Gambar Ashraf Sinclair Ajar Anak Solat


Mari lihat gambar Ashraf Sinclair yang dilihat sudah mula ajar anak untuk bersolat. Memang comel gelagat aksi dan cara anak Ashraf mengikuti  bapanya menunaikan sembahyang. Harap dapat jadi anak yang soleh bila dah dewasa nanti. Apapun, kehidupan harian sebagai artis memang akan ditumpu oleh para media.
Kredit kepada Myartis


Sumber: Gambar Ashraf Sinclair Ajar Anak Solat | melvister.com 

Yusof Haslam Naik ‘Geram’ Dengan Neelofa?


Yusof Haslam Pesan Neelofa Jangan Lupa Diri ROTIKAYA Yusof Haslam Naik ‘Geram’ Dengan Neelofa?



KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal dan kurang senang dengan sikap pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia, Neelofa.
Menerusi akhbar Berita Harian semalam, Yusof kecewa dengan sikap Neelofa yang dilihat semakin hari semakin lupa diri selepas namanya semakin gah di pentas dunia seni.
Yusof meluahkan kekesalannya berikutan sikap dan komitmen Neelofa dalam perjalanan promosi filem yang dibintanginya sendiri iaitu S.A.M terbitan Skop Production.
Neelofa dikatakan sukar untuk dihubungi oleh pihak Skop Production selain tidak langsung membalas setiap pesanan atau SMS yang dihantar kepadanya berhubung jadual promosi yang diadakan.
Selain itu, Yusof turut menasihati Neelofa agar tidak mudah lupa diri walaupun semakin mengecapi populariti.
Sementara itu, pengurus pelakon wanita itu dalam kenyataannya di Sinar Harian memaklumkan Neelofa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini dalam masa terdekat.
“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” kata Amir.sumber

Gambar Anak Pertama Rini Baru Lahir


Ini adalah gambar anak sulung Rini yang baru lahir. Rini pada hari ini telah selamat bersalin di Hospital Putrajaya dan anak perempuan dinamakan Maryam Joanna binti Johanis dengan beratnya mencecah 4.25kg. Rini juga turut menceritakan pengalamannya buat julung kalinya bersalin melalui kaedah pembedahan.
Foto Anak Perempuan Rini
“Pertama kali tengok wajah anak, saya menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat.  Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik, sebaik saja lahir, ‘baby’ kami sudah pandai menyusu badan,” ujar Rini yang mengakui sedih tidak dapat menikmati juadah raya tahun ini kerana perlu berpantang.
Sumber: Media Hiburan


Sumber: Gambar Anak Pertama Rini Baru Lahir | melvister.com 

Amanda Sebak Lihat Bayi Dalam Kandungan


Amanda Sebak Lihat Bayi Dalam Kandungan
KUALA LUMPUR : Lumrah setiap wanita ketika sedang mengandung, pastinya akan berasa terharu dan sebak kerana dapat melihat bayi yang dikandung bergerak-gerak di dalam perut ketika proses imbasan (scan) dilakukan.
Begitu juga yang dialami oleh pelakon yang juga adik kepada Haliza Misbun, Amanda Misbun memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan rezeki oleh Ilahi untuk bergelar ibu.
Menerusi portal Murai.com, Amanda berasa sebak kerana tidak percaya bayi dalam kandungannya sudah pun membesar dan cukup fizikalnya.
Malah, dia juga seakan tidak percaya yang dia sedang mengandung kerana merasakan baru sahaja mendirikan rumah tangga.
“Teruja dan rasa bagai hendak menitiskan air mata pun ada apabila dapat melihat sendiri fizikal anak yang saya kandung dalam perut ini. Malah rasa bagai mimpi dan tidak percaya pula yang bayi itu kini sudah membesar di dalam kandungan saya.
“Tambahan pula saya turut merasakan ia berlaku seperti begitu pantas kerana rasa macam baru sekejap sahaja saya mendirikan rumah tangga tetapi saya sangat gembira dengan kehidupan yang saya lalui sekarang,” kata Amanda.
Ketika menjalani proses scan baru-baru ini, Amanda bersyukur kerana bayinya berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Doktor juga meramalkan dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata perempuan melalui kaedah pengesanan tersebut.
“Alhamdulilah, bayi saya sihat dan normal. Cuma, doktor masih samar dengan jantina bayi itu dan daripada apa yang dia lihat, doktor hanya boleh meramalkan bayi saya perempuan kerana ketika scan di tempat alat sulitnya, dia sedang mengepitkan kakinya.
“Apa yang menggembirakan saya dia bergerak agak aktif juga kerana sempat melambai-lambai ketika sedang melalui mesin pengimbas,” katanya.
Ketika ini, Amanda telah pun berehat dari menerima sebarang tawaran berlakon memandangkan ingin menjaga kandungannya dengan baik.
Amanda banyak menghabiskan masanya di rumah selain menjalankan tugasnya sebagai isteri dan gembira dapat menjalani puasa di bulan Ramadhan ini dengan suami di sisinya. – MyNewsHub

Beyonce & Jay-Z Pasangan Selebriti Paling ‘Masyuk’!


