Kisah Pengemis Di Universiti



Seorang mahasiswa yang sedang kebosanan tiba-tiba ternampak seorang pengemis. Lalu dia pun menegur pengemis tersebut dan menjadi asyik berbicara dengan pengemis tua di depan kampus UiTM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya… lebih kurang sudah 8 tahun, nak…

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik?

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…

Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang…

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : Tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

Mahasiswa: *Hampehhhhhh..!!!!*

p/s: amboi3, sampai satu keluarga jadi pengemis ni..ape cer..heh,..bukankah tangan yg memberi itu lebih baik dari menerima.

Misteriousgrapersz 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story