Hentikan Pembayaran Wang ‘Cession’

Cession

KUALA LUMPUR — Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem)
menggesa kerajaan menghentikan bayaran wang ‘cession’ atau penyerahan hak Sabah
ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu dari selatan Filipina di Lahad Datu,
Sabah telah mengorbankan 10 wira negara.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata cadangan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bayaran tahunan RM5,300 kepada waris
Sultan Sulu diberhentikan perlu disokong.
Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (Risda) berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan
sumbangan Risda sebanyak RM50,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima di
ibu pejabat Risda di sini, hari ini.
rahim thamby chik
Sumbangan itu disampaikan kepada Pengarang Urusan New Straits Times Nuraina
Samad. Sementara Gabem, menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ramlan Othman
menyampaikan sumbangan RM5,000.
Abdul Rahim turut membidas tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa
insiden pencerobohan itu dicetuskan oleh masalah kemiskinan dan ketiadaan
kemudahan asas di Lahad Datu.
“Malaysia kini jauh lebih maju dan kemajuan negara dibahagikan secara
menyeluruh di setiap negeri,” katanya.
Beliau juga berharap kerajaan dapat mengambil tindakan terhadap pemimpin
pembangkang yang terus mempolitikkan perkara itu supaya dapat dijadikan iktibar
kepada mereka yang berhasrat mengeluarkan kenyataan tidak benar. — BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story