Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Ahli perniagaan maut ditembak

maut
Gambar hiasan
KUANTAN - Seorang ahli perniagaan maut akibat ditembak selepas pulang dari sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai ditembak suspek tidak dikenali antara pukul 1.30 pagi hingga 2 pagi di Jalan Air Putih di sini.
Mangsa, yang tidak didedahkan indentitinya difahamkan sebelum itu berkunjung ke pusat hiburan bersama rakan yang berusia 47 tahun.
"Kejadian berlaku di hadapan rumah sewa rakan mangsa dengan tembakan dipercayai mula dilepaskan apabila rakan mangsa keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandu mangsa.
"Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari luar kereta yang mengenai beberapa bahagian badan mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata, rakan mangsa melarikan diri sebaik sahaja mendengar tembakan itu manakala mangsa difahamkan terus memandu kereta itu berkemungkinan untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa yang berasal dari Johor bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian apabila keretanya ditemui orang awam di hadapan farmasi berhampiran.
"Orang awam membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini namun dia disahkan telah meninggal dunia," katanya.
Abd Jalil berkata, polis telah menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan dan turut menyiasat motif kejadian sama ada disebabkan gengsterisme, dendam atau perkara lain.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Barang kemas lebih RM1 juta dilarikan 4 perompak bersenjata

samun
Barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dipercayai dilarikan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau di sini awal pagi tadi.
IPOH - Empat perompak bertopeng dan bersenjata hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melarikan pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM1 juta dalam satu rompakan di Jalan Chin Hwa di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, dua lelaki masing-masing memandu dua buah kenderaan iaitu Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner itu sedang dalam perjalanan ke kelantan dengan membawa barang kemas milik majikan mereka.
Bagaimanapun, suspek yang menaiki kepala treler telah bertindak melanggar kenderaan pekerja berkenaan sebelum melarikan empat beg berisi barangan kemas.
Difahamkan, barangan kemas tersebut dibawa dari rumah majikan mereka yang terletak di kawasan perumahan berhampiran.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, sebaik sahaja dua buah kenderaan mangsa dilanggar, suspek yang menaiki kepala treler itu kemudiannya menghampiri mangsa dengan bersenjatakan parang.
Katanya, kesemua suspek yang memakai topeng itu bertindak merampas empat beg mengandungi barangan kemas sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang sedang dikenal pasti.
"Dalam rompakan itu, dua suspek dipercayai menaiki kepala treler tersebut manakala dua lagi menaiki kenderaan yang masih belum dikenal pasti. Siasatan mendapati treler yang digunakan itu adalah kenderaan yang dicuri di Klang pagi tadi.
"Seorang pekerja berusia 30-an mengalami kecederaan setelah terkena serpihan cermin yang pecah akibat dilanggar lori berkenaan dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.
Tambah Anuar, usaha mengesan kesemua suspek serta kenderaan yang digunakan untuk melarikan diri sedang dijalankan dengan menggerakkan semua elemen polis.
"Polis juga akan mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sepanjang lokasi kejadian bagi mengetahui gambaran sebenar kes tersebut.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan," katanya. - K! ONLINE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pengetua sekolah mangsa Macau Scam


KUANTAN - Pengetua sebuah sekolah menengah di Jerantut mendakwa menjadi mangsa sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM3,000 pertengahan bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 58 tahun mendakwa wang itu dikatakan sebagai bayaran reman bagi membatalkan waran tangkap.
Mangsa mendakwa dihubungi suspek lelaki pada pukul 10 pagi, 14 Julai lepas kononnya wakil dari bank dan mendakwa dia mempunyai tunggakan bayaran pinjaman.
"Mangsa yang menafikan ada mempunyai akaun bank itu tapi mula mempercayai helah mangsa apabila menerima panggilan daripada suspek kedua dan ketiga kononnya mereka adalah polis masing-masing berpangkat Sarjan dan Inspektor.
"Mereka mendakwa akaun itu terlibat dalam siasatan kes dadah dan mangsa perlu memberikan semua maklumat perbankan peribadinya untuk siasatan dan membayar reman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Wazir berkata, mangsa yang bimbang ditangkap segera menuruti arahan suspek termasuk membuat transaksi pemindahan wang di dua bank di bandar Jerantut pada sebelah petang.
Mangsa bagaimanapun mengesyaki dirinya mungkin ditipu selepas 'anggota polis' itu memintanya untuk memaklumkan pergerakannya setiap dua jam menerusi aplikasi WhatsApp.
Mangsa yang pada mulanya tidak membuat laporan polis berubah fikiran selepas berasa diganggu menerusi pelbagai pesanan WhatsApp setelah enggan menuruti permintaan suspek supaya menyerahkan lebih banyak wang.
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut petang semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pelakon 27 tahun ditahan cederakan bekas tunang


