Showing posts with label DONALD TRUMP. Show all posts
Showing posts with label DONALD TRUMP. Show all posts

Pertemuan Mesra Trump-Najib Bukti Hubungan Kukuh..



WASHINGTON DC – Kata orang bijak pandai: ‘Biarlah gambar berbicara.’ Namun foto ini yang turut disiarkan luas media antarabangsa tentunya menyebabkan pembangkang Malaysia kecewa habis!

Detik kemesraan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi White House di sini pada Selasa nyata cukup mengejutkan pelbagai pihak di seluruh dunia sendiri.
Ia tentu mengecewakan kalangan yang berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir memutar belit menerusi pelbagai cara termasuk media di AS memperlekehkan pertemuan penting dalam hubungan kedua-dua negara itu.
Trump malahan turun menyambut sendiri ketibàan Najib menaiki sebuah kenderaan rasmi tetamu negara pada pukul 11.45 pagi (11.45 malam waktu Malaysia) di pintu masuk West Wing gedung tersebut yang dikawal ketat.
Sebaik sahaja keluar dari kereta tersebut dan bersalaman, Trump yang sentiasa mengukir senyuman kemudian memperkenalkan setiap anggota pentadbiran Kabinetnya seorang demi seorang sebelum Najib dibawa masuk.
Mereka seterusnya mengadakan pertemuan empat mata di Oval Office iaitu ruang eksklusif pejabat Presiden AS bertugas sebelum diikuti dengan mesyuarat penuh delegasi antara kedua-dua negara dalam Cabinet Room.
Ini berbeza ketika era bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad bertemu George Bush, sudahlah terpaksa melobi ejen, bahkan tidak dijemput pun di pintu kereta dan staf White House juga tidak berbaris untuk diperkenalkan.
Najib ketika ini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke ibu negara kuasa besar dunia itu atas undangan Trump sempena menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Washington DC-Putrajaya sejak 1957.
Najib menyifatkan perbincangan dengan Trump sebagai “pertemuan yang positif dan mesra”. Dua pemimpin itu gembira berjabat tangan beberapa kali dan memaut lengan masing-masing semasa berjalan masuk dan keluar.
“Kali terakhir kami berjumpa beberapa tahun lepas, kami bermain golf satu pasukan. Ia pertemuan yang berjaya kerana pasukan kami menang. Perbincangan kami tadi banyak tertumpu kepada hubungan kedua-dua negara.
“Ia boleh berjaya dengan kerjasama erat,” katanya pada jamuan malam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perniagaan AS di Hotel St. Regis. Trump, tokoh perniagaan dilantik sebagai Presiden AS pada 20 Januari lalu.
Tidak sampai setahun berada dalam pentadbiran, Trump memberikan penghormatan kepada Najib dengan jemput beliau hadir ke White House; layanan istimewa yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana ketua negara.
Pegawai yang berada di Rumah Putih berkata Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya hantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.
“Trump diingatkan seorang pegawainya mengenai perkara itu tetapi beliau memberitahu akan iringi Najib sehingga ke tingkat bawah untuk ucap selamat jalan, Trump berkata beliau (Najib) sahabat saya,” menurut pegawai tersebut.
Delegasi Malaysia terdiri antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique.
Turut serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Delegasi AS pula Naib Presiden, Mike Pence dan Setiausaha Negara, Rex Tillerson.
Barisan kepimpinan utama AS ketika pertemuan di White House itu dikatakan jelas mengambarkan bagaimana kuasa besar tersebut memberi perhatian penting dalam hubungan dengan kerajaan Malaysia diterajui Najib.
PM-TRUMP
“Kita perlu mengembalikan tahap interaksi kerana terdapat peluang besar bagi kedua-dua negara untuk meneroka lebih luas dan meraih manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih erat,” kata Najib.
Bernama yang membuat liputan tersebut melaporkan perdana menteri berkata tahun lalu sahaja, syarikat-syarikat AS membawa masuk RM5 bilion, atau lebih daripada AS$1 bilion, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
AS merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah FDI bernilai RM36 bilion atau AS$8.5 bilion. Sepanjang tahun lepas, perdagangan antara Malaysia dan AS hanya berjumlah hampir AS$33 bilion.
Hadir sama pada jamuan itu ialah Presiden Majlis Perniagaan AS-ASEAN, Alexander Feldman; Naib Presiden Kanan Dewan Perniagaan AS Sektor Asia, Tami Overby dan Duta Besar AS di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.
Apa yang pasti, pertemuan bersejarah Trump-Najib ternyata ‘mematikan’ tohmahan jahat pembangkang Malaysia selama ini mendakwa konon perdana menteri akan ditangkap CIA, FBI, DoJ di AS! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kecoh Suami Hillary Clinton Telanjang Diurut Pelacur