Beyonce & Jay Z Pasangan Selebriti Paling ‘Masyuk’!
Tahun ini boleh dikira sebagai tahun yang ‘mencabar’ bagi beberapa pasangan selebriti antarabangsa apabila rumahtangga mereka mula goyah.
Dari Katy Perry dan Russell Brand, Heidi Klum dan Seal, Demi Moore dan Ashton Kutcher dan pasangan paling ‘panas’, Tom Cruise dan Katie Holmes.
Tetapi, masih ada juga pasangan selebriti yang makin mencipta nama, mendapat sambutan yang hangat serta masih berbahagia berjalan menuju ke bank.
Eh.. kenapa ke bank?
Penulis mengambil contoh Beyonce Knowles dan Jay-Z.
Tahun lalu, pasangan romantis itu hanya mendapat tempat kedua dalam kategori ‘Pasangan Selebriti Paling Mahal di Dunia’.
Pasangan itu telah melangkau ke tempat pertama dalam carta itu pada tahun ini.
Namun, penulis melihat Beyonce lebih banyak berehat pada tahun ini setelah sibuk menjayakan konsert jelajahnya pada 2011.
Malah, Beyonce juga mengambil cuti yang lama setelah melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter.
Pada masa yang sama, khabarnya Beyonce masih lagi menerima bayaran dari jualan album sebelum ini.
Duduk rumah pun dapat duit? Hebat!
Mana tidaknya, albumnya yang terbaru merupakan antara album terlaris dengan jualan yang mencecah tahap platinum di Amerika Syarikat.
Memetik dari senarai laporan Celebrity 100, dari 1 Mei 2011 hingga 1 Mei 2012, jumlah pendapatan Beyonce adalah US$ 40 juta.
Itu tidak termasuk lain-lain sumber kewangan seperti duta produk, perniagaan dan pelbagai lagi.
Ingat! Itu jumlah pendapatan Beyonce sahaja, tidak termasuk suaminya, Jay-Z. – MSN

Kekasih Ditangkap Khal wat Bagi Alasan Penat ‘Shopping’ Raya, Pergh!


Kekasih Ditangkap Khalwat Bagi Alasan Penat ‘Shopping’ Raya, Pergh!
KUALA LUMPUR : Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.
Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.
“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.
Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.
“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.
Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.
“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.
Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.
Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.
“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.
Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. – Sinar Harian

Ketika Cinta Tidak Mengenal Paras Rupa

Gadis cantik ternyata tidak selalu mempunyai teman lelaki yang macho, ada juga yang teman lelaki berwajah cukup-cukup makan dan bahkan hodoh. Hal ini membuktikan bahawa memang cinta bukan hanya berdasarkan wajah, namun ada faktor lain, misalnya hati, keperibadian, atau bahkan campur tangan dukun. Nah, siapa saja









sumber

Gambar-Gambar Hitam Putih Yang Lucu

Kreatif gambar lucu bukan hanya dominasi dunia moden. Sebab, sejumlah gambar zaman dulu juga memperlihatkan Kreatif Gambar-gambar yang menarik dan unik. Beberapa foto ini memang ada yang kejuruteraan, tapi ada pula yang memang betul-betul terjadi. Ingin tahu seperti apa?











Pasangan Lesbian Meraikan Perkahwinan Di Taiwan



 Dua perempuan menjadi pasangan pertama yang melangsungkan perkahwinan sesama jenis Buddha di Taiwan hari ini. Sebagai sebuah langkah kumpulan hak asasi manusia yang mengharapkan Taiwan menjadi negara Asia pertama yang menghalalkan perkahwinan gay.



Fish Huang dan You Ya-ting yang telah hidup bersama selama tujuh tahun bukan bertukar cincin, melainkan bertukar sumpah dan doa disertai dengan nyanyian dari hampir 300 umat Buddhadi sebuah biara bandar Taoyuan, Taiwan utara


Shih Chao-Hwei seorang master Buddha dan profesor universiti menawarkan untuk melakukan upacara perkahwinan selepas pasangan itu menanyakan apakah iman mereka mengutuk homoseksualiti.

