Soo Wincci Berpuasa Untuk Dekatkan Dirinya Dengan Peminat Melayu


Bukan senang untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi jika anda tidak berlatih sejak kecil. Namun itu semua cabaran yang sanggup ditempuhi oleh Soo Wincci yang berazam untuk berpuasa penuh tahun ini. Semua ini dilakukan oleh Soo Wincci untuk mendekatkan diri dengan peminat Melayunya yang semakin bertambah semenjak menyertai MasterChef Selebriti Malaysia.
soo wincci berpuasa
Untuk makluman, ada khabar angin yang menyatakan Soo Wincci berpuasa kerana mempunyai teman lelaki berbangsa Melayu. Malah ada suara-suara yang menyatakan Soo Wincci telah pun memeluk agama Islam. Namun ternyata itu semua tidak benar. Kata Soo Wincci kepada Mstar Online:-
Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka. Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa. Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini. Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari.
Kepada Soo Wincci, teruskan usaha murni anda ini. Mana tahu suatu hari nanti jodoh anda memang dengan orang beragama Islam. Jadi tak adalah terkejut nak kena puasa selama sebulan selepas berkahwin nanti. Pesan Abang Nara, jangan lupa bersahur supaya dapat menahan lapar dan dahaga di siang hari.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story