Kecoh Suami Hillary Clinton Telanjang Diurut Pelacur

WASHINGTON DC – Netizen media sosial kecoh susulan kemunculan foto mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berbogel diurut seorang wanita muda yang pasti bukan isterinya, Hillary.

Dalam foto erotik berkenaan kelihatan bekas pemimpin AS itu tersenyum tanpa pakaian sedang duduk di hujung ranjang dalam sebuah bilik tidur sambil punggungnya dipicit manja oleh seorang wanita berpakaian agak seksi.
Tangan kiri “Bill” pula memegang alat kawalan jauh yang diarahkan ke skrin televisyen di depannya dan kebetulan menyiarkan pula wajah sang isteri ceria sedang sibuk berkempen pada pilihan raya presiden AS baru-baru ini.
Jangan terperanjat sebenarnya pemandangan itu bukan menggambarkan kejadian yang sebenarnya malahan beberapa media tempatan pada Rabu melaporkan, foto tersebut tidak lebih daripada hasil sebuah karya seni visual.
Ya, foto itu ialah hasil karya seorang jurufoto ternama dari Britain, Alison Jackson yang memang terkenal dengan hasil seninya ‘meniru’ susuk tubuh personaliti tertentu, dan kemudian dirakamkan dalam gaya luar biasa.
Dia sebelum itu pernah menghasilkan sebuah buku khas berisi pelbagai foto yang menggambarkan artis atau tokoh, bahkan Ratu Elizabeth II dan bakal presiden AS ke-45, Donald Trump, dalam gaya yang tidak dibayangkan akal.
Taikun hartanah itu menjadi ‘mangsa’ Alison akhir Oktober lalu di New York tetapi bukan dalam bentuk foto pegun sebaliknya memaparkan sekumpulan model berbikini beraksi ghairah dengan lelaki disolek khas seperti Trump.
Ia malah dilakukan di luar pekarangan Trump Tower sendiri yang menempatkan ibu pejabat kempen politik parti Republikan dan aksi ‘liar’ model terbabit turut berjaya menarik perhatian ramai di sekitar bangunan tersebut.
trump1
Kumpulan wanita seksi dengan mengenakan bikini bermotifkan bendera AS itu juga merangkul tubuh Trump yang memang terkenal sering mengenakan pakaian kelazimannya iaitu sut warna gelap dan tali leher merah terang.
Namun, lelaki yang muncul dengan rambut keemasan itu sebenarnya bukan Trump asli tetapi dilakukan orang lain dengan meniru aksi tipikal lelaki ‘nakal’ dalam rangka promosi siri karya foto seniman tersebut di seluruh AS.
Salah satu karya terkenal Alison ialah imej terkenal Marilyn Monroe melepas pakaian di depan bekas Presiden John F. Kennedy selain momen Ratu Elizabeth II mencuci piring dan aksi Presiden Barack Obama menghisap rokok.
Ironinya, meskipun foto Bill dengan wanita seksi di dalam kamar itu disahkan adalah palsu, namun gambar tersebut berjaya mengundang ‘heboh’ apabila ramai pengguna media sosial di AS menyangkakan ia adalah imej sebenar.
Kebanyakan netizen beranggapan bahawa foto itu ‘dibocorkan’ pihak tertentu kepada umum sebagai taktik kotor untuk mencemarkan maruah Hillary setelah tewas mengejut kepada Trump dalam pilihan raya presiden AS.
Komentar-komentar di media sosial susulan penyebaran gambar tersebut turut memberi gambaran Bill kembali kepada perangai ‘gatal’ kerana semasa menjadi presiden, beliau pernah terpalit skandal dengan pembantunya.
Hakikatnya baik Bill, mahupun wanita di kamar itu ialah model profesional yang diupah oleh Alison sebagai mana karya-karya hebat beliau sebelum ini tetapi disalah faham sebagai foto tulen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Burung Ini Miliki Gaya ‘Rambut’ Seperti Trump

