Benarkah ?? Kita Jatuh Cinta 4 Kali Seumur Hidup

Empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, namun cintanya tidak berbalas. 

Berapa jumlah bekas kekasih anda? Mungkin anda akan menjawab dua, lima, bahkan mungkin 10. Namun, jumlah bekas kekasih ternyata tidak menunjukkan berapa kali anda jatuh cinta. Menurut kajian Opera North, rata-rata orang jatuh cinta empat kali dalam hidupnya.

Hasil kajian opera company ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan orang memutuskan untuk bernikah pada usia 27 tahun, dan 33 peratus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Namun, empat dari 10 orang mengaku berkahwin dengan kekasih kedua, dan 61 peratus orang menyesal kerana membiarkan hubungan dengan cinta pertamanya pergi.

Seperti yang dialami kebanyakan orang, usia 20-an adalah waktunya mencari pasangan (tepatnya mencari cinta), terlihat dari lapan dari 10 orang mengalaminya. Kemudian, empat dari 10 orang jatuh cinta di usia 30-an, dan bahkan pertiga daripada 2,000 orang yang disurvei masih mencari cinta di usia 40-an. Sepertiga orang juga mengaku pernah jatuh cinta dengan lebih daripada satu orang pada masa yang sama.


Sayangnya, kita juga harus menghadapi kenyataan. Terbukti, empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, tetapi cintanya tidak berbalas. Sepertiga orang yang disurvei pernah berniat kembali dengan bekas kekasih, tetapi hanya satu daripada tiga yang berjaya melakukannya.

Yang menarik, terungkap juga bahawa 41 peratus orang mengalami "cinta terlarang" kerana jatuh cinta dengan orang yang seharusnya tidak mereka miliki, seperti rakan kerja, rakan baik, orang asing, bahkan orang tua teman. Ya, kita tidak boleh memilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan (demikian menurut 77 peratus orang yang disurvei)?sumber

Fenomena Sungai Qiantan Saat Pasang,Ombaknya Mencapai 9 Meter



Sungai Qiantan di China adalah merupakan salah satu sungai terunik di dunia, apa keunikan sungai ini? Keunikannya adalah sungai ini boleh mengalami pasang surut seperti layaknya lautan, ketika pasang sungai ini dapat mengeluarkan omba hingga 10 meter. Kerana keunikannya inilah tempat ini sering di datangi oleh para pelancong tempatan mahupun luar negara.

Suatu petang di tahun 2011 silam, saat banyak pelancong melawat sungai ini dan berkumpul di tepi sungai tersebut untuk menyaksikan fenomena alam di sungai ini, tiba-tiba muncullah ombak yang sangat besar bahkan tingginya mencapai 9 meter. Tiba-tiba yang hadir di tempat tersebut lari tunggang langgang kerana munculnya ombak yang sangat besar tersebut. Seorang jurukamera sempat mengabadikan peristiwa ini, beriut ini foto-fotonya.

















Gambar: Ella Terbang Bersama Suami Tercinta


Gambar: Ella Terbang Bersama Suami Tercinta

Selepas penyanyi rock negara, Ella berkahwin dengan Azhar, kehidupannya boleh dikatakan semakin bahagia dan ceria.
Wajahnya juga tidak pernah lekang dengan senyuman dan tawa riang.
Baru-baru ini, Ella telah memuat naik gambar-gambarnya yang menjadi ‘Pilot’ sementara di profil Instagramnya.
Ella telah berpeluang membawa kapal terbang di sisi suaminya yang juga seorang juruterbang syarikat penerbangan terkemuka Malaysia.
Jom layan…

