Gambar-Gambar Lucu Dan Nakal Kanak-Kanak Ketika berada Dengan Wanita

Lihat sahaja kelakuan nakal kanak-kanak sewaktu berada dengan orang dewasa..apa yang mereka lakukan dan apa kah persaan mereka pada masa itu..saksikannya..cekidot..









‘Tiada Kaitan Dengan Perkahwinan Saya’ - khairul fahmi



PENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat menepis dakwaan bahawa tumpuannya terjejas ekoran persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada penghujung Disember depan.

Namun pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu tanpa berselindung mengakui dirinya menjadi punca utama kekalahan 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Singapura pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek didakwa membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola pada minit ke-37 hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum disambar Shahril Ishak untuk gol kedua Singapura pada perlawanan tersebut.

Persembahan goyah Apek dalam pertemuan itu telah mengundang resah peminat biarpun penjaga gol utama Harimau Malaya itu kembali fokus pada separuh masa kedua.

“Saya bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Begitupun, ia tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana gagal membantu skuad negara mencatatkan kemenangan ketika menentang Singapura dan berjanji akan kembali bangkit selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Untuk rekod, Apek, 23, yang merupakan penjaga gol utama Kelantan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau mesra dengan panggilan Leuniey pada 28 Disember ini.

Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos malam esok.

“Inilah bola sepak. Kadang-kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak.

“Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan, tambahan pula menjadi tuan rumah kejohanan.

“Jadi, kita sebagai peminat haruslah memberikan semangat bukan sekadar mengkritik tak kena pada tempatnya.

“Jangan mudah menghukum Apek hanya disebabkan satu kesilapan sedangkan sebelum ini dia banyak membantu skuad negara,” ujar Sharbinee yang pernah menjadi mangsa kecaman peminat akibat beberapa kesilapan mudah yang dilakukan.sumber

‘Saya Suka Main Patung Barbie’: Bung Mokhtar





Erk.


Ini bukan entri politik...cuma saja nak bercerita kisah kenakalan Bung Mokhtar Radin ni...


Siapa Bung Mokhtar ni? Kalau yang ikut perkembangan politik, kenal sangat la...

Untuk yang x kenal, beliau ialah ahli Parlimen Kinabatangan merangkap suami pelakon gebu, Zizie Izette.


Kisahnya, semalam, pada jam 8.50 malam, Bung Moktar telah memuat naik status yang agak lucu di Twitter.


Status pelik dan lucu untuk seorang ahli politik seperti beliau.




“Saya sangat suka mengumpul teddy bear dan bermain dgn anak patung barbie.So cute!” tulis Bung Moktar. 



Apalagi. berdesup la orang retweets sebanyak 133 dan ‘favorites’ sebanyak 7.

Namun, 8 minit kemudian....




“Ini zizie izette punya kerja..kelakar betul..,” tulisnya.


Eh, berguraulah plak...yelah...usik mengusik la kot...


Semoga berbahagialah handaknya pasangan suami isteri ini......

P/s: Usik mengusik membawa bahagia...sumber

Cara Kenakan Kawan-Kawan Guna Burger!


Ada sesetengah spesis kawan2 yang memang kita rasa menyampah dan geram je...iaitu spesis yang perangai ntahpapa...suka cakap besar...dia je nak menang..dia je hebat...dia je kuat..perasan cantik or macho...dan lain2 lagi...

Geram kan? xpe, ada cara nak kenakan spesis2 kawan camgini...kehkehkeh...cuba tengok di bawah ni...





























Nampak sedap bukan? haha...btw, x baik tau buat camgini....takut2 ada yang mati tercekik je...kehkehkeh!

Imej Lembaga Lidah Terjelir Dirakam



Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam.


KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.-Snr

Air Kencing Tikus – Penyebar Maklumat Palsu WWSA DiCari




Terkini, para penyebar maklumat palsu berita kematian tiga kanak-kanak akibat serangan virus kencing tikus selepas mandi di taman tema air Wet World Shah Alam (WWSA), akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut info, pihak pengurusan WWSA akan mengambil tindakan itu terhadap individu terbabit yang dipercayai cuba menjatuhkan reputasi syarikat berkenaan.

Timbalan Pengurus Besar, Only World Group (OWG), Timothy Lee, berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas mendapati dakwaan itu tidak berasas.