Burung Ini Miliki Gaya 'Rambut' Seperti Donald Trump

SEJENIS unggas di China iaitu burung kuang emas menjadi sensasi dalam kalangan warga tempatan negara itu kerana memiliki jambul seperti gaya rambut Donald Trump.

Foto itu tersebar menerusi laman sosial di China selepas seorang wartawan dari Hangzhou membidik gambar seekor kuang emas jantan jelas memaparkan persamaan ketara antara jambul burung itu dengan gaya rambut Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu itu.
Menurut penjaga burung itu iaitu Gao kepada portal berita Daily Mail, dia terkejut mendengar berita tersebut dan selepas itu barulah dia menyedari persamaan yang dimiliki oleh haiwan jagaannya itu.
“Saya tidak menyedari persamaan itu kerana tidak memberikan perhatian pun pada gaya jambul yang dimilikinya.
“Tetapi setelah Trump memenangi pilihan raya di AS, saya mula lihat banyak gambarnya dan berfikir yang burung kuang emas itu memiliki persamaan dengan Trump,” jelasnya.
Burung Ini Miliki Gaya 'Rambut' Seperti Donald Trump
Tambah laman itu, Gao merupakan pekerja di Taman Safari Hangzhou di timur China; tempat di mana burung itu dipelihara.
Menurut Gao, burung kuang emas jantan itu dikenali sebagai ‘Little Red‘ kerana memiliki warna bulu berwarna merah yang sangat terang kerana tahap kesihatannya tinggi berbanding spesiesnya yang lain.
Sejak tersebarnya foto itu, pengguna laman sesawang negara itu merasa geli hati dengan persamaan yang dimiliki oleh ‘Little Red‘ itu dengan Trump.
Seorang pengguna laman sosial tempatan Sina berkata, “Secara faktanya, burung kuang emas itu lebih menarik daripada Trump,”
Manakala pelayar laman QQ.com pula, “Bukan sahaja burung kuang emas itu memiliki jambul seperti Trump malah ekspresi muka juga sama,” katanya.
Gao berasa bangga dengan populariti yang diraih oleh burung kuang emas jantan itu memandangkan spesies burung itu merupakan spesies yang dilindungi di negaranya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Green Day Sokong Pergerakan Protes ‘Anti-Trump’

Green Day Sokong Pergerakan Protes 'Anti-Trump'

KUMPULAN rock alternatif Green Day menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kempen protes/bangkang pemilihan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu.

Vokalisnya, Billie Joe Armstrong secara terang-terangan menyatakan, “Saya tak rasakan semua rakyat Amerika Syarikat bersedia menerima Donald Trump sebagai presiden.”
“Kempen anti-Trump pasti akan lebih mendapat perhatian lebih ramai penduduk selepas ini yang sememangnya menerima sokongan penuh saya,” katanya dipetik BBC.
Billie merupakan di antara golongan selebriti yang lantang mengkritik polisi kempen Trump, turut yakin negara Uncle Sam akan menjadi lebih ‘teruk’ sekiranya diterajui oleh taikun hartanah itu.

Green Day Sokong Pergerakan Protes 'Anti-Trump'
GREEN DAY DIANGGOTAI (DARI KIRI), TRE COOL, BILLIE JOE DAN MIKE DIRNT.

