Annuar Musa Letak Jawatan Presiden KAFA

annuar

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan melepaskan jawatannya kerana mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak bagi mengisi kerusi nombor satu badan induk negeri itu.

Beliau menerusi laman sosial berkongsikan sepucuk surat perletakan jawatannya yang diserahkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor di Facebooknya, sebentar tadi.
“Dengan hati yang berat, saya dengan ini memaklumkan bahawa saya melepaskan jawatan sebagai Presiden KAFA berkuatkuasa serta merta.
“Saya berharap tugas ini dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” tulisnya.
14925644_1244641505597579_1071536599371148851_n
Annuar mula menjadi Presiden Kafa pada 2008 dan antara pencapaian yang paling membanggakan adalah membantu Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors muncul juara treble pada 2012 dan memenagi beberapa piala.
Annuar yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada akhir-akhir ini mula bersuara betapa beliau tidak lagi mampu menguruskan badan induk bola sepak negeri itu setelah dihimpit masalah kewangan dan kekurangan penaja. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story