Menangi iPad Melalui Kempen ‘Drive Safely’

Menangi iPad Melalui Kempen ‘Drive Safely'

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk Mini iPad, IPod Nano dan IPod Shuffle dengan menyertai kempen ‘Drive Safely’ anjuran Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia).
Allianz Malaysia melalui satu kenyataan memberitahu, kempen itu boleh disertai melalui applikasi Allianz Drive Master di laman sosial www.facebook.com/AllianzMalaysia dari 5 Mac hingga 5 April ini.
“Setiap minggu, tiga peserta terpantas dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah menarik seperti Mini iPad, IPod Nano dan IPod Shuffle.
”Terdapat banyak aktiviti menarik yang menyeronokkan dan menghiburkan serta memberi maklumat yang membantu mengingatkan peserta tentang keselamatan di jalan raya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Jens Reisch.
Beliau seterusnya berkata, Allianz Malaysia menyokong kesedaran keselamatan jalan raya melalui kempen Advokasi Keselamatan Jalan secara aktif dalam kalangan orang ramai sejak tahun 2011.
Menurutnya, kerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bermula pada 18 Julai 2011 apabila satu memorandum persefahaman kempen itu ditandatangani.
Sebanyak 47 kempen advokasi keselamatan telah diadakan di seluruh negara sejak itu dan Allianz Malaysia kini mempunyai lebih 400 kakitangan yang dilatih sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya.
Tambah beliau, Allianz turut menjadi Rakan Rasmi Global Formula One ™ dan menaja Kereta Rasmi Formula One ™ iaitu Kereta Keselamatan dan Perubatan.
Jelas beliau, Allianz juga menjadi rakan kongsi keselamatan untuk Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One ™.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story