Green Day yang turut dianggotai Mike Dirnt dan Tre Cool sebelum ini pernah mengeluarkan lagu berjudul American Idiot pada tahun 2004, bertujuan mengutuk serangan Amerika ke atas Iraq yang dilancarkan bekas presiden, George W. Bush.
Protes ke atas kemenangan Trump melanda kota New York, Minneapolis, Phildelphia, Baltimoe dan San Francisco sejurus nama Trump diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, Rabu lalu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Trump Menang Umat Islam Perlu Bersatu – IKRAM

Trumph Menang Umat Islam Perlu Bersatu - IKRAM

KUALA LUMPUR – “Adakah terpilihnya Donald Trump (sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), maka akan makin hancurlah negara-negara Islam?

Bagi Ahli Majlis Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr. Nur Aisyah Zainordin, kehancuran dan perpecahan umat Islam telah lama berlaku sebelum kemenangan Trump.
Kata beliau, walaupun siapa pun Presiden AS yang dipilih, tidak ada yang benar-benar berpihak kepada Islam sebaliknya cuma intensiti impak yang mungkin berbeza.
Justeru, kata beliau, sama ada akan makin teruk atau tidak keadaan umat Islam nanti bukan persoalannya tetapi bagaimana umat Islam dapat bersatu menaikkan semula semangat mereka.
“Umat Islam perlu bersatu biarlah pemimpin umat Islam pula yang memerintah dunia. Apa yang mampu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah berusaha menyatukan umat Islam untuk memajukan umat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nur Aisyah dalam pada itu mengingatkan, parti Demokrat di bawah pimpinan Barack Obama membuat pelbagai inisiatif membantu AS keluar daripada masalah ekonomi dunia dan mewujudkan jutaan pekerjaan untuk rakyatnya tetapi kemenangan berpihak kepada Trump.
Menurutnya, keadaan demografi rakyat di AS mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan Malaysia iaitu berbilang kaum dan agama dan masyarakat bandarnya terdiri daripada golongan muda dan intelektual. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pengguna Subway New York Tampal Nota Ulas Trump

Pengguna Subway New York Tampal Nota Ulas Trump

NEW YORK – Pengguna tren bawah tanah Subway di New York City kini ada cara unik meluahkan perasaan terhadap isu politik semasa tanah air tanpa perlu mengadakan tunjuk perasaan ganas.