SERDANG - Seorang pelakon terkenal ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencederakan bekas tunangnya dengan mencekik leher dan menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai pada 26 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, siasatan awal mendapati pelakon terbabit telah datang ke rumah bekas tunangnya sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam kereta dipandunya.
“Suspek yang berusia 27 tahun itu kemudian telah mengeluarkan kata-kata kesat selepas mangsa memintanya untuk tidak meneruskan hubungan dengan seorang rakannya.
“Suspek yang marah kemudian telah mencekik, menumbuk muka dan mulut mangsa sehingga berdarah dan kejadian ini telah berlaku berulang kali sebelum suspek bertindak memutuskan pertunangan di antara mereka pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi kosmo! di sini hari ini.
Mengulas lanjut, mangsa yang berusia 23 tahun itu telah membuat laporan polis kerana ingin menyelesaikan secara baik namun suspek bertindak secara berlebihan.
“Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut namun tiada kesan kecederaan ditemui kerana ia telah lama berlaku.
“Suspek telah ditahan polis selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara selepas mengaku mencederakan mangsa. Suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil,” jelasnya.
Siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. -K! ONLINE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki Parah Ditetak Di Butterworth

untitled-1
BUTTERWORTH – Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai permainan simulator di Jalan Kampung Paya, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 40 tahun itu dilapor ditetak dengan parang oleh empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi ketika dia bersama rakannya keluar daripada kedai permainan simulator itu pada pukul 4.30 pagi.
Menurut sumber, lelaki yang cedera parah di tangan dan kaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya dilapor stabil.
Polis telah mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di hadapan kedai simulator itu bagi membantu siasatan, katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP, Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ


curi

CHONGQING (China) – Seorang wanita yang mencuri pakaian di sebuah kedai di sini ditangkap polis selepas dia datang ke kedai yang sama keesokan harinya untuk mencuri sekali lagi.

Wanita pertengahan usia itu ditangkap kerana mahu mencuri lagi kerana tidak berpuas hati dengan warna pakaian yang dicurinya sebelum ini.
Menurut akhbar Chongqing Business News, wanita itu mencuba sehelai kot, baju dan seluar berwarna hitam di bilik persalinan sebelum keluar tanpa membuat bayaran.
Pekerja kedai berkenaan menyedari tiga helai pakaian yang bernilai 1,000 yuan (RM634) itu hilang pada sebelah petang dan terus membuat laporan polis.
Polis yang datang keesokan harinya untuk membuat siasatan berjaya mengenali suspek melalui rakaman kamera keselamatan.
Namun, tidak lama selepas itu wanita sama tiba-tiba muncul dan dilihat mencuba baju serta seluar hitam yang sama selain sehelai kot merah.
Wanita itu cuba keluar dari kedai berkenaan tanpa membayar, tetapi ditahan polis yang sedang menyiasat kes sehari sebelumnya.
Ketika disoal siasat wanita itu memberitahu polis, dia mahu mencuri sekali lagi kerana merasakan kot berwarna hitam yang dicurinya sebelum itu tidak sesuai dengannya.
Katanya, dia mahu membeli baju untuk menghadiri majlis perkahwinan pada minggu ini tetapi suaminya enggan memberi wang, jadi dia mengambil keputusan untuk mencuri. – Agensi/myMetro Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Suspek Raba Dalam LRT Berjaya Diberkas

Suspek Raba Dalam LRT Berjaya Diberkas

SUSPEK yang dipercayai meraba dalam sistem aliran ringan (LRT) seperti yang diviralkan baru-baru ini telah berjaya diberkas oleh Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana, pagi tadi.