Fish Huang mengatakan kepada Taipei Times bulan lalu "Kami tidak hanya melakukannya untuk diri kita sendiri, tetapi juga untuk kaum gay dan lesbian yang lain." Keluarga pasangan awalnya bersetuju untuk menghadiri upacara, namun akhirnya tidak menghadiri upacara untuk mengelakkan perhatian media. Pernikahan gay awam pertama di Taiwan terjadi pada tahun 1996 tapi ini adalah pernikahan Buddhis pertama yang diketahui.

Kumpulan hak gay mendorong Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou membuat undang-undang untuk perkahwinan sesama jenis dan membenarkan pasangan gayuntuk mengadopsi sebelum masa jabatannya berakhir pada tahun 2016





10 Fakta Mengenai Durian Yang Jarang Diketahui


Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan merupakan buah yang digemari oleh semua ramai termasuk kanak-kanak. Lihat sahaja bila tiba musim buah durian, berpusu-pusu orang ingin membelinya.. hehe
Ok, di sini ada 10 fakta mengenai durian yang jarang diketahui
1 – Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50 kcal. Tidaklah tinggi sangat.
2 – Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
3 – Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
4 – Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
5 – Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
6 – Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
7 – Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
8 – Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
9 – Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
10 – Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.

HOT!!! Benarkah Tiz Zaqyah Di Dalam Video Ini



Tiz Zaqyah Abdul Razak

Tiz Zaqyah (dilahirkan pada 25 Oktober, 1988) merupakan model, pelakon dan penyanyi yang sudah memiliki populariti dan peminat tersendiri di Malaysia. Kejayaan besar dengan memegang watak sebagai 'Nur Amina' dalam siri drama popular 'Nur Kasih' telah membawa beliau untuk terus dikenali sehingga hari ini. Tiz juga menjadi teraju utama dalam filem 'Nur Kasih The Movie'. Beliau turut menyumbangkan suara dengan berduet bersama penyanyi Yassin untuk lagu tema filem tersebut.

Tapi, apa masalahnya dengan video di bawah? Anda tonton sahajalah. Sesuai untuk tontonan umum.




Penari Gelek Melayu Dibayar RM 500 Bagi Aksi 15 Minit



“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong ataupun urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.sumber

Kita Akan Jatuh Cinta 4 Kali Seumur Hidup??



Berapa jumlah bekas kekasih anda? Mungkin anda akan menjawab dua, lima, bahkan mungkin 10. Namun, jumlah bekas kekasih ternyata tidak menunjukkan berapa kali anda jatuh cinta. Menurut kajian Opera North, rata-rata orang jatuh cinta empat kali dalam hidupnya.
Hasil kajian opera company ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan orang memutuskan untuk bernikah pada usia 27 tahun, dan 33 peratus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Namun, empat dari 10 orang mengaku berkahwin dengan kekasih kedua, dan 61 peratus orang menyesal kerana membiarkan hubungan dengan cinta pertamanya pergi.
Seperti yang dialami kebanyakan orang, usia 20-an adalah waktunya mencari pasangan (tepatnya mencari cinta), terlihat dari lapan dari 10 orang mengalaminya. Kemudian, empat dari 10 orang jatuh cinta di usia 30-an, dan bahkan pertiga daripada 2,000 orang yang disurvei masih mencari cinta di usia 40-an. Sepertiga orang juga mengaku pernah jatuh cinta dengan lebih daripada satu orang pada masa yang sama.
Sayangnya, kita juga harus menghadapi kenyataan. Terbukti, empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, tetapi cintanya tidak berbalas. Sepertiga orang yang disurvei pernah berniat kembali dengan bekas kekasih, tetapi hanya satu daripada tiga yang berjaya melakukannya.
Yang menarik, terungkap juga bahawa 41 peratus orang mengalami “cinta terlarang” kerana jatuh cinta dengan orang yang seharusnya tidak mereka miliki, seperti rakan kerja, rakan baik, orang asing, bahkan orang tua teman. Ya, kita tidak boleh memilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan (demikian menurut 77 peratus orang yang disurvei)?