Mereka sebaliknya cuma perlu menyuarakan sentimen pro atau kontra atas kemenangan mengejut Donald Trump sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan tampal nota kecil di dinding stesen kereta api di 14th Street.
Sejak lewat Khamis, tinjauan media tempatan mendapati tidak kurang daripada 3,000 pesanan dilekatkan dan jumlah itu dicapai hanya dalam waktu 24 jam setelah diwujudkan seorang pakar terapi Subway, Matthew Chavez.
Dia membuka sebuah meja kecil dengan disediakan pen dan kertas nota berwarna-warni untuk pengguna menulis luahan itu tidak menyangka menerima sambutan hangat waima dikenakan bayaran AS$2.75 (kira-kira RM12.10).
Seperti dijangka, perkhidmatan ‘terapi Subway’ itu menerima respons luar biasa daripada ramai penyokong Hillary Clinton di sebalik ada juga pengguna yang menyebelahi Trump turut meluahkan ucapan tahniah kepada jutawan itu.
Pengguna Subway New York Tampal Nota Ulas Trump
Sebenarnya Chavez sudah memperkenalkan sesi terapi berkenaan yang diberi nama Post-it sejak enam bulan lalu khusus meringankan tekanan yang dialami ramai penumpang tren di kota raya terbesar negara Uncle Sam itu.
Bagaimanapun, ia kembali menjadi tumpuan susulan keputusan dramatik pilihan raya presiden AS pada Selasa lalu yang menyaksikan secara purata setiap hari lebih 15,000 pengguna Subway lazimnya lalu-lalang di stesen tersebut.
“Saya berasa penduduk AS terlalu ‘panas’ jika membicarakan isu besar, mereka tidak ingin berbual dengan orang lain, mereka hanya memerlukan tempat betul untuk melampiaskan emosi dalaman secara positif,” terang Chavez.
Di meja yang dibuka tidak jauh dari tembok tersebut, beliau meletakkan lembaran Post-it di samping tulisan ‘E-X-P-R-E-S-S Y-O-U-R-S-E-L-F’ atau luahkan diri anda di atas dinding berkenaan untuk pengguna menampal nota.
“Ini luar biasa,” jelas seorang wanita berusia 33 tahun bernama Andrea Recarte, yang berasal dari Chile. “Dia beri kesempatan kepada kami untuk tertib ungkap perasaan tetapi tidak mampu bersuara menerusi platform lain.”
Pengguna Subway New York Tampal Nota Ulas Trump
“Kami memerlukan medium luahan yang sihat, dan tulisan dalam bentuk kesenian ini merupakan cara yang paling sihat selama ini saya rasakan,” kata Terena Bell, seorang pekerja swasta yang berasal dari Kentucky, Louisville.
Dalam nota Post-it-nya, lelaki itu menulis, ‘Donald Trump, I’m praying for you’ atau ‘Donald Trump, saya berdoa untuk anda’ sebagai menzahirkan harapan agar presiden AS yang ke-45 itu berjaya menggantikan Barack Obama.
Namun Steph Hui, 27, seorang jurusolek di Ridgewood, Queens, meragui kaedah itu tetapi teruja kerana ia berjaya mengubah suasana laluan stesen Subway tersebut tidak dicemari imej contengan grafiti jelik oleh budak nakal.
Ada juga nota yang meluahkan ungkapan ‘Apakah saya satu-satunya orang yang ketakutan?’, ‘Saya mendambakan pelukan’ dan ‘Saya marah’ sekali gus menyaksikan pengguna Subway berjaya memanfaatkan ruang disediakan itu.
Chavez menjelaskan dia dapat idea terapi unik itu awal tahun lalu dan tidak menduga perkhidmatan ditawarkan untuk pengguna menjadikan koridor menuju ke stesen Union Square lebih ceria! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ribuan Rakyat AS Protes Bantah Kemenangan Trump

Ribuan Rakyat AS Sertai Protes Bantah Kemenangan Trump

BERIBU-RIBU penduduk mengadakan tunjuk perasaan jalanan di beberapa bandar raya Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah kemenangan Donald Trump sebagai presiden, semalam.

Rata-rata daripada mereka menjerit slogan, ‘Bukan presiden saya!’, manakala ada juga penunjuk perasaan yang membakar patung berambut jingga persis gaya rambut ahli perniagaan hartanah terkenal itu.
Bakal Presiden AS ke-45 itu memperoleh kemenangan mengejut, sekali gus meranapkan cita-cita calon pilihan ramai, Hillary Clinton untuk menjadi presiden wanita yang pertama negara tersebut.
Trump juga bakal bertemu dengan Presiden Barack Obama di Rumah Putih bagi mengadakan perbincangan yang bertujuan untuk memastikan proses peralihan tampuk pemerintahan berjalan dengan lancar.
Obama – yang menyifatkan Trump sebagai ‘tidak layak’ untuk jawatan presiden selain berkempen untuk menentang beliau – telah menggesa semua rakyat AS untuk menerima keputusan pilihan raya semalam.
“Kini, kami semua mendoakan kejayaan beliau dalam menyatukan dan memimpin negara,” kata beliau yang melakar sejarah sebagai presiden yang pertama dari kalangan kulit hitam.
Clinton juga menggesa penyokongnya agar memberi Trump ‘peluang untuk memerintah’.
Meskipun pemimpin Parti Demokrat itu telah akur dan menyatakan sokongannya, namun penunjuk perasaan tetap berkumpul untuk menentang keputusan tersebut di beberapa kota besar di seluruh negara.

