Jasa Melayu Sokong Kerajaan Dibalas

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan megah dan penuh karisma berdiri di hadapan ribuan pengunjung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mengumumkan langkah-langkah pemerkasaan ekonomi bumiputera. Ternyata…masyarakat Melayu dan bumiputera yang mendapat begitu banyak bantuan dan sokongan dari kerajaan selama puluhan tahun tidak pernah dilupakan sehingga ke saat ini. Hakikatnya, kelompok berkenaan memang sudah terbela malah jauh lebih pada kaum-kaum lain. Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta belasan institusi antaranya Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH...

Pelakon Wanita China Pakai Skirt Lutsinar

SEORANG pelakon wanita dari China dilaporkan memakai skirt getah lutsinar yang menampakkan bahagian dalamnya. Walaupun mengakui agak segan dengan rekaan tersebut, namun pelakon itu terpaksa juga untuk memakainya untuk menjaga air muka pereka fesyen serta tidak mahu mengecewakan pereka pakaiannya pada majlis itu. Untuk mengelakkan ia nampak janggal atau seksi keterlaluan, pelakon itu memasukkan blausnya dalam skirt itu untuk tampil agak sopan buat peminatnya. Seharusnya pereke fesyen perlu lebih sensitif dalam rekaan mereka dengan tidak mengambil kesempatan mencipta pakaian yang boleh menjatuhkan maruah si pemakai selain berbincang terlebih...

Beratur 10 Hari Lebih Awal Demi iPhone5S

MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti. Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi antara orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti. Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store. Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca. Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup...

Fizo Omar Bakal Bertunang, Akui Dapat Restu Ibunya

Fizo Omar Bakal Bertunang, Akui Dapat Restu Ibunya – Rasanya sekitar penghujung bulan Mei yang lalu, dikhabarkan aktor kacak kelahiran negeri Kelantan, Fizo Omar sudah putus cinta namun desas-desus terbaru mengatakan Fizo bakal melangsungkan majlis pertunangannya tidak lama lagi. Berita pertunangan tersebut turut disahkan oleh tuan badan sendiri namun enggan berbicara lebih lanjut mengenai isu berkenaan kerana semuanya masih dalam perancangan. “Ya, memang saya akan bertunang tapi tak boleh cakap bila. Nanti bila dah tiba masanya saya akan umumkan kepada semua.” “Buat masa ini masih belum tetapkan apa-apa lagi, semuanya masih dalam...

Gambar Persandingan Abby Dan Farhan Di Kelantan

Gambar Persandingan Abby Dan Farhan Di Kelantan - Jika entry sebelum ini kami kongsikan gambar majlis resepsi perkahwinan Abby Abadi dan Farhan disebelah pihak Abby. Kini kami kongsikan pula gambar pasangan ini ketika berlangsung majlis resepsi di kampung halaman suaminya yang bertempat di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Jelas tergambar keceriaan di wajah pasangan pengantin baru ini dan mereka tampil dengan persalinan bertemakan warna hijau dan merah jambu. Dalam gambar tersebut, turut kelihatan ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. Like FanPage BeritaHangat™...

Akibat Kemalangan, Nabila Huda Cedera Tulang Belakang

Akibat Kemalangan, Nabila Huda Cedera Tulang Belakang – Rata-rata peminat dunia hiburan tanah air sudah mengetahui mengenai berita pelakon popular, Nabila Huda dan anaknya, Keisha telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Ahad lalu. Sejak kemalangan tersebut berlaku, dilihat aktress ini bersikap mendiamkan diri dan tidak membidas segala status yang dimuat naik oleh bekas suaminya, Eddie di laman sosial Twitter. Setelah dua hari kejadian berkenaan berlalu, akhirnya Nabila mula berkongsi mengenai perkembangan terbaru berkaitan dirinya. Sementara itu, aktress yang lebih mesra disapa dengan panggilan Abil ini turut...

Isteri Kedua Ashraf Muslim Hamil?

Isteri Kedua Ashraf Muslim Hamil? – Beberapa minggu yang lalu telah timbul desas-desus mengatakan isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Sakinah dikatakan sedang hamil namun dakwaan tersebut telah dinafikan oleh aktor kacak itu. Namun, baru-baru ini Sakinah ada memuat naik sekeping foto yang memaparkan ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya dan gambar berkenaan menarik perhatian pengikut di laman Instagramnya sehingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya. Disebabkan ucapan tahniah tersebut ia menimbulkan tanda tanya sama ada memang benar dia sedang berbadan dua ataupunAshraf mempunyai sebab tersendiri mengapa dia...

Amy Search Kecil Hati Dengan Nabila Huda?

Amy Search Kecil Hati Dengan Nabila Huda? – Jika semalam, penyanyi rock negara, Amy Search menyifatkan kemalangan menimpa anaknya, Nabila Huda dan cucunya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk Nabila.   Pada hari ini pula, isteri Amy Search, Nourish Hassan mendedahkan suaminya pernah meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada sambutan Aidilfitri lalu. “Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan...

Farah AF Muflis?

