PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan, China dalam tempoh segera, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China untuk membenarkan Malaysia membawa pulang rakyat negara ini yang masih berada di wilayah dilanda wabak coronavirus atau 2019-nCoV.
"Mereka sekarang tidak boleh keluar dari Wuhan, tetapi kita ingin berbincang dengan kerajaan China supaya rakyat kita yang tidak dijangkiti boleh pulang ke Malaysia dengan pesawat khas," katanya dalam satu sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, di sini, sebentar tadi.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KANTOI… Pemain badminton terkenal China, Lin Dan mengakui menjalinkan hubungan sulit selepas gambarnya dengan seorang wanita didedahkan oleh penulis blog tempatan.
China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini.
Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama.
Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka.
Oktober lalu, juara badminton pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini mengambil bahagian dalam kejohanan badminton kebangsaan di Guangdong, China.
Secara kebetulan, penulis blog tersebut melihat Lin Dan sekali lagi memikat wanita tersebut dan mereka berdua kemudian pergi ke hotel bersama.
Gambar keintiman Lin Dan dan wanita tersebut berjaya dirakam blogger tersebut dan dimuat naik dalam blognya sebelum tersebar di laman sosial terkenal China iaitu Weibo.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika isteri Lin Dan, Xie Xingfang sedang sarat mengandung dan telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 4 November lalu.
Xingfang, 35, juga merupakan juara dunia dua kali pada kejohanan badminton dunia dan pasangan tersebut menerima jolokan pasangan emas China.
Selepas pendedahan tersebut, netizen tempatan menyiasat identiti wanita yang menjalinkan hubungan sulit dan mendapati dia adalah seorang model dan pelakon, Zhao Yaqi.
Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak dan Lin Dan akhirnya mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan mengakui kesilapannya.
“Sebagai seorang lelaki, saya tidak akan membuat alasan untuk diri sendiri, tetapi tingkah laku saya telah menyakiti hati keluarga.
“Jadi, saya ini memohon maaf kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sosialnya. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
CHONGQING (China) – Seorang wanita yang mencuri pakaian di sebuah kedai di sini ditangkap polis selepas dia datang ke kedai yang sama keesokan harinya untuk mencuri sekali lagi.
Wanita pertengahan usia itu ditangkap kerana mahu mencuri lagi kerana tidak berpuas hati dengan warna pakaian yang dicurinya sebelum ini.
Menurut akhbar Chongqing Business News, wanita itu mencuba sehelai kot, baju dan seluar berwarna hitam di bilik persalinan sebelum keluar tanpa membuat bayaran.
Pekerja kedai berkenaan menyedari tiga helai pakaian yang bernilai 1,000 yuan (RM634) itu hilang pada sebelah petang dan terus membuat laporan polis.
Polis yang datang keesokan harinya untuk membuat siasatan berjaya mengenali suspek melalui rakaman kamera keselamatan.
Namun, tidak lama selepas itu wanita sama tiba-tiba muncul dan dilihat mencuba baju serta seluar hitam yang sama selain sehelai kot merah.
Wanita itu cuba keluar dari kedai berkenaan tanpa membayar, tetapi ditahan polis yang sedang menyiasat kes sehari sebelumnya.
Ketika disoal siasat wanita itu memberitahu polis, dia mahu mencuri sekali lagi kerana merasakan kot berwarna hitam yang dicurinya sebelum itu tidak sesuai dengannya.
Katanya, dia mahu membeli baju untuk menghadiri majlis perkahwinan pada minggu ini tetapi suaminya enggan memberi wang, jadi dia mengambil keputusan untuk mencuri. – Agensi/myMetro Online
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Us At FB fan page BeritaHangat™. We Will Put Your Banner/Link At This Page.TQ