Bukan main berkurang..Tetapi makin bertambah..MPPP dan MPSP bukan ambil kisah pun kalau pusat-pusat haram seperti ini dibuka..tak perlu dapatkan lesen...Buat secara haram dulu..Mungkin atas arahan kot..Yang buat kerja untuk membanteras kegiatan maksiat seperti ini ialah Pihak Polis..EP rasa setahun tak habis kalau Pihak Polis rush tempat yang menawarkan perkhidmatan seperti ini tiap-tiap hari ....
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh hari ini berkata polis telah menahan 15 wanita warga China dan seorang warga Vietnam berumur sekitar 20-an dan 30-an semasa mereka sedang melayan pelanggan di pusat hiburan di Jalan Penang pada pukul 2.30 pagi ini.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat dari Ibu Pejabat Kontinjen telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai menjadi orang tengah untuk mempromosi kegiatan GRO terbabit.
Polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tonto kerana menghalang tugas polis.
Beliau menambah, “Polis bertindak atas risikan dan maklumat awam telah beberapa kali melakukan serbuan di premis yang sama namun mereka masih tidak serik meneruskan kegiatan tidak bermoral itu," katanya hari ini.
Mohd Nasir berkata siasatan polis mendapati GRO terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.
sumber
0 comments:
Post a Comment