Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

EDAR KAD KAHWIN, NINA ISKANDAR BAKAL AKHIRI ZAMAN SOLO?

Baru-baru ini menerusi InstaStories, pelakon yang berasal Brunei iaitu Nina Iskandar telah berkongsi beberapa keping foto yang menarik perhatian apabila tiada ribut tiada angin, bintang ini dipercayai sudah pun mengedarkan kad yang dilihat seperti kad undangan perkahwinan. 





Malah, pelakon 'Wanita Dalam Sangkar' itu turut 'repost' beberapa kad yang telah diagihkan buat kenalan terdekat, termasuk ucapan tahniah bersempena dengan hari bersejarah itu. 

Bagaimanapun, kesahihan serta butiran terperinci mengenai majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak dapat dipastikan. Terdahulu, Nina telah pun diraikan dalam satu majlis bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-28, hari ini. 

Klik untuk gambar besar
 

 


myartis.com / Sumber: Media Hiburan 


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

12 FOTO PRE-WEDDING SUFI & TUNANG - NIKAH 21 SEPTEMBER INI


Tinggal sebulan lebih sahaja lagi penyanyi Sufi Rashid bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Nurulain Md Yusof iaitu pada 21 September ini. Menerusi entri di Instagram (IG), Sufi dan Ain telah berkongsi gambar pre-wedding mereka yang diadakan di Melbourne, Australia, baru-baru ini. 





"Keretapi dah sampai, tok kadi bila lagi? #SAH," salah satu kapsyen yang ditulis oleh Sufi yang telah bertunang dengan Ain pada 15 Disember 2018 di kediaman pihak perempuan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. 

Melihat pada ruangan komen pula, ramai yang mengakui tidak sabar untuk menunggu tarikh mereka ini disatukan dan mendoakan segala perancangan Sufie dan Nurulain akan dipermudahkan: "@aishah3066: Wow!! Dah nak dekat ni." 

 

"@_imirxxhh: Hamboiii captionnnnnn. Sabar ye lagi 1 bulan 20 hari." - "@dewi_asmara: This is amazingly beautiful besides the sense of romantic." - "@haziqjamaludin: Babe cantiklah, boleh tak nak benci. @nuraaen can't wait for AenXSufi #sah." 

Sebelum ini menurut laporan media, Sufi menjelaskan majlis pernikahannya itu akan diadakan di Kuala Lumpur diikuti majlis bersanding pihak perempuan pada keesoakan harinya, 22 September 2019. Sebuah majlis persandingan turut bakal diadakan di sebelah pihaknya di Singapura pada 28 September depan. 

Klik untuk gambar besar
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Sufi Rashid, @nuraaen & @hmpstudio 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

"ABANG TAKUT... TAK SEMPAT ZIP SELUAR..... ALLAH SAJA TAHU" - ALIFF SYUKRI


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik video dan berkongsi detik cemas dimana dirinya berdepan dengan gempa bumi yang melanda Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu. Aliff berkata dia yang ketika itu sedang mencuba pakaian baru di sebuah butik berlari keluar dari bangunan pusat membeli-belah selepas gegaran berlaku. 





Pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris itu berada di Jakarta untuk pembikinan lagu terbaharunya berjudul 'Cowok Baru'. Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' ini memberitahu hanya Allah yang tahu perasaannya ketika kejadian yang dianggap menakutkan itu berlaku. 

"Kenapa paparazi suka ikut abg??? Siapa pernah alami trajedi mcm ni?? cer share di ruangan di bawah👇🏻👇🏻👇🏻 Kisah benar.. Apa ptut abg buat ni?? Ada sesuatu yg pelik kalau korang perasan🤭🤭🤭 Abg takut.. Semoga Allah Selamatkan Abg.. 

"Baru abg nak beli baju dan seluar malah abg x sempat nak zip seluar.. Baru utk rekod lagu #cowokbaru 😰😰. Secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh seluruh manusia di dalam bangunan tu bergoyang.. Smua org menjerit.. 

