Showing posts with label juruterbang. Show all posts
Showing posts with label juruterbang. Show all posts

Pilot Kena Serangan Jantung Ketika Kemudi Pesawat

Juruterbang

EDINBURGH – Juruterbang syarikat penerbangan Belanda, KLM, mengalami serangan jantung ketika mengemudikan kapal terbang membawa 128 penumpang itu ke landasan di Lapangan Terbang Glasgow. Kejadian berlaku ketika pesawat hampir berlepas ke Amsterdam pada Jumaat dan perlu disedarkan semula oleh kru dengan bantuan seorang penumpang.

Pasukan bomba lapangan terbang Glasgow membantu membawa juruterbang berketurunan Belanda itu keluar daripada pesawat untuk dibawa ke Hospital Golden Jubilee di Clydebank oleh anggota paramedik.
Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil. Pesawat berkenaan dijangka berlepas jam 5.00 petang waktu tempatan tetapi dibatalkan berikutan kecemasan itu.
Jurucakap KLM berkata: “Ketika memandu pesawat ke landasan, kapten sakit dan staf terpaksa merawat beliau dengan bantuan penumpang.
“Beliau dibawa ke hospital dan keadaannya stabil.” – AGENSI/BH ONLINE




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pilot Jet Pejuang Wanita Pertama China Maut Nahas

161113224929-china-j10-female-pilot-dies-2-exlarge-169

SALAH seorang juruterbang pejuang wanita pertama China dan ahli pasukan aerobatik tentera udara negara itu terbunuh dalam kemalangan semasa latihan pada hujung minggu lalu.

Kapten Yu Xu yang berusia 30 tahun meninggal dunia Sabtu semasa penerbangan latihan rutin dengan pasukan aerobatik, menurut laporan media tempatan.
Menurut laporan akhbar South China Morning Post, jet yang dikemudi Yu Xu dan seorang juruterbang lelaki terhempas dan mangsa tidak sempat keluar dari pesawat pada waktu yang tepat.
Juruterbang lelaki terlibat bagaimanapun sempat keluar dan terselamat.

Pilot Jet Pejuang Wanita Pertama China Maut Kemalangan
MENDIANG YU XU (KIRI) JUGA AMAT POPULAR DI MALAYSIA,DI LIHAT DI SINI SEDANG BERGAMBAR DENGAN PEMINATNYA DI LIMA, PULAU LANGKAWI TAHUN LALU.

Ketika kejadian, mangsa sedang mengemudi jet pejuang jenis J-10.
Tentera China tidak memberikan butiran terperinci tentang kemalangan yang berlaku di wilayah Hebei itu, namun keterangan daripada tentera dan saksi mendapati Yu tercampak keluar dari pesawat selepas ia berlanggar dengan pesawat yang lain semasa latihan.
Selepas pelemparan, sayap pesawat lain terlanggar tubuh Yu sekali gus membunuh beliau, menurut laporan dari China Daily.
Yu yang lahir di Chengdu adalah sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1.
Beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang domestik di China.
Kotak hitam dari jet Yu telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kemalangan itu, lapor China Daily.-MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story