Oleh: SORAYA IMAN
Sumber Foto: Instagram Ella

Pengantin Baru Berusia 18 Tahun Minta Dikhatankan


Pengantin Baru Berusia 18 Tahun Minta Dikhatankan
BALING – Pengantin baru antara salah seorang dari 21 peserta Majlis Khatan sempena Program Jom Jelajah Kampung di Kampung Lubuk Legong di sini, baru-baru ini.
Jabbar Kamaruddin, 18, yang baru melangsungkan perkahwinannya dua bulan lalu merupakan masyarakat Orang Asli Kensiu.
Dia yang hanya bekerja kampung itu merupakan peserta tunggal yang sudah berkahwin berbanding peserta lain yang berumur antara lapan sehingga 10 tahun.
Katanya, keputusannya untuk berkhatan adalah dari dirinya sendiri bukannya dipaksa oleh keluarga mahupun orang lain.
“Hati saya terdetik untuk berkhatan sama seperti rakan sebaya. Semua mereka berkhatan. Jadi, mengapa saya tidak tidak. Lagipun, berkhatan ini juga bertujuan untuk membersihkan diri,” katanya.
Jabbar yang tinggal di Kampung Lubok Legong itu berkahwin dengan pasangannya, Mahzun Husniah, 16, yang berasal dari Desa Permai Tasik Banding, Perak.
Menurutnya, dia tidak malu diraikan termasuk dimandikan bersama kanak-kanak lain sempena majlis khatan itu.
“Menjadi perkara biasa setiap peserta khatan dimandikan bersama. Tiada apa yang dimalukan. Lagipun, saya gembira kerana diraikan termasuk diarak dengan paluan kompang.
“Sekurang-kurangnya, saya dapat merasai nikmat majlis berkhatan walaupun jauh lebih berumur dari peserta lain,” katanya.
Katanya, rakan-rakan termasuk ahli keluarganya turut memberikan sokongan kepadanya agar berkhatan pada tahun ini.
“Niat saya untuk berkhatan disambut baik oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka tidak mengejek tetapi menyokong.
“Selain itu, saya banyak membaca mengenai kebaikan berkhatan ini. Yang penting ia merupakan kewajipan kepada setiap lelaki yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Schumacher Ucap Selamat Tinggal Kepada F1


Michael Schumacher
SAO PAULO – Michael Schumacher mengucapkan selamat tinggal kepada arena Formula Satu apabila menamatkan saingan Grand Prix Brazil di tempat ketujuh untuk pasukan Mercedes pagi tadi yang menobatkan Sebastian Vettel sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut.
Secara kebetulan tempat ketujuh itu adalah sama ketika dia bermula di petak ketujuh pada kemunculan pertama kali dalam sukan itu di Belgium pada 1991 untuk pasukan Jordan yang sudah tidak wujud lagi.
Malah juara dunia tujuh kali itu memakai nombor tujuh pada perlumbaan di Litar Interlagos pagi tadi.
Selepas membabitkan diri selama 21 tahun, dia dianggap pemandu paling berjaya dalam sejarah Formula Satu apabila mencatat 91 kemenangan, Schumacher mampu bertahan sehingga berusia 43 tahun. – Reuters.

GAMBAR: Selebriti Di Party Eh! 2012


Selebriti Di Party Eh! 2012
Saban tahun, majalah Eh! pasti mengadakan Party Eh! 20 Yang Anggun & Disenangi bagi meraikan barisan selebriti popular dan pembaca setia mereka.
Acara santai yang bertemakan warna pop kali ini diadakan di The Pool, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada malam tadi.
Dianjurkan buat kali ke-13, majlis itu dibarisi dengan pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio yang amat hot dan berbakat besar.
Antara selebriti kacak dan bintang jelitawan yang hadir adalah Zizan Razak, Pekin Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Nur Fathia Latiff, Fouziah Gous dan ramai lagi.
Lihat beberapa keping gambar dibawah. Nampaknya semua tidak mahu kalah dalam busana masing-masing.