“Jika benar perkara ini berlaku, kenapa tidak ada seorang pun keluarga mangsa tampil berjumpa kami. Saya cuba menghubungi individu yang terbabit di Facebook, tetapi gagal kerana akaun itu sudah tidak aktif dan pemegang akaun pula tidak meletakkan gambar?

“Ini satu fitnah yang cuba jatuhkan WWSA supaya tiada pengunjung datang ke sini lagi untuk beriadah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Kelmarin, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fasya Mansor mendakwa anak perempuan kepada rakannya meninggal dunia minggu lalu akibat diserang virus berkenaan selepas mandi di sana.

Diberitakan pemilik akaun berkenaan turut melarang orang ramai daripada berkunjung ke taman tema itu. Individu terbabit juga mendakwa beberapa hari selepas kejadian, dua lagi anak rakannya meninggal dunia dijangkiti virus itu selepas mandi di WWSA.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. 

Sumber: Berita harian

Gelaran Wak Lan Ganti Mat Yo?




NAMA mempunyai pengaruh yang signifikan dalam kehidupan seseorang individu termasuk nama panggilan khususnya bagi mereka yang terkenal atau seorang bintang.

Kemasukan penyerang kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha ke Harimau Selatan secara sah Selasa lalu, dilihat memperkukuhkan barisan pemain Johor, sekali gus memberi perkhabaran gembira buat peminat fanatik bola Johor.

Pengerusi Johor Fan Club, Ghazali Samad berkata, susulan kemasukan Norshahrul Idlan, yang sebelum ini dikenali sebagai Mat Yo, sebanyak 434 respons peminat diterima yang memberi jolokan baru buat Pemain Paling Bernilai tiga kali berturut-turut itu.

“Nama gelaran ini biasanya diberi oleh peminat, kami yang menggelarkannya dan akan menjadi ikutan.

“Ia datang secara spontan menerusi laman Facebook kelab dan diterima semua peminat yang melihat perlu ada nama jolokan baru yang lebih sinonim dengan peminat di Johor.

“Nama Wak Lan, dimana Wak itu yang berasal dari Jawa yang majoriti penduduk di negeri ini dan Lan diambil dari nama terakhir beliau Idlan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghazali berkata, nama gelaran baru itu seakan memberi perubahan dan kebangkitan yang membawa harapan 27,243 peminat bernaung di bawah FB kelab.

Katanya, pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak mempunyai masalah dengan nama tersebut kerana mereka menggunakan nama rasmi dalam sebarang urusan.

Norshahrul Idlan mengesahkan penyertaan mewakili Johor selepas menandatangani kontrak secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara, Selasa lalu, selepas beberapa jam Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pemain itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.

Piala Suzuki AFF: Malaysia Tewaskan Indonesia 2-0






BERIKUT adalah keputusan Piala AFF Suzuki kumpulan B, di antara Malaysia dan Indonesia, Sabtu:

Malaysia 2-0 Indonesia

Jaringan : Azamuddin Akil - m-26, Mahali Jasuli - m-29

Singapura 4-3 Laos

Malaysia menjadi naib juara Kumpulan B sekaligus bakal bertemu juara Kumpulan A, Thailand pada aksi separuh akhir nanti.

Manakala Singapura juara Kump B akan bertemu Filipina.

Izyan Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua




Tunjuk ajar daripada chef dan ilmu yang dikutip sepanjang berada dalam program tersebut telah digunakan Izyan dalam pertandingan akhir itu dan bersyukur semua usaha kerasnya telah membawa hasil. Foto ROHAIZAT DARUS.



SHAH ALAM: Pegawai Geologi, Izyan Hani dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia musim kedua pada pertandingan akhir program itu yang berlangsung pada malam Sabtu.

Kemenangan Izyan melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic.

Mengulas kemenangannya, Izyan berkata, tunjuk ajar daripada chef dan ilmu yang dkutip sepanjang berada dalam program tersebut telah digunakan sebaiknya dalam pertandingan akhir itu dan bersyukur semua usaha kerasnya telah membawa hasil.

“Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim kedua merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya.

"Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi.

"Semua pengalaman itu saya curahkan dalam pertandingan akhir dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya," katanya.

Pada episod terakhir yang siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) itu, Izyan berentap dengan dua peserta lelaki iaitu Ng Yeong Hong (Ah Hong) dan Muhd Fazrul Nizam Anas Anizan (Along).

