Tahun ini sungguh ramai selebriti tempatan yang berhari raya dengan status baru. Salah seorang daripada mereka ialah Lisa Surihani. Pasti Lisa teruja untuk bangun pagi menyediakan sahur buat suami tercinta, Yusry.Mereka berdua tak sabar untuk berhari raya sebagai pasangan suami isteri untuk pertama kalinya.
Sehingga hari ini, masih belum ada berita gembira tentang cahaya mata yang Abang Nara dengar daripada pasangan ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi rezeki yang murah kepada mereka untuk bergelar ayah dan ibu. Abang Nara pasti mereka berdua pun dah tak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri. Sama-samalah kita doakan.
0 comments:
Post a Comment