Oleh: KASIH ISA
Gambar: Budiey.com

Izreen Enggan Terlalu Teruja Hamil Anak Pertama

Izreen Azminda

KUALA LUMPUR – Berita yang dirinya hamil anak pertama membuatkan pelakon wanita, Izreen Azminda enggan terlalu teruja dengan berita gembira itu.
Izreen yang sebelum ini mengalami kesakitan di sekitar bahagian perutnya berasa teruja selepas di sahkan hamil oleh doktor.
Namun, dia enggan perasaan kerterujaan itu keterlaluan kerana bimbang perkara tidak elok mungkin berlaku memandangkan kehamilannya itu masih lagi di peringkat awal.
“Mula-mula saya rasa sakit di bahagian perut, ingatkan sebab nak datang bulan. Tapi bila dah berhari-hari tak juga datang, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan di klinik sakit puan. Bila doktor sahkan saya hamil lima minggu, saya merasa begitu terkejut dan gembira sangat.
“Lepas dapat tahu perkara tersebut, orang pertama yang saya hubungi adalah keluarga.”
“Tapi saya tak nak terlampau teruja, sebab orang tua-tua ada cakap, tak elok gembira sangat sebab kandungan masih di peringkat awal. Macam mana pun saya tetap bersyukur dan tak sangka dengan rezeki ini,” kata Izreen yang dipetik dari portal OhBulan!.
Menceritakan keadaan dirinya sebelum disahkan hamil, Izreen memberitahu emosinya sering berubah dalam satu-satu masa.
Izreen mengakui dirinya cepat untuk marah sekiranya sesuatu perkara tidak menyenangkan dirinya.
Pada permulaannya, dia berfikir kesan emosinya yang mudah berubah disebabkan pembawakan watak dalam drama Sofia.
Tetapi, selepas disahkan hamil, barulah Izreen mengetahui punca emosinya yang tidak stabil ketika itu.
“Sebelum ini ada tanda-tanda saya cepat marah dan emosi mudah terganggu.
“Mula-mula saya ingatkan sebab pembawakan karakter ‘Sofia’ dalam drama Julia. Tapi rupa-rupanya disebabkan oleh pembawakan budak,” katanya.
Walaupun masih lagi mengandung di peringkat awal, Izreen tidak membataskan dirinya untuk tidak bekerja memandangkan dia tidak betah untuk duduk diam sahaja.
Pun begitu, dia akan mengurangkan jadual kerjanya apabila sudah memasuki fasa kehamilan seterusnya selepas ini.
Berita kehamilannya berusia lima minggu dihebahkan kepada peminat-peminatnya di profil Instagramnya sejurus selesai melakukan pemeriksaan doktor.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Tahun

Pengeluaran KWSP

KUALA LUMPUR – Polisi yang membenarkan anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun adalah dikekalkan pada masa ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau bagaimanapun berkata, cadangan daripada banyak pihak untuk menaikkan umur bagi pengeluaran penuh simpanan KWSP adalah selaras dengan pelaksanaan umur persaraan minimum pada usia 60 tahun.
“Ini adalah selepas Akta Umur Persaraan Minimum 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Jun lalu dan dibentangkan di Dewan Negara pada 16 Julai lalu.
“Oleh kerana Skim KWSP adalah suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja, maka adalah wajar pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun.
“Tujuannya adalah untuk memastikan anggota mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan sara hidup mereka apabila tidak bekerja,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Idris ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan peraturan pengeluaran wang KWSP secara keseluruhan pada usia 60 tahun berbanding pada usia persaraan 55 tahun yang dilaksanakan pada masa ini. – BERNAMA

