Showing posts with label KAFA. Show all posts
Showing posts with label KAFA. Show all posts

Datuk Vida Terkejut, Sedih Annuar ‘Tinggalkan’ KAFA

2-18

PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengakui terkejut bercampur sedih dengan tindakan mengejut Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan selaku presiden persatuan itu.

Pasa masa sama, beliau yang dikenali sebagai Dr. Vida dan merupakan penaja utama skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) turut menyifatkan KAFA seakan ‘kehilangan sesuatu’ jika Annuar tiada dalam induk itu.
Kata beliau, Annuar merupakan tunjang terhadap kebangkitan bola sepak Kelantan hingga mampu meraih lapan kejuaraan termasuk gelaran trebel apabila merangkul tiga piala berbeza pada 2012.
“Beliau banyak membantu dalam perkembangan arena bola sepak Kelantan dan saya amat terkejut dengan keputusan ini.
“Saya sebelum itu ada juga ‘cakap-cakap’ sebegini, tapi memang tak sangka dia letak jawatan. Sebenarnya, beliau sangat diperlukan di dalam KAFA,” katanya.
Sementara itu, Dr. Vida turut mengulas mengenai isu penajaannya dengan PQPTRW pada masa depan setelah pengunduran Annuar yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh.
Jelas Dr. Vida, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat memandangkan kontraknya bersama-sama dengan pihak KAFA masih lagi ada sehingga 2017.
“Mengenai tajaan saya, biar KIV (menunggu) dulu sampai tahun 2018 nanti… tengok keadaan ekonomi pulak macam mana,” katanya.
Pada Rabu, Annuar mengejutkan ramai apabila memuat naik surat peletakan jawatan di laman Facebooknya yang dihantar kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor, yang telah berkuat kuasa serta merta.
Sumber: Agenda Daily




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Annuar Musa Letak Jawatan Presiden KAFA

annuar

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan melepaskan jawatannya kerana mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak bagi mengisi kerusi nombor satu badan induk negeri itu.

Beliau menerusi laman sosial berkongsikan sepucuk surat perletakan jawatannya yang diserahkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor di Facebooknya, sebentar tadi.
“Dengan hati yang berat, saya dengan ini memaklumkan bahawa saya melepaskan jawatan sebagai Presiden KAFA berkuatkuasa serta merta.
“Saya berharap tugas ini dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” tulisnya.
14925644_1244641505597579_1071536599371148851_n
Annuar mula menjadi Presiden Kafa pada 2008 dan antara pencapaian yang paling membanggakan adalah membantu Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors muncul juara treble pada 2012 dan memenagi beberapa piala.
Annuar yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada akhir-akhir ini mula bersuara betapa beliau tidak lagi mampu menguruskan badan induk bola sepak negeri itu setelah dihimpit masalah kewangan dan kekurangan penaja. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story