Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Polis Wanita Persis Model Jadi Sebutan

Model
Mereka kelihatan seperti model yang sedang berposing dan memiliki wajah yang cantik hinggakan sesiapa yang memandang akan terpesona.
Namun sebenarnya wanita ini adalah anggota polis di Rusia dan mereka telah menyertai pertandingan ratu cantik yang diadakan dengan matlamat untuk mencari anggota polis wanita yang paling cantik di negara itu.
Pertandingan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Polis di Rusia itu, telah mendapat sambutan menggalakkan.
Menurut penganjur, pertandingan itu diadakan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa seseorang itu boleh menjadi cantik dan pada masa sama mereka juga kuat.
Setakat ini pemenang pertandingan ratu cantik polis itu masih belum diumumkan.
Penyertaan diterima daripada banyak anggota polis wanita termasuk dari bandar Moscow, Volgograd, Chekhov dan Voronezh. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dilema Seorang Wanita Untuk Selamatkan Pinggannya

Pinggan
IA merupakan situasi yang memberikan tekanan terutama kepada kaum wanita. Bayangkan jika anda membuka pintu almari kaca itu, pinggan dan mangkuk kaca di dalamnya akan jatuh berderai satu persatu.
Bukankan ia akan hanya membazirkan wang apatah lagi jika pinggan tersebut adalah jenis mahal?
Namun Itu yang dialami oleh seorang wanita, yang meminta netizen memberikan pandangan bagaimana untuk membuka pintu almari dan pada masa sama menyelamatkan pinggan dan mangkuknya daripada jatuh satu persatu.
Identiti dan lokasi wanita itu bagaimanapun tidak diketahui.
Dia telah meminta bantuan netizen dengan memuatkan gambar itu di dalam Facebook dan tidak lama kemudian, beribu-ribu idea dan cadangan diterimanya terutama bagaimana untuk menyelamatkan pinggan dan mangkuk terbabit.
Ada yang menasihatkannya supaya pecahkan cermin almari di sebelah kanan dan kemudian dia boleh menggunakan tangan untuk mengambil pinggan terbabit.
“Letakkan selimut tebal atau suruh sesiapa menggunakan selimut itu untuk menahan pinggan berkenaan daripada jatuh ke lantai ketika membukanya,’’ itu antara reaksi yang diterimanya.
Tidak kurang pula yang melihat situasi yang dialami wanita berkenaan sebagai satu peluang untuk mendapatkan wang.
“Jualkan (gambar) kepada galeri seni dan namakannya sebagai “Frozen in Time’’.
`
“Lekatkan pintu almari itu dengan pita pelekat dan kemudian biarkan cucu kamu memikirkannya, atau simpan sahaja ia sebagai mas kahwin untuk anak perempuan awak,’’ demikian reaksi mereka yang cuba membantunya `membuat wang’ dengan situasi terbabit. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

Wanita Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

AKSI pergaduhan tiga wanita di satu perkampungan yang tidak dinyatakan lokasinya menjadi viral setelah disiarkan sebuah laman di Facebook yang memuat naik rakaman video insiden itu.

Menerusi video berdurasi selama kurang satu minit itu, seorang wanita yang berpakaian baju warna kelabu dan legging hitam digomol oleh dua wanita lain.
Malah mangsa juga dipukul dengan menggunakan helmet di bahagian kepala dan paha serta dilempang oleh salah seorang lawannya.
Wanita yang memakai blaus paras paha seperti ‘naik hantu’ dilihat semakin agresif mengasari mangsa apabila dia cuba untuk melepaskan diri daripada terus dipukul.
Bukan itu sahaja, rambut mangsa juga ditarik-tarik sebelum wanita itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket belakang seluar jean yang dipakai lalu memotong rambut mangsa.
Mangsa menjerit cuba meraih simpati untuk dilepaskan namun tidak diendahkan oleh kedua-duanya bahkan terus bertindak memukulnya.
Wanita Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau
Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan antara ketiga-tiga wanita berkenaan kerana audio yang kedengaran tidak jelas serta bahasa yang dituturkan juga tidak dapat difahami.
Video tersebut telah ditonton lebih 40 ribu pengguna laman sesawang dan pelbagai andaian turut dilontarkan menerusi komen pada video berkenaan.
Sesetengahnya mengandaikan ia pergaduhan antara ibu dan anak yang mana si ibu berang dengan tindakan anak perempuannya mungkin keluar bersama teman lelaki.
Malah tidak kurang juga yang mengatakan ia berpunca daripada sifat perkauman. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pilot Jet Pejuang Wanita Pertama China Maut Nahas

161113224929-china-j10-female-pilot-dies-2-exlarge-169

SALAH seorang juruterbang pejuang wanita pertama China dan ahli pasukan aerobatik tentera udara negara itu terbunuh dalam kemalangan semasa latihan pada hujung minggu lalu.

Kapten Yu Xu yang berusia 30 tahun meninggal dunia Sabtu semasa penerbangan latihan rutin dengan pasukan aerobatik, menurut laporan media tempatan.
Menurut laporan akhbar South China Morning Post, jet yang dikemudi Yu Xu dan seorang juruterbang lelaki terhempas dan mangsa tidak sempat keluar dari pesawat pada waktu yang tepat.
Juruterbang lelaki terlibat bagaimanapun sempat keluar dan terselamat.