VIDEO: Keluhan Penyokong Kepada Rajagobal…

Keluhan Penyokong

Perlawanan bola sepak antara sukad negara, Harimau Malaya menentang negara Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam ternyata mengundang rasa sedih dan kecewa kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya.
Skuad bola sepak yang dipimpin oleh Ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal ternyata tidak mampu menyaingi mata yang dipungut oleh Singapura.
Ini kerana skuad Harimau Malaya berhadapan dengan kekalahan 0-3 kepada Singapura.
Kesan dari perlawanan itu bukan sahaja dirasai oleh Rajagobal, tetapi juga penyokong-penyokong tegar Harimau Malaya.
Penyokong-penyokong di bawah kumpulan Ultras Malaya semalam tidak mampu menahan rasa sedih dan kecewa di atas kekalahan skuad kebangsaan negara itu semalam.
Yang disalahkan adalah Rajagobal yang dikatakan menjadi punca Harimau Malaya ‘dimalukan’ di tanah air sendiri.
Ramai penyokong Ultras Malaya mempersoalkan kewajaran Rajagobal dalam memilih pemain yang sepatutnya beraksi di atas padang.
Kata mereka, maruah mereka sebagai penyokong Harimau Malaya dan rakyat Malaysia telah tercalar kerana kalah dengan Singapura.
Banyak jugalah keluhan dan persoalan yang mereka timbulkan kepada Rajagobal.
Cuba dengar ‘kekecewaan’ mereka hinggakan menuntut Rajagobal menebus maruah mereka yang sudah hilang.
Video: 

Oleh: SORAYA IMAN

Fakta-fakta Penting Berkaitan Lynas


Fakta-fakta Penting Berkaitan Lynas
FAKTA LYNAS
Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.
Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.
Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.
Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:
Perkara 1
Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.
Perkara 2
Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 – 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.
Perkara 4
Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.
Perkara 5
Kenapa Tidak Australia?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.
Kenapa Tidak China?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk ‘logam nadir’.
Kenapa Tidak Kemaman?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.
Kenapa Gebeng?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
Bekalan air yang mencukupi.
Wujud tenaga kerja mahir.
Kos operasi yang kompetitif secara global.
Perkara 6
Pengurusan Bahan Sisa.
Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.
Perkara 7
Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).
Perkara 8
Faedah:
Kewangan – Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
Tenaga Kerja – Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
Fasa Pembinaan- Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
Aktiviti Perintis Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.sumber

Ketua Pengarah Kesihatan Digantung Kerja


Ketua Pengarah Kesihatan Digantung Kerja
PUTRAJAYA – Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan Isnin memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
“SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.-BERNAMA
p/S: Jawatan besar, gaji besar, masih wak kerja terkutuk lagi... nikah jela. jeng.. dah mampu sgt.

2 Penyampai Berita Dilarang Bertugas Bersama

2 Penyampai Berita Dilarang Bertugas Bersama

London – Mereka digandingkan bersama dalam rancangan Beeb’s 24, namun malangnya, kedua-dua penyampai berita yang popular di stesen penyiaran BBC ini jatuh cinta.
Apa yang menjadi masalah ialah Tim Willcox dan Sophie Long, masing-masing sudah berkahwin.
Keadaan ini memaksa pihak pengurusan BBC mengambil tindakan drastik dengan melarang mereka digandingkan bersama di kaca televisyen untuk sementara waktu.
Sophie, 35, dan Wilcox, 49, juga bakal membuat keputusan pada minggu depan sama ada kekal dengan pasangan masing-masing atau bercerai.
Hubungan cinta itu agak mengejutkan kerana Willcox turut dijemput ke majlis perkahwinan Sophie yang diadakan dua tahun lalu.
Sophie dilaporkan telah memaklumkan kepada suaminya, Will Green yang juga seorang pengarah jualan di sebuah syarikat kapal layar bahawa perkahwinan mereka telah berakhir.
Manakala Willcox, yang terkenal dengan cara tersendiri ketika mengendalikan rancangan temubual, telah memaklumkan kepada isterinya, Sarah bahawa dia jatuh cinta dengan Sophie.
Willcox yang mempunyai empat anak itu merupakan satu-satunya wartawan asing yang berjaya menemubual Presiden Chile, Sebastian Pinera.
Dia juga terkenal dengan laporan agresif ketika pelombong di Chile terperangkap di bawah tanah.pada 2010.
Kefasihannya dalam bahasa Sepanyol telah memberikan kelebihan kepada Willcox dalam membuat liputan berita berkenaan untuk BBC

Tayang Buah Punya Pasal Dah Kena Tegur!