Klik untuk gambar besar
 

"Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube konon nak share pembikinan lagu baru #cowokbaru... Abang iaitu tv Telajak laris dan abang tak sangka pula tengah-tengah syok buat video bangunan bergegar abang terasa seperti menaiki kereta api yg bergegar.. 

"Bygkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk gempa bumi gempa bumi Ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat videofull vedio abg dah posting.. 

"Hnya di youtube tvterlajaklaris vedio durasi lebih panjang dalam 10-12mnit.... Gi tngok sebelum abg delete di youtube.. Sumpah ngeri.. Doakan kami selamat.. tag org dan rakan anda di Indonesia.. Kejadian semalam (Jummat) di tamaris plaza," tulis Aliff panjang lebar. 

Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 menggegarkan Jakarta sekitar pukul 7.03 petang, waktu tempatan telah mengaktifkan amaran tsunami. Kompas melaporkan, gempa berpusat 147 kilometer barat daya Sumur, Banten dan gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km). 

 


myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Syukri 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

"PETUNJUK AWAL DARI ALLAH... BETTER END NOW & SUFFER LATER" - SYAFIE

Pelakon Syafie Naswip telah genap meniti usia 27 tahun pada tanggal 2 ogos lalu ketika sedang dilanda kontroversi hangat berhubung dakwaan mengasari bekas tunang yang juga seorang pelakon selepas ditegur wanita itu memutuskan hubungan songsang dengan kenalan hingga menyebabkan laporan polis, 





Syafie menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik video yang memperlihatkan dirinya sedang meraikan sambutan hari jadi secara sederhana bersama keluarga. Momen yang cukup indah tergambar pada wajah pelakon ini. 

"Air Dicincang Takkan Putus. All is Well. @sapawijohnson Officially 27 years Old. ⭐️,"tulis pelakon filem 'Mukhsin' dan 'Talentime' itu secara ringkas sehingga menerima komen daripada rakan artis senior, pelakon Datin Almy Nadia dan Syafie membalas komen tersebut. 

Klik untuk gambar besar
 

 


myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Syafie Naswip

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

ALYAH TANGGUH HASRAT RAWATAN IVF, JADUAL PADAT


"Memang saya dan suami ada pertimbangkan untuk menjalani rawatan IVF sebelum ini tetapi nampaknya ia terpaksa ditangguhkan dulu. Maklumlah, saya juga merancang untuk buat showcase atau konsert sempena meraikan ulang tahun dua dekad dalam industri muzik tahun depan. 





"Ia juga khusus untuk peminat setia yang menyokong karier nyanyian sejak dulu," kata penyanyi Datin Alyah yang mengakui dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata kerana agenda seninya sangat padat ketika ini. 

Menurut pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan, 38, dia juga sibuk membuat persiapan kerana bakal meraikan ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam industri muzik tanah air pada tahun depan. Mengulas mengenai rawatan IVF pula, kata Alyah, banyak syarat yang perlu dipatuhi sepanjang proses rawatan terbabit. 

Klik untuk gambar besar
 

"Menurut doktor pakar, saya perlu berehat daripada aktiviti seni selama tiga hingga empat bulan ketika proses rawatan dijalankan untuk memastikan ia berjaya. Sedangkan, jadual seni saya padat sehingga tahun depan. 

"Selepas single 'Jutaan Purnama', saya juga baru melancarkan single terbaru berjudul 'Meluruh' dan sibuk untuk mempromosikannya pada peminat ketika ini. Namun, jika ada rezeki daripada Allah SWT untuk saya dan suami mendapat cahaya mata lebih awal, pastinya kami terima dengan hati terbuka," jelasnya. 

Alyah dan suaminya, pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, 60, sudah berkahwin selama enam tahun sejak Mac 2013 tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Hasil perkahwinan terdahulu, Ramli sudah memiliki dua cahaya mata. 


myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Alyah 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

KES DADAH - SOFI JIKAN DIHUKUM PENJARA 12 BULAN

Pelakon yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat' iaitu Sofi Jikan telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 





"Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi. Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan. Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan," katanya. 

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan. 

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid. Sepanjang perbicaraan itu, seramai lima saksi pendakwaan dan hanya seorang saksi pembelaan iaitu Sofi sendiri memberikan keterangan. 

