dan juga model, Anzalna membuka cerita tentang keburukan diri seorang lagi pelakon wanita yang kian meningkat naik namanya iaitu Neelofa.
Anzalna mendakwa, Neelofa sebenarnya mempunyai perasaan ‘busuk hati’ dan suka mencari gaduh dengan orang lain.
Semuanya timbul semasa mereka sama-sama menyertai sebuah pertandingan suatu ketika dahulu.
Kata Anzalna lagi, Neelofa terlalu berdendam kepada dirinya sampaikan sanggup memburuk-burukkan perihal diri Anzalna kepada orang lain.
Sampaikan sanggup juga menubuhkan sebuah ‘Official Page Kami Benci Anzalna’ di laman sosial Facebook.
Kurang dari 24 jam, Neelofa masih tidak membuka mulut untuk menjawab pertuduhan yang diberikan kepada dirinya.
Menerusi blog gosip hiburan Beautifulnara.com, Neelofa hanya mengeluarkan kenyataan supaya Anzalna tidak terus menyebarkan fitnah tentang dirinya di dada-dada akhbar.
Cuma, tidaklah pula Neelofa menyatakan nama individu berkenaan dalam kenyataan twitternya.
Kalau dibaca, sudah jelas kenyataan itu diberikan kepada Anzalna.
Kata Neelofa lagi, Neelofa akan menegakkan keadilan mengikut jalan yang benar.
Nampaknya, Neelofa akan membawa ‘kisah’ fitnah memfitnah ini ke muka pengadilan.
0 comments:
Post a Comment