GADIS BISING SEMASA MELAKUKAN SEKS


UNIVERSITI CAMBRIDGE: Ramai pelajar perempuan Kolej Newnham, Universiti Cambridge berasa malu selepas menerima e-mel meminta mereka supaya tidak membuat bising pada lewat malam.
Meskipun bunyi bising itu tidak didedahkan dengan nyata, ramai daripada 400 pelajar kolej wanita itu menganggap teguran itu berpunca daripada suara mereka yang kuat ketika melakukan hubungan seks.
E-mel dikirim Presiden kolej, Lizzy Cole selepas menerima 30 aduan terhadap bunyi bising pada lewat malam turut meminta pelajar lebih berhati-hati melakukan aktiviti dan mengingatkan dinding bilik mereka tipis dan laluan asrama pula memantulkan gema.
Beberapa graduan terkejut apabila memikirkan jiran mendengar suara mereka ketika melakukan seks. “Apabila membaca e-mel itu, saya berasa malu, merasakan ia merujuk kepada saya,” kata seorang pelajar tahun dua.
Seorang lagi pelajar yang menginap di Newnham turut malu apabila memikirkan orang lain mendengar suaranya ketika beliau melakukan seks. “Muka saya merah padam menahan malu apabila membaca e-mel itu. “Hakikatnya, saya cuba melakukannya dengan senyap tapi sering terlupa suara yang meninggi sedikit sahaja boleh didengar pelajar lain kerana dinding kolej ini terlalu tipis,” katanya. Lizzy, 19, pelajar tahun dua jurusan sains gunaan bagaimanapun berkata, pelajar salah sangka dengan mesej yang cuba disampaikannya.
“Aduan saya terima bulan lalu kerana bunyi bising seperti suara jeritan dan muzik yang dimainkan terlalu pada lewat malam yang berlaku di kolej, bukan seperti yang mereka sangkakan. “Namun, penghuni Newnham dilabel agak liar dan ia sebenarnya tidak adil kerana senario seperti itu berlaku di semua asrama perempuan. “Kami bukan jalang tapi hanya wanita yang menjalani hidup normal,” katanya.
Pelawat lelaki dibenar menginap dua malam di kolej itu.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story