Pada 13 Februari 2018, Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu. 

Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada 13 Mei lalu, Sofi diperintah membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu. 


myartis.com / Sumber: Harian Metro 

"KEBETULAN ALLAH JADIKAN HARI LAHIR JODOH-JODOH SAYA SAMA" - FASHA

"Kebetulan pada hari lahir dia (Jejai), dia ada telefon saya dan ucap selamat hari lahir pada Aidil. Jadi secara profesional saya pun ucap benda yang sama pada dia. Sudah tentu saya tidak lupa tarikh lahir Jejai sebab dia tetap ayah kepada anak-anak saya. 





"Saya pun pada mulanya tidak perasan yang tarikh lahir mereka sama. Kebetulan Allah jadikan hari lahir jodoh-jodoh saya pada tarikh yang sama," kata pelakon Fasha Sandha yang menggangap ia satu kebetulan apabila bekas suami, Jejai berkongsi tarikh lahir dengan suami barunya, pelakon Aidil Aziz yang jatuh pada 26 Julai. 

Ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan ucapan selamat hari lahir buat bekas suaminya kerana baginya Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli tetap ayah kepada anak-anaknya. 

Meskipun sudah hampir tiga tahun bercerai, Fasha tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, malah mengekalkan keharmonian itu demi anak-anak: "Anak-anak saya dibesarkan dengan suasana penuh kasih sayang. Mereka tidak pernah tahu atau nampak benda-benda yang tidak 'best' pasal ibu bapa mereka". 

Klik untuk gambar besar
 

 

 


myartis.com / Sumber & foto: Kopi Planet & Instagram Fasha Sandha

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

HIPERTENSI - MAWI KURANGKAN GARAM & PANTAU TEKANAN DARAH SENDIRI



Selepas seminggu ditahan di hospital akibat tekanan darah tinggi, juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3), Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani menjelaskan keadaan kesihatannya kini semakin baik. Jelas Mawi, selain perlu menjaga pemakanannya dia turut mengambil inisiatif untuk membeli alat pemantau tekanan darahnya sendiri. 





"Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertamba baik dan saya sangat berhati-hati terutama soal pemakanan. Saya dinasihati untuk mengurangkan pengambilan garam dalam makanan dan sekarang sudah membeli alat pemantau tekanan darah tinggi. 

"Setiap dua jam saya akan memeriksa keadaan tekanan darah saya dan sekiranya meningkat saya perlu berehat seketika sebelum kembali melakukan sesuatu kerja. Selain itu, saya cuba bersukan lebih kerap paling tidak pun bermain badminton dengan anak-anak di rumah," katanya. 

Mawi yang ditemui pada sesi rakaman Ceria Megastar Ministar di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini mengakui faktor genetik dan persekitaran menyumbang masalah kesihatannyaa: "Kemungkinan besar penyakit darah tinggi ini kerana kedua-dua ibu bapa saya pernah mempunyai sejarah darah tinggi. 

"Tetapi ada kemungkinan juga faktor kerja dan keadaan saya yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor ketika menguruskan arwah emak saya dan anak buah saya yang meninggal dunia pada Syawal lalu," tambahnya. 

Pertengahan Julai lalu Mawi ditahan di sebuah hospital swasta akibat mengalami tekanan darah tinggi: "Pada mulanya saya hanya membuat pemeriksaan tekanan darah bersama anak saya. Tak sangka pula bacaan kritikal. 

"Jadi, doktor menyarankan saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sepatutnya kerana risaukan risiko boleh strok atau meninggal dunia. Sesampai di hospital saya terus dikejarkan ke unit kecemasan dan ditahan selama seminggu untuk pemantauan doktor," imbas Mawi. 


myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mawi 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

AIMAN, ZAHIRAH NIKAH FEBRUARI 2020, TARIKH TENGAH BINCANG


"Kami memilih bulan Februari kerana ia bulan kelahiran Zahirah dan mengandungi banyak tarikh yang menarik. Namun, tarikh pernikahan masih belum dapat ditentukan kerana banyak hal yang memerlukan perbincangan antara kedua belah pihak," demikian kata pelakon Aiman Hakim Ridza yang mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Zahirah Macwilson pada bulan Februari tahun hadapan. 





Mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun hadapan menerusi sidang media yang diadakan petang hari ini, Aiman dan Zahirah bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh sebenar pernikahan kerana bergantung kepada kekosongan lokasi perkahwinan. 

Bagi Zahirah pula, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka berdua dan berharap jodoh ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Untuk makluman, pasangan ini mula berkenalan rapat sejak November tahun lalu dan melangsungkan pertunangan pada 8 Jun lalu di kediaman ibu Zahirah di Perth, Australia. 

"Saya berharap sangat dapat berkongsi tarikh hari ini, namun kami sendiri masih belum mencapai kata sepakat. Apa-apa perkembangan terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa, jadi doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya. 

Klik untuk gambar besar
 

 

 

myartis.com / Sumber: Kosmo & Media Hiburan 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

"TAK SEMESTINYA SONGSANG... PELAKON LELAKI NI BUDAKNYA BAIK" - NAMRON

"Baca berita pelakon lelaki didakwa pukul tunang sebab bekas tunang kata dia ada hubungan dengan lelaki lain jadi dia pukul. Betul ke dia lagu (macam) tu? Kadang-kadang orang lelaki ni... apabila berkawan dengan lelaki lain, mereka ada bonding (ikatan yang rapat), apabila ada bonding rapat semacam tak semestinya ada hubungan songsang. 





Sakit pula hati tok ayah (merujuk panggilan dirinya) bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hubungan songsang sebab tok ayah kenal pelakon lelaki ni budaknya baik, harap hentilah komen benda-benda ni... tak pasti duduk diam," kata pelakon senior, Namron yang meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata kecaman terhadap seorang pelakon lelaki yang terkait dengan isu pukul dan hubungan songsang. 

Namron, 50, berkata, tuduhan dan laporan polis yang dibuat bekas tunang terhadap aktor itu belum terbukti kesahihannya. Pelakon filem 'One Two Jaga' ini mengulas mengenai isu tersebut menerusi rakaman video di laman Instagram miliknya, baru-baru ini. 

Pada Sabtu lalu, seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas tunang kerana berang wanita tersebut memintanya menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya. Kejadian pukul itu berlaku pada 26 Jun lalu selepas suspek dikatakan datang rumah tunangnya pada pukul 9 malam dan memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaannya. 

Klik untuk gambar besar
 

Suspek dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak menumbuk muka, bibir dan mencengkam mata mangsa sehingga berdarah. Sementara itu, Namron berkata setiap tuduhan haruslah disertakan bersama bukti dan masyarakat tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara yang dibaca di laman sosial. 

Sebagai individu yang mengenali aktor muda tersebut secara peribadi, Namron berharap pelakon berkenaan tabah dan tenang berdepan ujian: "Kita jangan mudah percaya berita begini. Polis masih siasat. Rasanya orang salah faham apabila lelaki berkawan terlalu rapat sampai ada masanya perempuan jadi curiga. 

"Kalau kita nak tuduh mesti ada bukti bukan boleh main baca terus buat tanggapan... tak boleh macam tu! Tok ayah doakan pelakon lelaki ni bertabah dan tenang saja, tak payah ambil pusing sangat benda begini... selagi belum terbukti, kita tak bersalah," ujarnya. 

 


myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Namron 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

"MUNGKIN TERLALU BANYAK, JADI KANDUNGAN TERKEJUT" - AERIL

Pelakon Aeril Zafrel telah memuatnaik fotonya disisi isteri, pelakon Wawa Zainal yang sedang berehat di katil selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. Aeril berkata, buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius. Menurut Aeril, jika semuanya okey, Wawa akan dibenarkan keluar petang ini.





"Semalam Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut. Mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan. Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk. 

"Pagi tadi dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan," katanya Aeril yang kini berada di Kota Kinabalu bersama Wawa atas urusan kerja sejak kelmarin. 

Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama: "Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi. Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja". 

Klik untuk gambar besar
 

 


myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aeril Zafrel


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story