Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

‘Nama Damia Tidak Perlu Tukar’ – Mufti Wilayah

1

KONTROVERSI nama Damia yang sebelum ini hangat dibincangkan di laman sosial turut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau dalam satu kenyatan memberitahu, nama anak Damiya’ boleh digunakan kerana ianya membawa maksud yang baik, iaitu kebaikan dan keberkatan.
“Kami cenderung kepada pendapat [nama Damia] dibolehkan kerana perkataan asal itu, ada makna keelokan cumanya adanya [huruf Arab] hamzah pada hujungnya,” ujarnya.
Tambahnya, Damia (dengan ejaan داميا) adalah nama sebuah tempat di Jordan yang terletak bersempadan dengan Palestin.
Oleh itu, jelasnya, ejaan nama Damia tidak perlu diubah mahupun menukar nama tersebut sekiranya sekadar disangka mempunyai makna yang tidak baik.
“Biasa sahaja nama orang mengikut nama tempat seperti Jordan, Saudi dan Sarawak. Selagi ia tidak mempunyai maksud yang tidak baik, agama tidak melarangnya,” katanya lagi.
Sementara itu, Zulkifli menjelaskan nama ‘Damiah’ yang sebenarnya dikaitkan dengan darah.
“Damiah (ejaan دامية) pula berkaitan dengan darah, iaitu luka yang berdarah yang tidak mengalir,” katanya dalam laman web rasminya.
Terdahulu, sepucuk surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang menyatakan nama ‘Damia’ bermaksud kurang baik, tersebar menjadi viral.
1-32
Susulan surat viral itu, netizen menzahirkan kebimbangan sama ada perlu menukar nama berkenaan atau tidak. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Damia = ‘Tempat Keluar Darah’? – Surat Mufti Viral

Damia = 'Tempat Keluar Darah'? - Surat Mufti Viral

KEGHAIRAHAN ibu bapa yang meletakkan nama anak perempuan sebagai ‘Damia’, kini dilanda kebimbangan dan kemusykilan mengenai maksud nama itu.

Ini berikutan, satu surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang menyatakan nama ‘Damia’ bermaksud kurang baik, tersebar menjadi viral.
Damia = 'Tempat Keluar Darah'? - Surat Mufti Viral
Dalam surat bertarikh 7 November itu menyatakan, seorang penjaga telah datang ke jabatan itu untuk membuat pertukaran nama anaknya ‘Nur Damia Safiyya’ kepada ‘Putri Nur Saffiya’.
Menurut surat itu, pertukaran nama ini dibuat bagi mengelakkan fitnah dan kekeliruan kerana ‘Damia’ bermaksud kurang baik iaitu ‘Tempat Keluarnya Darah’.
Justeru, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor mengeluarkan surat berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi menyokong pemohonan penjaga tersebut yang mahu membuat pertukaran nama anaknya.
Susulan surat viral itu, netizen menzahirkan kebimbangan sama ada perlu menukar nama berkenaan atau tidak.
Dalam pada itu, ada ibu bapa yang menafikan nama Damia bermaksud kurang baik. Ini kerana menurut mereka nama itu bermaksud ‘bijaksana’ seperti mana yang terdapat dalam buku maksud nama-nama anak.
Nama Damia merupakan antara nama yang popular dan menjadi pilihan ramai bakal ibu bapa masa kini. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Trump Menang Umat Islam Perlu Bersatu – IKRAM

Trumph Menang Umat Islam Perlu Bersatu - IKRAM

KUALA LUMPUR – “Adakah terpilihnya Donald Trump (sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), maka akan makin hancurlah negara-negara Islam?

Bagi Ahli Majlis Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr. Nur Aisyah Zainordin, kehancuran dan perpecahan umat Islam telah lama berlaku sebelum kemenangan Trump.
Kata beliau, walaupun siapa pun Presiden AS yang dipilih, tidak ada yang benar-benar berpihak kepada Islam sebaliknya cuma intensiti impak yang mungkin berbeza.
Justeru, kata beliau, sama ada akan makin teruk atau tidak keadaan umat Islam nanti bukan persoalannya tetapi bagaimana umat Islam dapat bersatu menaikkan semula semangat mereka.
“Umat Islam perlu bersatu biarlah pemimpin umat Islam pula yang memerintah dunia. Apa yang mampu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah berusaha menyatukan umat Islam untuk memajukan umat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nur Aisyah dalam pada itu mengingatkan, parti Demokrat di bawah pimpinan Barack Obama membuat pelbagai inisiatif membantu AS keluar daripada masalah ekonomi dunia dan mewujudkan jutaan pekerjaan untuk rakyatnya tetapi kemenangan berpihak kepada Trump.
Menurutnya, keadaan demografi rakyat di AS mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan Malaysia iaitu berbilang kaum dan agama dan masyarakat bandarnya terdiri daripada golongan muda dan intelektual. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story