Ribuan Rakyat AS Protes Bantah Kemenangan Trump
KUMPULAN ANTI-TRUMP MENGADAKAN BANTAHAN DI HADAPAN BANGUNAN MENARA TRUMP DI NEW YORK, SEMALAM. – FOTO GETTY IMAGES

Di NEW YORK, beribu-ribu ahli protes berarak ke Menara Trump, menyuarakan tentangan mereka terhadap dasar Trump mengenai imigresen, hak golongan gay dan hak reproduktif.
Lima belas orang telah ditangkap, lapor akhbar New York Times. Polis sebelum ini mendirikan penghadang konkrit dan langkah-langkah keselamatan lain di luar bangunan pencakar langit di 5th Avenue.
Ia dikatakan mungkin akan menjadi ibu pejabat Trump semasa tempoh pemerintahannya.

Ribuan Rakyat AS Protes Bantah Kemenangan Trump
PENUNJUK PERASAAN DI PORTLAND, OREGON BERTINDAK MEMBAKAR BENDERA AS SEBAGAI TANDA BANTAHAN TERHADAP PERALIHAN KUASA PARTI REPUBLIKAN. – FOTO GETTY IMAGES

Di LOS ANGELES, perhimpunan kumpulan anti-Trump telah membanjiri kawasan bandar terbesar California itu sehingga mengakibatkan lebuh raya utama berhampiran terpaksa ditutup, menurut media tempatan.
Di CHICAGO, orang ramai menyekat pintu masuk ke Menara Trump, sambil melaungkan: “Bukan presiden saya! Tidak kepada Trump, tidak kepada KKK (Klu Klux Klan), tidak kepada Fasis USA.”
Sementara itu, bendera AS telah dibakar semasa beberapa bantahan di Portland, Oregon. Demonstrasi juga berlaku di Philadelphia, Boston, Seattle dan San Francisco, lapor BBC News. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!

Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Undi Trump, Bukan Clinton!

WASHINGTON DC – Kemenangan besar Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada Selasa lalu menewaskan calon kegemaran ramai, Hillary Cinton memang mencetuskan pelbagai tanda tanya besar.

Bayangkan ketika pengguna media sosial di seluruh dunia waima hampir kesemua akhbar di Amerika Syarikat (AS) sendiri secara terbuka menyatakan pendirian sebagai anti-Trump, jutawan hartanah itu mampu lagi menang selesa.
Dengan meraih 306 undi electoral college atau perwakilan tempatan berbanding Clinton, 69, memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, Trump, 70, melakar rekod tersendiri iaitu menang bergaya tanpa publisiti positif.
Ia pemilihan paling sengit dalam sejarah 58 kali pilihan raya presiden AS sejak merdeka kerana dari segi populariti pengundian, Clinton menerima 59,923,027 kertas undi dibandingkan Trump sendiri hanya 59,692,974 kertas undi.
Mujur perlembagaan AS tidak menerima pakai konsep peratusan undi popular, tetapi mewarisi sistem pilihan raya negara bekas jajahannya, British iaitu jumlah teramai perwakilan dalam dewan sebagai penentu calon pemenang!
Namun misteri kemelut berkenaan akhirnya ‘terbongkar’ apabila beberapa agensi berita antarabangsa dan akhbar berpengaruh Britain, The Independent mendedahkan rahsia kejayaan Trump di sebalik terpalit pelbagai isu panas.
Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!
Antaranya tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘memadam’ kenyataan dan video ucapan beliau pada 7 Disember 2015 yang dimuatkan menerusi laman web rasmi hartawan itu beberapa hari sebelum pengundian.
Ia merujuk kepada hasrat Trump jika berjaya dipilih menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama, beliau mahu mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS susulan serangan maut pengganas di Perancis ketika itu.
Kenyataan penuh kontroversi itu bagaimanapun ‘dibuang’ daripada laman web rasmi Trump dan tindakan tersebut kemudian dihebahkan secara meluas menerusi media sosial tempatan sebagai menarik pengundi Muslim di AS.
Strategi tidak diduga itu ternyata berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di seluruh AS yang selama ini dianggap sebagai setia ‘totok’ Demokrat tiba-tiba beralih arah secara senyap pula untuk mengundi wakil Republikan.
Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam ‘menjauhi’ Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang terkenal sejak dahulu menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif sehingga diberi gelaran The Grand Old Party sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.
Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!
Untuk rekod, parti tersebut pernah diketuai Presiden Abraham Lincoln yang terkenal memperjuangkan gerakan anti-perhambaan kulit hitam dari benua Afrika termasuk ketika dalam Perang Saudara AS sekitar abad ke-19.
Trump juga diketahui sebagai bukan peminum arak, meskipun beliau ada memiliki kilang arak di samping rajin ke gereja untuk beribadah sejak kecil lagi sekali gus menarik minat umat Islam ‘berpaling tadah’ mengundi Republikan.
Tidak hairanlah, berita kemenangan Trump disambut baik kesemua pemimpin negara Islam terutama rantau Asia Barat yang terkesan teruk akibat dasar luar AS selama ini ‘suka’ campur tangan isu konflik dalaman Timur Tengah.
Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz; Raja Jordan, Raja Abdallah Hussain; Emir Kuwait, Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas.
Juga Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim; Pemimpin Barisan Kebangsaan Syria, Anas Al-Abdah; Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, hanya masa dapat ‘jawab’ bagaimana gaya pentadbiran Trump setelah mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan untuk tempoh empat tahun akan datang lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