Tayang Buah Dada Punya Pasal Dah Kena Tegur!
Selalunya, apabila kita menonton rancangan masakan, pastinya tukang masak atau Chef dalam rancangan itu akan berpakaian elok dan tertutup rapi.
Berpenampilan kemas sememangnya penting dalam bidang masakan.
Tetapi berbeza bagi seorang Chef yang berasal dari Indonesia.
Chef Farah Quinn adalah seorang Chef yang terlalu seksi sewaktu memasak.
Pada 5 Februari 2012, Chef Farah telah tampil dalam sebuah rancangan memasak iaitu ‘Ala Chef’ di mana siarannya selama 30 minit ditayangkan.
Selama ia bersiaran, penampilan Chef Farah telah mengganggu konsentrasi para penonton sewaktu menonton rancangan itu.
Kenapa? Sebabnya adalah kerana pakaian Chef Farah menampakkan lurah buah dada dan sebahagian asetnya itu!
Kerana tidak mahu menerima reaksi negatif dari para penonton, Komisi Penyiaran Indonesia (KPI), sebuah badan bertanggunjawab terhadap penyiaran di Indonesia telah mengeluarkan surat teguran kepada Chef Farah dan stesen pengeluar rancangan itu, Trans TV.
Surat teguran itu telah dikeluarkan pada 14 Februari, 11 hari selepas rancangan itu disiarkan dan memberi amaran agar sesi ulangan rancangan itu tidak ditayangkan semula.
Menyelusuri kisah hidup Chef seksi itu, Chef Farah dilahirkan di Bandung dan bekerja sebagai model, selebriti dan juga Chef masakan.
Chef yang diberi julukan ‘Chef Seksi’ itu mempunyai pendidikan dalam bidang kulinari dari Institut Kulinari Pittsburgh dan menjadi popular di Amerika Syarikat melalui masakan berunsurkan ‘Fusion Cuisine’.
Walaupun sudah mempunyai pendidikan dalam bidang kulinari, Chef Farah juga mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan dari Indiana University of Pennsylvania selepas didesak oleh bapanya untuk mendalami bidang pengurusan kewangan.
Tapi, apa-apa pun, berpakaian seksi tidak menjaminkan masakan yang kita tampilkan berjaya menarik minat penonton. Tak gitu?
Oleh: SORAYA IMAN
Sumber: semuthitam80.blogspot

Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat


Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat
Di beberapa laman sosial ketika ini, kecoh mengatakan yang penyanyi, Yuna membuka tudung semasa berada di Amerika.
Tetapi jangan salah faham kerana itu semua adalah terjadi secara tidak sengaja.
Sebenarnya tudung Yuna terlucut daripada kepala sewaktu dia sedang melompat untuk merakamkan gambar.
Anda semua pun tahu yang Yuna memang tidak pernah berpisah dengan camera.
Ada saja momen-momen indah yang ingin dirakamnya. Sebab itulah dia dipilih sebagai duta Canon.
Sementara itu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia menjalani satu sesi fotografi di kawasan berpasir dan berangin.
Ketika melakukan lompatan, dengan tidak sengaja tudung Yuna tertanggal sehingga menampakkan rambutnya.
Namun demikian jika diamati pada gambar berkenaan, pakaian Yuna amat berbeza dengan gambar yang pertama dan kedua.
Malah gambar itu tidak langsung menampakkan wajah Yuna.
Tidak pasti sama ada terdapat sesetengah individu yang ingin mensabotaj Yuna atau sebaliknya.
Apa-apa jika benar ia adalah Yuna, diharapkan selepas ini dia akan lebih berhati-hati.
Oleh: KASIH ISA

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story