Farah AF Muflis? – Sekita awal Ogos lalu, vokalis kumpulan MOJO, Aweera mengaku yang dirinya berstatus muflis dan terbaru desas-desus mengatakan penyanyi, Farah AF turut diisytihar muflis.   Berita tersebut hangat diperkatakan apabila seorang penggiat forum Cari mengirimkan sekeping gambar pada hari ini yang menunjukkan satu keratan notis di sebuah akhbar tempatan yang menyatakan seperti di bawah:   Merujuk kepada nama yang tertera, ia adalah nama yang sama dengan Farah AF dan menurut seorang lagi penggiat forum Cari alamat yang tertera pada notis tersebut merupakan alamat rumah ibu bapa Farah AF. Apa pun sama-sama...

Gambar Liyana Jasmay Dan Suami Bercuti Di Phuket

Gambar Liyana Jasmay Dan Suami Bercuti Di Phuket – Sejak mendirikan rumahtangga agak jarang dilihat wajah penyanyi dan pelakon kecil molek, Liyana Jasmay menghiasi kaca TV. Terbaru pelakon ini difahamkan telah bercuti baru-baru ini bersama suami tercinta di Phuket Thailand. Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsikan oleh Liyana Jasmay atau lebih mesra disapa dengan panggilan LJ ini mereka bukan sahaja bercuti di Phuket malah turut dilihat menghabiskan masa bersama di Hong Kong. Bagi peminat yang merindui lakonan aktress ini jangan lupa saksikan kemunculan LJ dalam drama terbarunya berjudul Sahabat yang bakal ditayangkan di...

Nora Danish Terkejut Dengar Isu Skandal Adi Putra

Nora Danish Terkejut Dengar Isu Skandal Adi Putra – Sekitar tahun lalu, nama pelakon jelita, Nora Danish pernah dikatakan mempunyai kaitan dengan krisis rumahtangga yang melibatkan aktor kacak, Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof.   Mengulas mengenai isu skandal yang melanda Adi Putra baru-baru ini, Nora menyatakan dia terkejut dengan perkara tersebut dan mengakui menghantar SMS kepada Adi dan isterinya agar terus tabah menghadapi masalah berkenaan. “Bila saya dapat tahu pasal ini, saya terkejut. Saya ada SMS Abang Adi dan Kak Aida. Saya minta mereka supaya tabah dan kuat hadapi semua ini,” ujarnya yang merasa tidak...

Gambar Shuib Dan Anak-Anak Bercuti

Gambar Shuib Dan Anak-Anak Bercuti – Baru-baru ini kami difahamkan pelawak terkenal, Shuib telah meluangkan masa bersama anak-anaknya bercuti ke Teluk Cempedak di Pahang. Menerusi gambar yang dimuat naik, Shuib turut menulis status yang memperlihatkan dirinya sukar untuk berpisah dengan keluarga tercintanya teruatamannya cahaya matanya yang masih kecil. Untuk makluman pembaca, Shuib kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya berjudul Bini Aku Hantu Langsuir yang bakal ditayangkan di TV9 tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan drama tersebut di siarkan. Dibawah kami paparkan gambar Shuib dan anak-anaknya...

Sukar Buat Pilihan, Nabila Huda Sambut Raya Dengan Rakan

Sukar Buat Pilihan, Nabila Huda Sambut Raya Dengan Rakan – Jika semalam, kami kongsikan luahan hati Amy Search yang disampaikan oleh isterinya yang mengatakan Amy terasa hati kerana anaknya, Nabila Huda tidak pulang beraya baru-baru ini. Menurut Nabila Huda atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abil menyatakan dia menerima undangan untuk menyambut Syawal baru-baru ini dari ibu kandungnya di Klang dan juga bapanya, Amy Search yang pulang ke kampung di Johor. Disebabkan itu, dia binggung untuk membuat keputusan. “Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin...

Nora Danish Sifatkan Anak-Anak Penentu Jodohnya Dengan Nadem

Nora Danish Sifatkan Anak-Anak Penentu Jodohnya Dengan Nadem - Umumnya tahu pelakon jelita, Nora Danish sedang intim berkawan dengan Nadem namun sehingga ke hari ini meraka tetap mengakui sedang mengenali antara satu sama lain. Menurut Nora, dia tidak kisah apabila peminat mengatakan dirinya sedang bercinta dengan Nadem dan dia tidak akan mencanang perkara tersebut melainkan ianya benar-benar terjadi. “Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang hal itu sebab selagi tak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan. Lainlah kalau dah betul-betul kami nak...

SEGERA: Lagi Nahas Di Genting Highlands…13 Cedera

KUALA LUMPUR – Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian. Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya. “Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dibawa laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat kemalangan itu bagi mengenal pasti punca sebenar,”...

Nora danish hanya berminat pada anak menteri BN sahaja

Mengambil kira pada pengalaman hidupnya sebelum ini membuatkan Nora Danish lebih berhati hati apabila berbicara soal hati. Tidak mahu mengiyakan tapi tidak juga melenting apabila dia dikatakan mempunyai kekasih hati bernama Nedim Aziz anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Nora Danis & Nedim Aziz, Lagenda Budak Hostel Bagi Nora yang kami temui sewaktu tayangan perdana Lagenda Budak Hostel baru baru ini menjelaskan dia hanya menyerahkan kepada takdir tentang jodoh yang akan hadir dalam hidupnya selepas ini. “Bagi Nora tak nak komen apa-apa tentang hubungan dengan Nedim, takut nanti kalau Nora cakap lebih-lebih tak jadi pula....

Pemain bola sepak pahang di cekup 4.30 PG

Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam. Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi. Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim. Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan,...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story