Pilot Jet Pejuang Wanita Pertama China Maut Kemalangan
MENDIANG YU XU (KIRI) JUGA AMAT POPULAR DI MALAYSIA,DI LIHAT DI SINI SEDANG BERGAMBAR DENGAN PEMINATNYA DI LIMA, PULAU LANGKAWI TAHUN LALU.

Ketika kejadian, mangsa sedang mengemudi jet pejuang jenis J-10.
Tentera China tidak memberikan butiran terperinci tentang kemalangan yang berlaku di wilayah Hebei itu, namun keterangan daripada tentera dan saksi mendapati Yu tercampak keluar dari pesawat selepas ia berlanggar dengan pesawat yang lain semasa latihan.
Selepas pelemparan, sayap pesawat lain terlanggar tubuh Yu sekali gus membunuh beliau, menurut laporan dari China Daily.
Yu yang lahir di Chengdu adalah sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1.
Beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang domestik di China.
Kotak hitam dari jet Yu telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kemalangan itu, lapor China Daily.-MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif

Parti Baharu Tidak Mampu Gugat Wanita UMNO
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata bidang kreatif bukan hanya terhad kepada fesyen pakaian semata-mata tetapi boleh mencakupi pelbagai lagi produk yang berpotensi.
“Ia boleh diusahakan sehingga menjadi perniagaan berjaya jika diteroka lebih jauh,” katanya selepas menyempurnakan majlis prapelancaran ‘Wanita Kreatif Fest 2016’ (WKF2016), di sini hari ini.
Ketua Wanita UMNO itu menarik perhatian bahawa usahawan wanita di Malaysia sentiasa diberi sokongan daripada segi modal dan latihan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.
WKF2016 selama tiga hari hingga Ahad ini diadakan bertujuan meningkatkan prestasi dan kreativiti dalam kalangan wanita melalui pelbagai aktiviti seperti perkongsian maklumat perniagaan dan pameran serta jualan bazar melibatkan produk kreatif kaum itu.
Acara itu berlangsung di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan lebih 120 gerai jualan dan pameran.
Ia dianjurkan Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Pergerakan Wanita UMNO dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan dan agensi termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Yayasan Tengku Nur Zahirah. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TAKUT HAMIL, GADIS INI MASUKKAN KENTANG KE DOTNYA

7205862_20141006111202


Takut HamilGadis Ini Masukkan Kentang ke Organ intimnya - Kurangnya pengetahuantentang kehamilan dan alat perancang keluarga boleh membuat seseorang bertindaknekad. Ditambah lagi dengan mitos-mitos masa lalu tentang kehamilan yang tidak dapatdipertanggungjawabkanPerempuan dari Colombia ini contohnyadia percaya denganmitos bahawa kentang boleh mencegah kehamilan, akibatnya akar kentang tumbuh didalam organ intimnya.

Gadis Colombia berusia 22 tahun yang tidak disebutkan namanya ini menjadi membuatpemberitaan heboh. Dia mengalami sakit perut luar biasa dan memutuskan untukmemeriksakan diri ke doktor. Setelah dilakukan pemeriksaan mendalam, pasukan doktorsangat kaget mendapati kentang di dalam organ intim sang gadisLebih dahsyat lagi,kentang tersebut sudah tumbuh dan berakar di dalam organ intim.

Kisah aneh sekaligus menyedihkan ini langsung menjadi berita besar di Colombiahinggaakhirnya tersebar ke seluruh duniaSaat ditanya mengapa nekad memasukkan kentangke dalam organ intimnyagadis itu berkata dengan polos bahawa dia percaya dengankata-kata ibunyayang sebenarnya hanya mitos.

"Ibu saya memberi tahujika tidak ingin hamil, saya harus meletakkan kentang di dalamfaraj sayadan saya percaya sajamujarnya.

Tidak ingin terjadi hal-hal burukpasukan doktor langsung mengeluarkan kentang yangada di dalam organ intim sang gadisbeserta akar kentang yang juga sudah tumbuh didalam sanaPertumbuhan kentang itulah yang membuat sakit perut luar biasa.Beruntungtidak ada komplikasi dari perbuatan nekad gadis iniKentang itu berjayadikeluarkan dan organ intim si gadis sudah bebas dari sayur tersebut.

Kesedaran yang rendah akan pengetahuan pembiakan membuat banyak masyarakatColombia tidak memakai perancang keluarga yang seharusnyaHal ini tidak hanya berlakudi kalangan tuatetapi juga di kalangan mudaMereka ingin memakai perancang keluargakerana takut hamilnamun berkesudahan petaka kerana kurangnya pengetahuan.

-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

WANITA PATUT BACA..INILAH AKIBAT KALAU WANITA TIDAK MEMAKAI SELUAR DALAM SEMASA TIDUR





Isu yang cuba diketengahkan adalah mengenai akibat kalau wanita tidak memakai seluar dalam ketika tidur. Namun realitinya, kebanyakkan wanita yang telah bersuami tahu akibatnya.

Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?Betul ke? Lu pikir lah sendiri.

Ini cerita sebenar yang admin kongsikan.

“Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra,” ujar seorang pelakon drama televisyen.
Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.

Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan.

Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

“Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara,” jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Tambah beliau, “Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit.”

Begitu juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.

“Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar,” ujar beliau.

Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.

“Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan,” kata Dr. Febriansyah.

Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
  
Jadi menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk menjaga kesihatan diri. Boleh kongsi info kesihatan ini kepada orang yang tersayang
-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story