Memetik Awani, suspek berusia lingkungan 44 tahun itu ditahan sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni.
Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana, Lim Jin Aun berkata, mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penahanan suspek.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.
“Rapid KL selaku operater kepada perkhidmatan LRT, Monorel, BRT dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang,” kata Jin Aun.
Sebelum ini, seorang pengguna LRT, Syima Mohamad memuat naik status di Facebook mendakwa suspek sengaja mengambil kesempatan meraba mangsa dengan menggosok kemaluannya.
Kejadian berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan dari perhentian stesen Universiti menuju ke Bangsar, Selasa lalu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bapa Dibunuh Selepas Halang Anak Keluar Rumah

Bapa Dibunuh Selepas Halang Anak Keluar Rumah

KLANG – Seorang anak sanggup menikam bapanya dengan pisau selepas dihalang keluar dari rumah di Lintang Nau, Off Jalan Tengku Badar, di sini, awal pagi Jumaat tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Ong Tun Hang, 58, ditemui mati di ruang tamu dengan kesan tikaman di belakang bahu dan rusuk kiri.
Mangsa yang bekerja sebagai mekanik dipercayai ditikam anaknya, Ong Shi Bao, 21, selepas menghalang anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran selepas mangsa tidak membenarkan suspek keluar dari rumah kira-kira 8.30 malam, semalam.
Bapa Dibunuh Selepas Halang Anak Keluar Rumah
Menurutnya, berlaku pertengkaran sekali lagi kira-kira empat jam kemudian apabila mangsa terus menghalang suspek untuk keluar dari rumah.
“Berang dengan tindakan bapanya, suspek mengambil sebilah pisau di dapur dan menikam mangsa sebelum melarikan diri.
“Suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, suspek yang mempunyai masalah psikologi sejak berusia 16 tahun itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan.




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Mata Lebam, Tulang Patah… Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba

Mata Lebam, Tulang Patah... Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba

GILA punya tunang! Belum pun sah menjadi suami sudah berani ‘naik tangan’ menyakiti bakal isterinya sendiri.

Demikian nasib malang yang menimpa seorang gadis yang cedera teruk ditumbuk dan dibelasah oleh tunangnya sendiri di hadapan rumahnya di Damansara, Selangor, Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam itu, mangsa, Natasha Shareena Hairil Anjar, dikatakan sedang berbincang dengan tunangnya.
Bagaimanapun, berlaku sedikit salah faham sebelum dia ditumbuk secara tiba-tiba di mata dan beberapa bahagian lain.
Berikutan itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu membuat laporan polis berikutan takut akan keselamatannya.
Mata Lebam, Tulang Patah... Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba
“Berlaku sedikit perselisihan faham yang menyebabkan tunang saya secara tiba-tiba terus tumbuk mata sebelah kanan, di bahagian bahu kiri, bahagian bibir dan paha kaki kiri.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu,” katanya seperti yang tertera dalam kenyataan laporan polis.
Selepas insiden itu, mangsa memberitahu, dia kemudian dibawa oleh tunangnya, Mohd. Zulhairi ke Hospital Ampang Puteri sebelum doktor mengesahkan tulang di bawah matanya patah dan ada pendarahan dalam mata.
Difahamkan, Mohd. Zulhairi kini melarikan diri susulan insiden itu.
Mata Lebam, Tulang Patah... Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba
Sementara itu, abang mangsa menerusi akaun Facebooknya, Boy Haru, memuat naik gambar kesan kecederaan adiknya dipukul, seterusnya meminta bantuan orang ramai mencari lelaki tersebut.
Posting itu sekali gus menjadi viral dan membuatkan netizen marah terhadap keganasaan yang menimpa gadis berkenaan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki 49 Tahun Mangsa Kerat Di Tangkak

