Jika Ada Kekasih Saya Beri Tahu – Sam

Jika Ada Kekasih Saya Beri Tahu - Sam

Apabila sebut saja nama Shaheizy Sam mesti ramai akan bertanyakan mengenai siapakah kekasihnya.
Namun berita baik untuk para gadis di luar sana, Shaheizy Sam masih single dan sedang mencari sang puteri untuk disuntingnya.
Memetik laporan Pancaindera, semalam, Sam melahirkan rasa kurang senangnya kerana sering digosipkan dengan pelakon-pelakon wanita yang digandingkan dengannya.
Antara yang pernah dikatakan bercinta dengannya ialah Nora Danish, Fazura dan juga Yana Samsuddin.
“Secara jujurnya, saya memang masih tiada sesiapa yang istimewa ketika ini. Kalau ada memang saya akan umumkan dan saya tidak akan berahsia.
“Sebenarnya saya kurang senang apabila sering kali dikaitkan dengan kisah cinta lokasi seperti ini. Saya harap selepas ini perkara sebegini tidak lagi berlaku,” katanya.
Mungkin kerana sebelum ini, amat jarang kedengaran Sam dikatakan bercinta serius dengan seseorang.
Sebab tu peminat ingin sangat tahu. Ye tak?
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story