SELEPAS Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, beberapa wanita Islam Amerika yang meluahkan rasa ketakutan ke atas keselamatan mereka ketika memakai hijab.

Sesetengah umat Islam di AS memberi respon mereka terhadap komen menghina Trump mengenai agama Islam serta cadangan pengharaman kemasukan pendatang Islam, menerusi media sosial seperti Twitter.
Ketakutan Muslim di AS juga tidak hanya terhad kepada penghapusan identiti mereka sebagai umat Islam, tetapi juga polisi-polisi Trump yang lain seperti isu pengharaman mengugurkan janin dan kebajikan pelarian.
Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab
“Trump menang – sepupu saya mungkin dihantar pulang, saya takut untuk memakai hijab, wanita dihukum kerana menggugurkan kandungan, pelarian Syria menderita,” kata seorang wanita, @tyzilla di akaun Twitter miliknya.
Apa yang lebih meruntun jiwa, dakyah-dakyah Islamofobia dan perkauman Trump itu seakan-akan menjadi satu kaedah untuk melakukan brainwash ke atas pemikiran kanak-kanak dan generasi muda.
Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab
Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @lxmyaaa“Adik saya berumur 8 tahun hanya memberitahu saya dia takut untuk menjadi Muslim. Luahannya mematahkan hati saya. Saya sedang menangis. Usahlah berkata bahawa kata-katanya tidak bermakna.”
Kerisauan melampau umat Islam di sana juga turut menjadikan segelintir daripada mereka berfikir secara tidak rasional, sehingga tergamak meninggikan suara kepada isteri semata-mata tidak mahu wanita itu menutup auratnya.
Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab
“Suami saya menjerit kepada saya kerana memakai tudung. Dia menjadi takut secara tiba-tiba dan merayu kepada saya untuk tidak memakai hijab kerana terlalu risau saya akan dicederakan,” kata @mariyamkhalaf.
Wanita berkata mereka takut bahawa hijab yang dipakai akan memberi impak kurang baik kepada kepercayaan mereka.
Malah, ada wanita yang bercadang untuk tidak memakai hijab mereka oleh kerana terlalu tertekan akan kemungkinan untuk diserang.
Namun, masih ramai wanita Islam yang kuat semangat dan berkata bahawa kemenangan Trump itu tidak menghalang mereka daripada terus menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

