Air Kencing Tikus – Penyebar Maklumat Palsu WWSA DiCari




Terkini, para penyebar maklumat palsu berita kematian tiga kanak-kanak akibat serangan virus kencing tikus selepas mandi di taman tema air Wet World Shah Alam (WWSA), akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut info, pihak pengurusan WWSA akan mengambil tindakan itu terhadap individu terbabit yang dipercayai cuba menjatuhkan reputasi syarikat berkenaan.

Timbalan Pengurus Besar, Only World Group (OWG), Timothy Lee, berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas mendapati dakwaan itu tidak berasas.

“Jika benar perkara ini berlaku, kenapa tidak ada seorang pun keluarga mangsa tampil berjumpa kami. Saya cuba menghubungi individu yang terbabit di Facebook, tetapi gagal kerana akaun itu sudah tidak aktif dan pemegang akaun pula tidak meletakkan gambar?

“Ini satu fitnah yang cuba jatuhkan WWSA supaya tiada pengunjung datang ke sini lagi untuk beriadah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Kelmarin, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fasya Mansor mendakwa anak perempuan kepada rakannya meninggal dunia minggu lalu akibat diserang virus berkenaan selepas mandi di sana.

Diberitakan pemilik akaun berkenaan turut melarang orang ramai daripada berkunjung ke taman tema itu. Individu terbabit juga mendakwa beberapa hari selepas kejadian, dua lagi anak rakannya meninggal dunia dijangkiti virus itu selepas mandi di WWSA.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. 

Sumber: Berita harian

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story