Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Bocor! Aplikasi Mobil Paling Cool Untuk Pelajar Sekolah

home-edit-icon study change to osem-nani

BERITA hangat buat pelajar-pelajar sekolah! Satu aplikasi mobil yang bakal muncul pada awal tahun hadapan, dipercayai mampu membuatkan mereka tidak tidur malam kerana menggunakannya.

Apa yang menarik, aplikasi ini tidak menawarkan permainan maya (online games) ‘biasa-biasa’ tetapi dapat membantu proses pembelajaran pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5 dengan cara lebih menarik dan interaktif.
Aplikasi dengan ciri-ciri ‘cool’ yang masih dirahsiakan namanya ini memfokuskan kepada games yang dapat membantu pelajar membuat latihan, nota dan bertanya kepada rakan pelajar lain tentang pelajaran.
Jom lihat ciri awal aplikasi ini untuk lebih memudahkan ianya difahami:
home-edit-icon study change to osem-nani
Menarik bukan?
Seperti ciri online games lain, pelajar pada mulanya akan diberikan tiga hayat (Life) yang akan hilang setiap kali mereka melakukan kesalahan. Bagi Battle Mode pula, pelajar berpeluang melakukan pertarungan secara real time dengan rakan yang lain.
Aplikasi ini turut menyediakan fungsi perancangan ulangkaji tepat secara mingguan untuk meningkatkan skor secara menyeluruh.
Berdasarkan ujian penerimaan pengguna yang dijalankan kepada beberapa kelompok pelajar, hasil diterima amat menggalakkan malah aplikasi ini dipercayai mampu mengubah lanskap penggunaan teknologi mobil dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Pada pendapat kami, ini adalah satu berita gembira buat para ibu bapa yang kadangkala menghadapi dilema melihat anak-anak di zaman ini yang gemar menekuni telefon pintar untuk bermain online games yang boleh membawa kepada ketagihan dan membuatkan pelajar lalai melakukan ulangkaji pelajaran.
Maka para pelajar sekelian, bergembiralah kerana jika sebelum ini ibu bapa menjerit kepada anda agar melepaskan telefon pintar dan berhenti bermain games, kini secara rela hati pula mereka mungkin akan menyuruh anda bermain games seberapa lama yang anda mahukan! – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Johor Seragamkan Kemeja Kokurikulum Sekolah

Johor Cipta Identiti Dengan Seragamkan Kemeja Kokurikulum Sekolah

BAGI memperkasakan jati diri dan mewujudkan identiti, semua sekolah di negeri Johor akan menyeragamkan pemakaian kemeja T untuk aktiviti kokurikulum bermula tahun depan.

Perkara tersebut diumumkan selepas satu surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dimuat naik dalam laman sosial.
Johor Cipta Identiti Dengan Seragamkan Kemeja Kokurikulum Sekolah
Dalam surat yang bertarikh 19 Oktober 2016 itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif menjelaskan pihaknya berhasrat untuk melaksanakan program Karakter Murid Johor (KrMJ) bermula pada tahun hadapan.
Menurutnya, semua sekolah di negeri itu digalakkan bersama-sama menjayakan program tersebut melalui pemakaian kemeja dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah.
“Pemakaian kemeja yang reka bentuknya berasaskan warna negeri Johor adalah satu insiatif bertujuan mewujudkan keseragaman berpakaian dalam kalangan murid sekolah.
“Tiada paksaan perlu dilakukan dalam menjayakan pemakaian kemeja T ini,” katanya.
Jelasnya, pihak sekolah boleh menempah kemeja T tersebut pada syarikat yang menyediakan perkhidmatan bekalan pakaian, namun ia perlu mematuhi prosedur yang sedia ada.
Corak dan reka bentuk kemeja itu telah diluluskan Majlis Mesyuarat Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan ia boleh dimuat turun menerusi laman web JPN Johor.
“Semoga keseragaman berpakaian ini akan dapat mewujudkan identiti karakter murid Johor yang boleh dibanggakan,” katanya.
Rakyat Johor nampaknya menyambut baik idea penyeragaman kemeja ini dan menganggap ianya seperti warna jersi pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Difahamkan, baju tersebut dijual pada harga RM17 untuk murid sekolah rendah dan RM23 untuk pelajar sekolah menengah. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kecoh Murid Didenda, Pelajar Jepun Rileks Jadi ‘Kuli’

Mentaliti Ibu Bapa Di Malaysia Jauh Ketinggalan

MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik di luar kelas, kutip sampah, berdiri di tengah padang dan bermacam-macam lagi hukuman diberikan guru atas kesalahan dilakukan.

Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami ‘kesakitan’ itu tidak akan memberitahu ibu bapa jika dirotan atau didenda oleh guru kerana bimbang hukuman tersebut akan ‘digandakan’ pula.
Namun, lain pula ceritanya pada zaman serba canggih ini apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak dapat menerima ‘hukuman’ daripada guru terhadap anak-anak mereka.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun dr Ismail didenda duduk di atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.
Belum reda dengan kisah itu, tersebar pula kisah mengenai seorang guru yang ditegur oleh ibu bapa pelajarnya gara-gara meminta anak didiknya itu memadamkan papan hitam.
Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan
Guru tersebut diarahkan untuk tidak lagi menyuruh pelajarnya memadamkan papan hitam kerana pelajar bukanlah orang gaji atau orang suruhan tetapi pelanggan.
Di manakah tahap mentaliti ibu bapa ketika ini yang seakan-akan ‘memanjakan’ anak-anak mereka sehingga tidak boleh ‘diusik’. Tindakan ini boleh ‘memakan diri’ suatu hari nanti.
Memetik kata-kata juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias: ‘Zaman sekolah dulu, bila cikgu minta padam papan hitam, bawa buku latihan ke bilik guru, ambil rotan di bilik guru, ya Allah! Berbunganya hati. Terasa sangat diraikan,”.
Itu yang digambarkan penceramah bebas itu apabila diminta untuk membantu guru ketika di sekolah tetapi ianya sangat berbeza pada zaman yang penuh berteknologi kini.
Pelajar sekolah di negara ini nampaknya perlu mencontohi sikap pelajar di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam mendidik tingkah laku seiring dengan kemodenan negara ini.
Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan
Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.
Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.
Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.
Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan
Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.
Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.
Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan
“Kami melakukan perkara ini kerana kewajipan. Ia bukanlah sesuatu yang asing sehingga saya berpindah ke luar negara,” katanya yang kini bekerja sebagai pengurus di Manhattan, New York.
Idea melibatkan pelajar dalam aktivit membersihkan kawasan sekolah ini dapat memupuk rasa hormat mereka dengan persekitaran selain mewujudkan kerjasama di antara pelajar.
Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.
Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama. -MYNEWSHUB.CC





Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story