Perlawanan bola sepak antara sukad negara, Harimau Malaya menentang negara Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam ternyata mengundang rasa sedih dan kecewa kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya.
Skuad bola sepak yang dipimpin oleh Ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal ternyata tidak mampu menyaingi mata yang dipungut oleh Singapura.
Ini kerana skuad Harimau Malaya berhadapan dengan kekalahan 0-3 kepada Singapura.
Kesan dari perlawanan itu bukan sahaja dirasai oleh Rajagobal, tetapi juga penyokong-penyokong tegar Harimau Malaya.
Penyokong-penyokong di bawah kumpulan Ultras Malaya semalam tidak mampu menahan rasa sedih dan kecewa di atas kekalahan skuad kebangsaan negara itu semalam.
Yang disalahkan adalah Rajagobal yang dikatakan menjadi punca Harimau Malaya ‘dimalukan’ di tanah air sendiri.
Ramai penyokong Ultras Malaya mempersoalkan kewajaran Rajagobal dalam memilih pemain yang sepatutnya beraksi di atas padang.
Kata mereka, maruah mereka sebagai penyokong Harimau Malaya dan rakyat Malaysia telah tercalar kerana kalah dengan Singapura.
Banyak jugalah keluhan dan persoalan yang mereka timbulkan kepada Rajagobal.
Cuba dengar ‘kekecewaan’ mereka hinggakan menuntut Rajagobal menebus maruah mereka yang sudah hilang.
Video:
Oleh: SORAYA IMAN
0 comments:
Post a Comment