Ibu Rindu Tidur Bersama Diana Danielle



Diana dan Farid telah dinikahkan pada 3 November lalu.



PUTRAJAYA: Ibu kepada pelakon Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli mengakui rindukan saat-saat indah bersama dengan anaknya, yang kini sudah bergelar isteri kepada aktor Farid Kamil.

Norsiah berkata, sebelum Diana berkahwin pada 3 November lalu, mereka sering tidur bertiga bersama-sama dengan anak angkatnya, Halley Hayden, namun semua itu kini hanya menjadi kenangan sahaja.

"Dari dulu lagi, Diana seorang yang manja dan sampai dia besar kami tidur bersama walaupun terdapat beberapa bilik di rumah.

"Namun, sejak Diana mendirikan rumah tangga, terasa macam tak cukup 'korum' pula. Mungkin inilah perasaan seorang ibu apabila anak perempuan mereka berkahwin," katanya,

Tambah Norsiah dia juga mengakui bahawa dirinya masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk melepaskan Diana kerana banyak lagi tanggungjawabnya sebagai ibu yang masih lagi belum dilunaskan.


Norsiah (kiri) berharap farid dapat menjaga Diana sebaik mungkin.



"Banyak perkara yang ingin saya lakukan untuknya, tetapi jodoh itu ketentuan Allah bukan. Sayu rasanya apabila satu-satunya anak perempuan kita berkahwin.

"Tetapi pada masa yang sama, saya turut bahagia kerana Diana dapat hidup dengan lelaki yang dicintainya. Saya harap Farid dapat menjaga Diana sebaik mungkin," tuturnya.

Bagaimanapun, Norsiah berkata, dia masih lagi menguruskan hal-hal berkaitan kerjaya anaknya itu," ujarnya.

Diana, 21, dan Farid, 31, yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.

Pada Sabtu lalu, pasangan itu telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Taman Ekuestarian Putrajaya.

Majlis resepsi kedua pula akan diadakan di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah. Bagaimanapun pasangan itu belum menetapkan tarikh.


1 comments:

Unknown said...

tahniah kepada mereka...^^

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story