Youtube Malaysia Dilancarkan, Perjanjian Dengan MACP Untuk Artis Jana Pendapatan

Semalam, secara rasmi’nya laman yang antara paling kerap di’lawati bertapak lebih kukuh di Malaysia.
Youtube yang menjadi bahan hiburan anda semua ketika boss tiada di’pejabat kini mempunyai domain tempatan & sudah mula menyokong Bahasa Malaysia.
Ini sebenarnya sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi Youtube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.
Youtube telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube. 
Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk Youtube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di Youtube dengan karya mereka.