AHLI PERNIAGAAN DI TEMUI MATI DENGAN KEDUA TANGAN DI IKAT


POLIS mengangkat mayat Boon Kian yang ditemui di ruang tamu rumahnya di Taman Impian, Alma, Bukit Mertajam semalam.
BUKIT MERTAJAM – Seorang ahli perniagaan ditemui mati di dalam rumahnya dalam keadaan terbaring dengan kedua-dua tangan diikat manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Mayat mangsa, Char Boon Kian, 49, yang memiliki ladang ternakan ayam di sini ditemui seorang pekerjanya di bilik utama tingkat atas rumah dua tingkat di Taman Impian, Alma di sini pada pukul 11.40 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharudin Mustapha ketika ditemui berkata, hasil siasatan awal, polis percaya rumah mangsa tidak dipecah masuk kerana tidak menemui sebarang petanda mengenainya.
“Polis masih menyiasat kes ini termasuk motif sebenar kejadian dan punca sebenar kematian mangsa,” katanya.
Jelasnya, polis percaya ketika kejadian, mangsa berada di rumah seorang diri manakala ahli keluarga yang lain berada di sebuah lagi rumah milik mangsa tidak jauh dari situ.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian, dia terdengar perbualan telefon antara mangsa dan ahli Skuad Ronda Sukarela kawasan itu bahawa mangsa telah diekori seorang penunggang motosikal ketika mangsa ingin pulang ke rumah minggu lalu.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story