CEO Maxis Lepas Jawatan Berkuatkuasa 15 April

CEO Maxis Lepas Jawatan Berkuatkuasa 15 April

KUALA LUMPUR – Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis akan melepaskan jawatannya berkuat kuasa 15 April.
Beliau juga meletakkan jawatan sebagai Pengarah Maxis pada tarikh yang sama.
Sandip, yang menyandang jawatan CEO sehingga tempoh 30 Jun ini, meminta pelepasan awal dan lembaga pengarah bersetuju dengan permintaan beliau, kata Maxis dalam satu kenyataan, Selasa.
Johan Dennelind akan mengambil alih jawatan CEO daripada Sandip mulai 1 Julai.
Dalam tempoh sementara itu, satu jawatankuasa yang dianggotai Ketua Pegawai Kewangan Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Bersama, Suren J Amarasekera dan Mark Dioguardi, akan memangku tugas bersama-sama secara kumpulan dan melaporkan kepada Pengerusi, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad bin Raja Tun Uda.
Johan memiliki pengalaman luas dalam sektor telekomunikasi dan telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan kepimpinan dengan syarikat telekomunikasi di beberapa negara termasuk Malaysia dalam tempoh 13 tahun lepas. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story