Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

kasih sayang lakonan 1

Seperti yang diketahui, ibu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali iaitu Che Tom Yahaya, berusia 79 tahun pernah meluahkan rasa kecewa dengan apa yang didakwa sikap derhaka anak lelakinya itu.
Che Tom ketika ditemuramah media sempena Hari Ibu tahun lalu menangis dengan sikap Azmin yang tidak mahu langsung melawatnya atau bertanyakan khabar dirinya.
“Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu pada masa berkenaan.
Baru ini, wanita tua malang itu dimasukkan ke hospital akibat kecederaan kerana terjatuh di rumahnya.
Anak perempuannya, Ummi Hafilda mendakwa, di waktu tengah malam, Azmin datang membawa seorang jurugambar khusus untuk mengambil gambar dia bersama ibunya.
Dan gambar itu kemudian dimuatnaik ke Facebook bagi memperlihatkan yang Azmin bukan anak derhaka atau si tanggang.
kasih sayang lakonan 2
Come on lah Azmin…what do you expect orang nak kata…masa mak kau sihat kau tak datang masa mak kau sakit….oklah kau nak datang melawat tapi bawak jurugambar lepas tu upload masuk Facebook dengan tujuan nak mencerminkan kau bukan anak derhaka pada penyokong…
Sudah tentu itu membuka ruang untuk orang mempersoalkan motif kau kan….siap jurugambar khas tak tahan tu
Bagi Ummi, dia tak sangka Azmin sanggup spin isu anak derhaka sampai ke tahap itu.
Berikut adalah petikan sidang media Ummi yang dibuat baru-baru ini…nilai sendiri;



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story