Ingatkan selepas permohonan maaf secara terbuka oleh David Teo, tiada lagi persengketaan yang wujud di antaranya dan Saiful Apek. Namun hari ini, di dalam Harian Metro, Saiful Apek dilaporkan bakal menuntut RM200,000 daripada David Teo.
Saiful Apek mendakwa yang David Teo gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005. Selain itu, David Teo juga didakwa gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada tahun yang sama.
Menurut Saiful Apek juga, pada hari Ahad ini pada jam 2 petang, satu sidang media bersama 50 selebriti lain akan diadakan untuk menunjukkan bukti dan menuntut hak masing-masing daripada David Teo. Segala dokumen yang pernah ditandatangani akan dibawa sekali ke sidang media tersebut.
1 comments:
wow! ada bukti susahla camtu..
Post a Comment