Dalam pada itu, Izyan berkata, persaingan di antara mereka cukup sengit kerana Ah Hong dan Along mempunyai kelebihan masing-masing.



Tiga peserta akhir iaitu Ah Hong (kiri) Izyan dan Along (kanan) telah memberikan persaingan sengit.



Bagaimanapun kata Izyan dia berasa bangga dapat berentap dengan mereka diperingkat akhir program itu.

"Bersaing dengan mereka pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana mereka merupakan tukang masak yang hebat," katanya.

Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta dikehendaki menyediakan dua jenis hidangan yang mempunyai elemen dan suntikan citarasa Malaysia.

Tiga jam diberikan bagi menyiapkan kesemua hidangan untuk dinilai oleh 15 juri profesional termasuk juri tetap MasterChef Malaysia Musim Kedua iaitu Chef Joe, Chef Adu dan Chef Zubir.

Antara juri profesional yang dijemput adalah Datuk Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Zaishahrizal Zamani dan Perunding Makanan, Prof Madya Dr Shahrim Karimady.

Izyan menyediakan menu yang diberi nama Suria Kasih iaitu daging tenderlion, kekapis bersama pucuk paku bersos kari hijau serta sari buah delima dan salad segar.

Manakala pencuci mulut Bulan Merindu iaitu kek kukus coklat bersama crumble, strawberi serai dihidang bersama gramita tembikai berpudina.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, MasterChef Malaysia telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton sepanjang 70 episod yang telah ditayangkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku penaja utama MasterChef Malaysia dan MyChef sebagai penaja bersama.

"Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan" ujarnya.

Ibu Rindu Tidur Bersama Diana Danielle



Diana dan Farid telah dinikahkan pada 3 November lalu.



PUTRAJAYA: Ibu kepada pelakon Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli mengakui rindukan saat-saat indah bersama dengan anaknya, yang kini sudah bergelar isteri kepada aktor Farid Kamil.

Norsiah berkata, sebelum Diana berkahwin pada 3 November lalu, mereka sering tidur bertiga bersama-sama dengan anak angkatnya, Halley Hayden, namun semua itu kini hanya menjadi kenangan sahaja.

"Dari dulu lagi, Diana seorang yang manja dan sampai dia besar kami tidur bersama walaupun terdapat beberapa bilik di rumah.

"Namun, sejak Diana mendirikan rumah tangga, terasa macam tak cukup 'korum' pula. Mungkin inilah perasaan seorang ibu apabila anak perempuan mereka berkahwin," katanya,

Tambah Norsiah dia juga mengakui bahawa dirinya masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk melepaskan Diana kerana banyak lagi tanggungjawabnya sebagai ibu yang masih lagi belum dilunaskan.


Norsiah (kiri) berharap farid dapat menjaga Diana sebaik mungkin.



"Banyak perkara yang ingin saya lakukan untuknya, tetapi jodoh itu ketentuan Allah bukan. Sayu rasanya apabila satu-satunya anak perempuan kita berkahwin.

"Tetapi pada masa yang sama, saya turut bahagia kerana Diana dapat hidup dengan lelaki yang dicintainya. Saya harap Farid dapat menjaga Diana sebaik mungkin," tuturnya.

Bagaimanapun, Norsiah berkata, dia masih lagi menguruskan hal-hal berkaitan kerjaya anaknya itu," ujarnya.

Diana, 21, dan Farid, 31, yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.

Pada Sabtu lalu, pasangan itu telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Taman Ekuestarian Putrajaya.

Majlis resepsi kedua pula akan diadakan di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah. Bagaimanapun pasangan itu belum menetapkan tarikh.


Mizz Nina Dirompak




Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya Mizz Nina telah memuatnaik gambar kereta miliknya yang telah dipecahkan cermin.

Menurut Mizz Nina lagi, beliau telah dirompak ketika berada di satu persimpangan lampu isyarat. Berikutan itu, beliau telah kehilangan beg tangan yang diletak ditempat duduk pemandu.



Menurut Mizz Nina, beliau berharap wanita2 di luar sana berhati2 ketika memandu..terutamanya bersendirian..jangan letakkan beg tangan atau barang berharga di sebelah tempat duduk pemandu.
Di khuatiri ia menarik minat perompak di luar sana.

Zaman sekarang ni orang sanggup buat apa saja kerana duit.Berhati2lah.

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story