Awek Bertudung Lipat Gulung (Sepak Takraw)




Apabila admin kebosanan melayari internet, tiba-tiba muncul di benak fikiran untuk melayari YouTube. Secara tidak semena-mena, penulis tterjumpa satu video yang agak menarik untuk dikongsi dengan para pembaca sekalian. Video tersebut adalahPerlawanan Akhir Sepak Takraw Regu Tiga Wanita di antara Pulau Pinang menentang Perak.sumber


Gila!!majikan suruh pekerja tak pakai bra ketika bekerja



Banyak perusahaan yang menerapkan ‘dress code’ saat bekerja. Tapi sebuah perusahaan di Utah, Amerika, malah membuat peraturan busana yang tidak wajar, dilarang memakai bra. Seperti yang dikutip dari nydailynews, sebuah laporan sivil yang diajukan beberapa hari lalu ke Pengadilan Distrik Amerika oleh Trudy Nycole Anderson menuliskan bahawa bekas atasannya, Derek Wright telah membuat peraturan yang di luar batas. Wright memaksa Anderson untuk mengikuti ‘jadual pakaian seksi’.

Wright menngatur pakaian apa yang harus dikenakan oleh Anderson selama seminggu penuh. Hari Senin Anderson harus mengenakan rok mini (Mini-skirt Monday), memakai atasan pada Selasa (Tube-top Tuesday), T-shirt basah pada Rabu (Wet T-shirt Wednesday), tak boleh memakai bra pada Khamis (No bra Thursday) dan mengenakan atasan bikini pada Jumaat (Bikini top Friday).

Tidak hanya membuat aturan pakaian saja, Wright yang merupakan pemilik ‘Lone Peak Controls and D&L Electric Control Company’ juga dilaporkan sering melakukan pelecehan seksual kepada Anderson. “Dia berulang-ulang kali menanyakan ukuran payudara dan membicarakannya di depan karyawan lainnya,” tulis laporan tersebut.

Anderson mengatakan bahwa tidak hanya dirinya yang kerap kali mendapat pelecehan seksual. Beberapa teman kerja wanitanya juga pernah merasakan hal yang sama. Menurut Anderson, bosnya tersebut juga memiliki kebiasaan menonton film porno di dalam kantornya.

Anderson yang merupakan seorang ibu dengan tiga orang anak itu merasa bahawa dirinya menjadi target pelecehan seksual kerana Wright tahu jika dirinya tidak boleh hidup jika kehilangan pekerjaannya tersebut. Anderson dibuat menandatangani sebuah dokumen tertulis yang menyatakan, ‘ketika Anderson menerima pelecehan dan ada masalah dengan hal itu, maka Anderson harus boleh memakluminya’.

Pada Februari 2011, Anderson telah dipecat kerana telah melaporkan perilaku atasannya itu. Wanita berusia 44 tahun tersebut, menuntut kerana telah diberhentikan dari pekerjaannya dan juga gangguan mental yang ia dapatkan saat bekerja di perusahaan Wright.sumber

Masjid Berdinding Kalimah Syahadah!


Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya. Masjid yang terletak di Padalarang ini termasuk to 5 “Building Of The Year 2010″ oleh National Frame Building Association.
Acara terbesar yang melibatkan para arkitek di seluruh dunia ini menempatkan Masjid Al Irsyad dalam kategori religious architecture. Menurut ArchDaily, situs arkitek terpopular, Masjid Al Irsyad cukup popular di antara tempat ibadah yang lain dan hanya dikalahkan oleh Gereja Tampa Covenant, Florida, Amerika Syarikat.
Jika umumnya masjid memiliki kubah atau menara, tidak dengan Masjid Al Irsyad. Masjid yang dirancang oleh Ridwan Kamil, arkitek Indonesia ini direka mirip Ka’bah, berbentuk kubus dengan warna abu-abu. Rekaanya sederhana, tidak banyak ornamen namun tetap memiliki keindahan tersendiri.
Dinding masjid terbuat dari batu bata yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk celah yang terbaca sebagai dua kalimat syahadah.
Selain memiliki fungsi artistik, lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai ventilasi udara. Menjelang malam ketika lampu di dalam masjid mulai dinyalakan, sinar lampu akan menerobos celah ventilasi sehingga jika dilihat dari luar tampak seperti masjid yang memancarkan cahaya berbentuk kalimat syahadah. Sangat mengagumkan.
Keindahan tidak hanya tampak dari luar masjid. Di dalam masjid terdapat 99 lampu bulat berukir asmaul husna yang jika dinyalakan, cahayanya akan membentuk siluet nama-nama suci Allah SWT. Terasa sekali kemegahannya.
Masjid Al Irsyad juga seolah ingin mendekatkan kita pada alam. Lantai tepi mimbar dimanfaatkan untuk kolam di lantai. Suara gemericik air kolam memberikan suasana teduh yang dapat menambah ketenangan ketika beribadah.
Dinding di belakang mimbar juga dibiarkan terbuka sehingga jama’ah dapat menikmati pemandangan Padalarang yang menyegarkan.
Didirikan di atas lahan seluas 1.100 meter persegi, masjid berkapasitas 1.500 jama’ah ini selain menjadi tempat ibadah juga menjadi tujuan wisata tak hanya bagi para sekitar Bandung dan Jakarta tetapi juga mancanegara.
Berikut Untuk Detail foto di dalam masjidnya :

PANAS!!! KONDOM PERISA ZAM ZAM



"Keep the Satan away during Intercourse"... Bermaksud, "Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan". Bagi pandangan penulis, ada 'double-meaning' mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka???

Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal??? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga??? Apa pandangan para pembaca sekalian???

PURA-PURA SOLAT ELAK DICEKUP!!



Pura-pura solat elak dicekup
Seorang pengemis yang ditahan pegawai operasi.
Pura-pura solat elak dicekup
Kumpulan pengemis dan kutu rayau gembira menerima makanan percuma.
GEORGETOWN - Seorang wanita warga asing berpura-pura solat hampir 30 minit bagi mengelakkan dia ditahan penguatkuasa ketika operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, taktik wanita itu tidak mampu memperdaya penguatkuasa daripada menangkapnya kerana bergelandangan di sekitar Masjid Kapitan Keling, semalam.

Bukan wanita itu sahaja cuba memperdaya, tetapi ada juga yang memberitahu kehadiran mereka adalah bertujuan membayar zakat kepada amil di masjid itu yang dilantik kerajaan.

Tidak cukup itu, ada juga yang menyembunyikan diri di dalam tandas masjid dengan harapan mereka tidak ditahan, namun kecekapan penguatkuasa membuatkan mereka tewas dengan lakonan itu.

Kesemua mereka adalah antara 42 pengemis dan kutu rayau yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau.

Operasi berkenaan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Ikatan Relawan Malaysia (Rela), penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada mulanya, operasi itu hampir terbantut apabila seorang remaja mengejutkan orang ramai dengan menjerit "Lari..lari...selamatkan diri...depa dah mai dengan trak.”

Kebanyakan mereka ketika itu sedang menunggu sumbangan makanan yang disedekahkan peniaga sekitar sebelum solat Asar menjadi kecoh apabila remaja berkenaan mengejutkan mereka terdapat operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

Ada yang berlari, ada yang terpaksa menolak laju kerusi roda dan ada kanak-kanak yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa mereka.

Ada antara mereka tidak sempat membawa sekali beg pakaian, bantal dan pelbagai peralatan lain yang diletakan di ‘perkampungan sementara’ apabila melihat kelibat pihak berkuasa, semalam.

Operasi bersepadu dilakukan selamat mendapat maklumat pengemis dan kutu rayau yang semakin berleluasa di beberapa kawasan negeri ini terutamanya di bulan Ramadan.

Ketua Operasi, Khairul Amri Ahmad berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kira-kira 42 orang pengemis dan kutu rayau yang berada di sekitar kawasan Masjid Kapitan Keling.

Menurutnya, selain Masjid Kapitan Keling, beberapa lokasi tumpuan lain kumpulan turut diserbu antaranya di sekitar Lebuh Queen, Jalan Penang dan Padang Kota Lama.

“Kita menerima aduan dari orang ramai dan peniaga yang mengadu terasa terganggu dengan kehadiran kumpulan pengemis dan gelandangan ini.

“Memang setiap kali bulan Ramadan mereka akan berkumpul di sekitar kawasan masjid ini bagi menantikan orang ramai yang ingin bersedekah dan memberikan makanan percuma namun tindakan kumpulan pengemis dan kutu rayau ini yang berkampung di kawasan kaki lima kedai berhampiran masjid membuatkan peniaga di sekitar kawasan itu tidak selesa,” katanya kepada media  ketika ditemui selepas selesai operasi berkenaan.

Khairul berkata, ada di antara pengemis dan kutu rayau  yang ditahan pernah diselamatkan sebelum ini.

"Ada juga sanggup datang Kedah, Perlis dan Perak semata-mata mahu mengharapkan ihsan orang ramai sempena bulan Ramadan," katanya.

Sementara itu, bagi yang diselamatkan, Khairul berkata, pihaknya akan mengenal pasti latar belakang mereka terlebih dahulu termasuk menghubungi ahli keluarga mereka untuk memaklumkan perkara ini segera.

"Bagi kes yang tidak mempunyai ahli keluarga kita dan perlu diberikan perlindungan kita akan tempatkan di beberapa institusi kebajikan buat sementara yang akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.sumber

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story