“Tahniah Trump Kita Serupa,” Kata Rodrigo Duterte

"Tahniah Trump Kita Serupa," Kata Duterte

KUALA LUMPUR – “Tahniah kepada Trump. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan Amerika) kerana Trump sudah menang,” kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Beliau yang sebelum ini ‘bermusuh’ dengan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan negara kuasa dunia itu mempertikaikan pelanggaran hak asasi manusia dalam perangnya menentang dadah.
Malah Duterte turut mengancam menamatkan perjanjian senjata dan latihan ketenteraan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Donald Trump. Moga panjang umur.
“Kami berdua sama, suka maki hamun walaupun untuk benda kecil. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan AS) kerana Trump sudah menang,” katanya berucap kepada masyarakat Filipina ketika melawat Malaysia, hari ini.
Pemimpin kontroversi yang digelar ‘Trump di Timur’ kerana mulutnya yang celupar serta dan kadang kala berunsur lucah itu, menang besar dalam pilihan raya presiden Mei lalu, dan sering disamakan dengan watak Trump.
Semalam, Duterte memberitahu rakyat Filpina mengenai kemarahannya kepada Washington DC kerana mengancam menghentikan penghantaran bantuan serta melayan Manila tidak ubah seperti anjing diikat pada tiang.
“Cara mereka melayan kita seolah-olah kita masih dijajah.
“Anda tidak mahu beri bantuan? Pergi jahanam dengan kamu,” katanya mengulang kenyataannya kepada Presiden AS, Barack Obama, sebelum ini. – Reuters/myMetro Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan Kuasa


Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan Kuasa

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu untuk kali pertama, duduk bersebelahan dan mengikis perseteruan mereka semasa kempen pilihan raya panjang bagi membincangkan proses peralihan kuasa pada 20 Januari ini.

Pertemuan selama 90 minit di Pejabat Oval, Rumah Putih itu berlangsung empat mata tanpa ditemani sesiapa, hari kedua selepas Trump sebagai calon Republikan memenangi pilihan raya menewaskan bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.
Obama, yang membantu kempen untuk Hillary meneruskan penguasaan Demokrat, beberapa kali menegaskan bahawa Trump tidak layak untuk ke Rumah Putih, manakala Trump menuduh Obama yang berkuasa selama lapan tahun sebagai ‘bencana’ kepada AS.
Namun, dalam ucapan selepas berakhirnya pemilihan kelmarin, kedua-duanya tampil meminta semua pihak agar melupakan segala kepahitan semasa berkempen sehingga membawa kedua-duanya berbincang di Rumah Putih.
Duduk bersebelahan Obama selepas perbincangan mereka, Trump memberitahu pemberita: “Kami berbincang dengan serius mengenai banyak perkara dan keadaan, sesetengahnya manis, ada yang sukar.”
Beliau berkata, Obama menjelaskannya kepadanya beberapa perkara yang hebat yang telah dicapai namun Trump tidak menghuraikannya.
“Ia satu penghormatan yang tinggi dapat bersama anda dan di masa depan saya dan anda mempunyai lebih masa bersama lagi,” kata Trump dalam nada yang berlainan. – REUTERS/BH ONLINE




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’

Burger King Rusia Tawar Menu Baharu 'Trump Burger'

KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa lalu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyatnya dan juga beberapa negara lain.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, namun terdapat juga negara yang mengiktirafnya.
Antaranya Rusia apabila presiden negara itu sendiri iaitu Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya menerusi aplikasi Telegram.
Malah bukan itu sahaja, rangkaian makanan segera terkenal Burger King cawangan Rusia turut mengeluarkan menu baharu bersempena kemenangan Trump dinamakan sebagai Trump Burger.
Menurut wakil Burger King, menu baharunya itu adalah versi Angriest Whooper bersaiz besar yang merupakan burger paling laris dijual oleh rangkaian restoran itu.
Burger King Rusia Tawar Menu Baru 'Trump Burger'
Angriest Whooper adalah burger terpedas yang dimiliki Burger King yang disajikan dengan bawang bombai dan lada jalapeño bersama sos paling pedas di restoran itu.
Menu berkenaan merupakan edisi terbaharu Burger King untuk peminat-peminat makanan segera rangkaiannya.
Terdahulu sebuah kafe di Moscow iaitu Roll Race telah melancarkan menu dikenali ‘US Presidential Sandwiches’ yang menampilkan calon Parti Demokrat dan Republikan sebagai nama menu baharu mereka. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story