KUALA LUMPUR: Kegagalan memenuhi keinginan batin kerana suami dan isteri jarang bertemu atau tinggal berjauhan boleh mendatangkan tekanan, sekali gus mendorong kepada penurunan prestasi kerja dan kualiti hidup.
Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan beberapa alternatif dalam usaha membantu memberi kelegaan kepada pasangan terbabit.
Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby berkata, antara alternatif dicadangkan ialah melakukan masturbasi atauonani iaitu satu cara seseorang lelaki atau perempuan mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks.
“Daripada segi pandangan perubatan moden, onani selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu berasa bersalah atau tertekan selepas onani.
“Malah, kajian menunjukkan 40 hingga 95 peratus mengamalkan masturbasi tanpa mengira jantina dan status perkahwinan,” katanya ketika dihubungi.
Dr Ismail berkata, bagi pasangan berkahwin, amalan itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan zina dan cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV.
Katanya, pasangan terbabit juga perlu bijak menguruskan masa supaya masa untuk bersama ketika bertemu seminggu sekali digunakan sebaik-baiknya. Paling penting, ambil tahu bila isteri datang haid supaya anda tidak kecewa ketika pulang.
“Bagi lelaki yang mengalami atau ‘nafsu kuda’ iaitu keinginan membuak-buak untuk melakukan hubungan seks tanpa mengira waktu, anda tidak digalakkan tinggal berjauhan dengan isteri.
“Walaupun dalam keadaan keletihan, mereka masih mahu melakukan hubungan seks. Malah, ada yang melakukannya sehingga tiga kali sehari! Ini sejenis penyakit mental dan memerlukan rawatan doktor,” katanya.
Dr Ismail berkata, pasangan normal akan melakukan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu dan bergantung kepada selera dan keinginan masing-masing.sumber
0 comments:
Post a Comment