Lelaki 49 Tahun Mangsa Kerat Di Tangkak

TANGKAK – Mangsa pembunuhan kejam, yang badannya dikerat kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut di sini Ahad lepas, merupakan seorang lelaki berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata Omar Miskam, yang berasal dari Panchor, Muar, sudah beristeri dan bekerja sebagai pemandu jengkaut di sekitar Kesang Laut.
“Kita percaya mangsa terlebih dahulu ditetak pada bahagian kepalanya sebelum badannya dikerat.
“Hasil daripada bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Lelaki 49 Tahun Mangsa Kerat Di Tangkak
Beliau berkata polis turut menahan dua lagi suspek iaitu seorang wanita berusia 56 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, dengan mereka direman selama seminggu sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.
Ahad lepas, polis menemukan lima bungkusan plastik hitam berisi keratan anggota badan manusia yang disorok dalam longkang di Kampung Kesang Laut, dengan bahagian kepalanya ditemui tidak jauh daripada lokasi itu.
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kira-kira sejam selepas penemuan itu.
Pada Isnin, Mahkamah Majistret Tangkak mengarahkan remaja itu, yang juga orang kurang upaya yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran, ditahan reman sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tetamu Bermalam Dalam Bilik Dengan Mayat Disembunyi

Tetamu Bermalam Dalam Bilik Dengan Mayat Disembunyi
MENGERIKAN… Bayangkan tetamu di sebuah hotel di Mexico City telah bermalam di sebuah bilik tanpa menyedari di bawah katil mereka terdapat mayat wanita yang dibalut dengan plastik hitam.
Ia hanya disedari selepas kakitangan hotel El Senador menghidu bau busuk dan selepas melihat di bawah katil, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapat terdapat mayat di bawahnya.
Mereka kemudiannya melaporkan penemuan mengejutkan di dalam bilik 323 kepada pihak pengurusan yang kemudiannya menghubungi polis.
Pasukan kecemasan yang mula-mula tiba di tempat kejadian mengesahkan wanita itu berusia antara 25 hingga 30 tahun. Sementara koroner pula kemudiannya melaporkan wanita itu mati akibat kelemasan.
Dia dipercayai meninggal dunia seminggu lalu.
“Sepanjang tempoh itu, beberapa orang telah mendaftar masuk dan keluar dari bilik berkenaan tanpa menyedari terdapat mayat di bawah katil,’’ kata jurucakap hotel berkenaan.
Staf di hotel tersebut juga mengesahkan bahawa mangsa menginap di bilik berkenaan bersama teman lelakinya namun identiti mereka masih misteri, apatah lagi tiada kamera CCTV dipasang di situ. – Mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak
TANGKAK – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.
Beliau berkata saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.
Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.
“Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan…ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.
Mohad Idris berkata mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.
Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.
Beliau berkata seorang suspek lelaki ditahan di kawasan berhampiran kurang sejam selepas penemuan anggota badan remaja itu.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penyamun Dapat Motor, Pemilik Kereta Dapat Malu

Penyamun Dapat Motor, Pemilik Kereta Dapat Malu

SEORANG pemilik kereta jenis Proton Perdana terpaksa menanggung ‘malu’ apabila kenderaannya didakwa terlibat dalam satu kejadian samun motosikal di sebuah stesen minyak di Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.

Azman Mohd Nasir, 36, yang bekerja sebagai mekanik terkejut apabila diberitahu mengenai keretanya menjadi viral di laman sosial kerana digunakan dalam kejadian curi sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.
Semalam, viral di laman sosial apabila sebuah video rompakan sebuah motosikal dipercayai oleh dua penjenayah yang menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna merah dengan mengunakan nombor pendaftaran WLG 3361.
 Penyamun Dapat Motor, Pemilik Kereta Dapat Malu
Azman kemudiannya tampil menerusi akaun Facebooknya menafikan dirinya dan kereta terlibat adalah miliknya kerana penjenayah menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Bimbang dengan tindakan pihak berkuasa ke atas dirinya, Azman membuat laporan polis di Balai Polis KLIA Sepang, malam tadi. Penyamun Dapat Motor, Pemilik Kereta Dapat Malu
Dalam laporan tersebut, Azman menafikan dirinya dan kereta terbabit dalam kejadian samun motosikal itu kerana kenderaan miliknya berada di Banting, Selangor sedangkan kejadian berlaku di JB.
Menurutnya, kenderaannya berwarna hitam dan coklat manakala kereta yang juga jenis sama terlibat dalam kejadian samun itu berwarna merah.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya tidak terlibat langsung dalam kejadian ini kerana kereta milik saya berada di rumah beralamat di Banting, Selangor,” katanya.
Dalam video yang berdurasi 1 minit 54 saat itu memaparkan keadaan di sebuah stesen minyak Puteri Wangsa, JB, apabila seorang lelaki meletakkan motosikalnya di hadapan pam minyak sebelum ke kaunter pembayaran.
Sejurus selepas pemilik motosikal itu beredar, seorang lelaki keluar dari sebuah kereta Proton Perdana dan menyamun motosikal tersebut dalam hanya beberapa saat sahaja.
Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut dan dimuat naik netizen di laman sosial.-MYNEWSHUB.CC
Video Player

