Izreen Enggan Terlalu Teruja Hamil Anak Pertama

Izreen Azminda

KUALA LUMPUR – Berita yang dirinya hamil anak pertama membuatkan pelakon wanita, Izreen Azminda enggan terlalu teruja dengan berita gembira itu.
Izreen yang sebelum ini mengalami kesakitan di sekitar bahagian perutnya berasa teruja selepas di sahkan hamil oleh doktor.
Namun, dia enggan perasaan kerterujaan itu keterlaluan kerana bimbang perkara tidak elok mungkin berlaku memandangkan kehamilannya itu masih lagi di peringkat awal.
“Mula-mula saya rasa sakit di bahagian perut, ingatkan sebab nak datang bulan. Tapi bila dah berhari-hari tak juga datang, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan di klinik sakit puan. Bila doktor sahkan saya hamil lima minggu, saya merasa begitu terkejut dan gembira sangat.
“Lepas dapat tahu perkara tersebut, orang pertama yang saya hubungi adalah keluarga.”
“Tapi saya tak nak terlampau teruja, sebab orang tua-tua ada cakap, tak elok gembira sangat sebab kandungan masih di peringkat awal. Macam mana pun saya tetap bersyukur dan tak sangka dengan rezeki ini,” kata Izreen yang dipetik dari portal OhBulan!.
Menceritakan keadaan dirinya sebelum disahkan hamil, Izreen memberitahu emosinya sering berubah dalam satu-satu masa.
Izreen mengakui dirinya cepat untuk marah sekiranya sesuatu perkara tidak menyenangkan dirinya.
Pada permulaannya, dia berfikir kesan emosinya yang mudah berubah disebabkan pembawakan watak dalam drama Sofia.
Tetapi, selepas disahkan hamil, barulah Izreen mengetahui punca emosinya yang tidak stabil ketika itu.
“Sebelum ini ada tanda-tanda saya cepat marah dan emosi mudah terganggu.
“Mula-mula saya ingatkan sebab pembawakan karakter ‘Sofia’ dalam drama Julia. Tapi rupa-rupanya disebabkan oleh pembawakan budak,” katanya.
Walaupun masih lagi mengandung di peringkat awal, Izreen tidak membataskan dirinya untuk tidak bekerja memandangkan dia tidak betah untuk duduk diam sahaja.
Pun begitu, dia akan mengurangkan jadual kerjanya apabila sudah memasuki fasa kehamilan seterusnya selepas ini.
Berita kehamilannya berusia lima minggu dihebahkan kepada peminat-peminatnya di profil Instagramnya sejurus selesai melakukan pemeriksaan doktor.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story