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bunuh, Kerat Mayat Rakan Sering Pinjam Wang

Bunuh, Kerat Mayat Rakan Sering Pinjam Wang

JAKARTA – Seorang lelaki yang berang selepas rakannya sering meminjam wang bertindak memukul mangsa dengan batang besi hingga mati.

Lebih kejam lagi, suspek berusia 41 tahun tahun itu turut memotong mayat mangsa sebelum menanamnya di dalam sebuah bilik di rumah sewanya di sini.
Jurucakap polis Dedi Wahyudi berkata, kejadian berlaku 24 Oktober lalu di sebuah rumah di Bekasi apabila mangsa, Sopyan Lubis, 43, mahu meminjam wang daripada suspek.
“Kerana berang ekoran Sopyan sering meminjam wang, suspek bertindak memukul mangsa dengan sebatang besi hingga mati,” katanya.
Menurutnya, kerana panik, suspek meminta bantuan seorang rakannya untuk membawa mayat Sopyan ke sebuah rumah sewa di Cipayung.
“Sampai di rumah itu, kedua-dua suspek menggali lubang di sebuah bilik sebelum meletakkan mayat mangsa yang dipotong di dalamnya.
“Mereka kemudiannya menimbus lubang itu dengan simen bagi menutup perbuatan itu,” jelasnya.
Menurutnya, perbuatan lelaki itu terbongkar kelmarin selepas isteri seorang suspek curiga dengan perbuatan mereka dan membuat laporan polis. – Agensi/myMetro Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tukang Rumah Dituduh Bunuh Bakal Abang Ipar

Tukang Rumah Dituduh Bunuh Bakal Abang Ipar

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh bakal abang iparnya Oktober lepas.

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 29, dituduh membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, di tempat letak kereta hadapan pejabat agama Kompleks Seri Iman pada 11.39 pagi, 16 Oktober lepas.
Mohd Hafiz didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna oren mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Majistret Abdul Hayyi Salim tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Dis ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Minhad manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

5 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Di Kelab Malam

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan lima lelaki petang semalam bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang 9 Okt lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata lima lelaki itu berumur antara 25 dan 46 tahun dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
Katanya kesemua mereka berasal dari Lembah Klang.
“Tangkapan dilakukan di IPKKL setelah mereka hadir untuk disoal selidik berhubung kejadian tersebut pada pukul 6 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Tajudin, kelima-lima mereka direman selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai berkaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Suspek Kes Bunuh Awal Pagi Tadi Ditahan Depan Bilik Mayat HTAR

Seorang wanita maut berlumuran darah akibat lima tikaman termasuk di belakang leher dalam satu kejadian bunuh di Seksyen 7, Shah Alam jam 2.10 pagi tadi.
Mayat Haryati Harun yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui di ruang tangga tingkat 6, Blok A, Apartment Crystal Heights.
Difahamkan mangsa yang berusia 40-an masih bujang dan tinggal menyewa di apartmen tersebut bersama beberapa rakan serumah.
Seperti prosedur biasa, mayat kemudiannya dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.
Namun di hadapan bilik bedah HTAR sekitar jam 2 petang tadi, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias mengesahkan pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20-an bagi membantu siasatan.
Suspek dipercayai penuntut sebuah IPT dan mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - MYNEWSHUB.CC
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story